Iklan

Selasa, 30 Disember 2014

December Favorites

Hello!!!

SL Part 7 still dalam pembikinan. Dah separuh dah. Hopefully, by the end of this month dapat publish. But first, aku just nak share favorite aku di bulan December ni. 

Favorite Movie: Gone Girl


Gosh, this movie is so good. Definitely the must-watch movie of the year. Movie ni actually dah release lama dah kat US, tapi kat Malaysia baru release this month. Adaptasi from a novel. Kat torrent pun dah ada sekarang gambar brrip. So go watch this movie or just download it if you can. 


Favorite Album: 1989 by Taylor Swift


Aku memang peminat Taylor Swift and to me, this album adalah album paling terbaik dari Taylor Swift so far. Almost every songs in this album aku suka. I bought the deluxe version di Popular. Ada diskaun dan kebetulan juga aku ada RM10 voucher so aku beli album ni hanya dalam RM30 something. Betul-betul berbaloi. 


Favorite Songs


Some of my favorite songs this december; Masterpiece (Jessie J), Yours (Ella Henderson), Blank Space (Taylor Swift), Like I Can (Sam Smith), Jealous (Nick Jonas) & Up (Olly Murs ft Demi Lovato). Go and check it out. 


Favorite Book: Out In The Open by A.J. Truman


My favorite book this month. Mengisahkan Ethan yang merupakan seorang pelajar yang fokus dalam mencapai cita-citanya in legal career. He's bland, reserved and repressed. Pendek kata, he's a boring person. Nothing exciting about his life. Until he meets Greg, seorang pelajar yang mengambil subjek yang sama dengan Ethan di kolej. Greg selalu menyakitkan hati Ethan dengan komen-komen sinisnya sehinggalah berlaku satu kejadian...

Oh ya, Hari tu ada yang tanya macam mana aku baca novel-novel with lgbt theme ni. Biasanya aku download epub version yang boleh baca dengan iBooks iaitu satu application yang boleh install dalam iPhone, iPad or iPod. Aku ada banyak juga novel yang best so kalau siapa nak boleh tinggalkan email kat ruangan komen then aku akan emailkan epub version yang aku ada. 


Favorite TV Series: Orange Is The New Black (Season 2)


Bulan december ni jugak aku banyak habiskan masa bermarathon tengok siri tv OITNB musim ke-2. Siri tv ni berkisarkan kehidupan banduan-banduan di dalam penjara. Sangat entertaining. Macam-macam kisah ada. My favorite characters are Piper (watak utama), Red, Daya and Poussey. 


Favorite Snack: Corny's Chocolate-Banana


My current obsession right now. So yummy. Usually, I got this from AEON Jusco. Sangat sesuai untuk orang yang tak sempat nak breakfast. Just grab this for your breakfast dan memang dapat bertahan sampai waktu lunch. Sedap pulak tu. 


Favorite Perfume: Emblem by Mont Blanc


I received this as a gift. So thank you. Kombinasi bau-bauan seperti Violet Leaf, Cinnamon, Grapefruit dan lain-lain. Aku tak suka sangat perfume yang bau terlampau kuat. Perfume ni okaylah lagi. Mula-mula kuat juga tapi lama-lama bau dia jadi lembut. So okaylah. Sangat maskulin dan classy baunya. 

Isnin, 29 Disember 2014

Banjir 2014

Hello!!!

Sebelum sekolah mula balik, aku memang plan nak balik Kelantan. Plan asalnya dalam hujung bulan 12. Tetapi banjir yang melanda memang membantutkan plan asal aku. Tambahan pula aku tinggal di kawasan Kuala Krai so memang sahlah tak boleh balik. 

Kawasan rumah aku actually tak pernah naik air. So aku memang tak bimbang sangatlah mula-mula. So bila lost contact dengan family tu aku still positif lagi until aku tengok update di facebook gambar kawasan kampung aku. Terkejut aku tengok, terus panik. Setiap masa aku try call family aku di kampung but tak dapat. 

4 hari jugaklah aku lost contact dgn family. Bimbang sangat. Selamat ke mereka? Ada tempat tinggal ke mereka? Makanan cukup tak? Dan macam-macam soalan lagi timbul. Syukur sangat bila Uncle aku mesej yang Mak aku dan adik-adik aku pergi ke rumah Uncle aku untuk minta bekalan makanan. Kat situ dah ada line so dapatlah contact. 

Bertambah syukur bila air tak masuk ke dalam rumah sebab rumah aku tinggi. Tapi rumah-rumah jiran yang rendah memang habislah. Kesian sangat apabila dengar cerita pasal banjir kali ini. So plan balik ke Kelantan terpaksa ditangguhkan. Tapi sebelum sekolah start, aku plan nak balik jumpa family di Kelantan. 

Takziah kepada semua mangsa banjir. 

Khamis, 25 Disember 2014

His Engagement Day

Hello!!!

Dah lama tak update pasal kehidupan aku sekarang. Actually tak ada apa yang interesting pun. Ada beberapa kem yang kena paksa join dan selebihnya lepak jer kat rumah. Laptop pula masih lagi bengong. Tapi dua hari lepas, tiba2 semua keypad boleh pakai except 'P'. Then esoknya hang balik. Sekarang ni aku guna laptop adik aku. So tak leh lah nak buat harta sangat. 

So, hujung minggu ni my ex akan bertunang dengan gadis pilihan keluarganya. Aku dari awal lagi memang plan tak nak hadir. Tapi, last week, his mom minta aku join sama. Alasannya tiada orang untuk pergi rombongan meminang. Serba salahnya aku. Kedua-dua adik lelaki ex aku tak dapat join. Only his sister je yang available. Dengan BERAT HATI, aku iyakan je permintaan mereka. Tapi sampai ke hari ni, otak aku ligat nak fikir alasan tak nak pergi. Rumah pihak perempuan dekat Shah Alam sahaja. 

Walaupun aku dah move on, tapi aku still sensitif pasal ni. Dua tiga hari lepas jugak, aku ada bermimpi yang dia ajak aku lari. Tapi bila fikir logik, tak mungkin kami akan buat benda mengarut tu. Baik dia mahupun aku, kami takkan kecewakan hati keluarga masing-masing. 

Hopefully, aku berjaya kuatkan diri tengok dia bergambar bersama bakal tunang dia nanti. Atau pun aku berjaya cari alasan untuk tidak pergi ke sana. Atau pun aku berjaya cari pengganti sebelum majlis hujung minggu ni (mengarut!). Huhu. Okay aku tak nak emo-emo. 

So untuk korang yang tgh couple tu hati-hati ya. Sebab love sucks!!! Boo......... 

Jumaat, 19 Disember 2014

Strange Love - Part 6

Bab 6

Suasana pagi ini agak sunyi. Baik Irham mahupun Afizi sendiri tidak banyak bercakap. Setelah memastikan segala kerjanya sudah diselesaikan, Afizi bergerak menuju ke ruang tamu. Sangkanya, Irham sudah masuk ke dalam biliknya namun dia masih lagi ada di situ sedang membaca surat khabar. 

Dengan perlahan-lahan Afizi duduk di atas sofa. Hatinya resah. Dia menjeling ke arah Irham namun perhatian Irham masih lagi tertumpu kepada surat khabar yang dipegangnya. Afizi berdehem perlahan. Sengaja ingin melihat reaksi Irham. 

Irham mengalihkan pandangannya dari surat khabar kepada Afizi yang ada di atas sofa.

"Kenapa?" tanya Irham walaupun dia sudah dapat mengagak apa yang ingin dibincangkan oleh Afizi. 

"Ermm.. Pasal semalam.. Sorrylah kalau saya buat Encik Irham tak selesa. Saya tak ada niat pun nak sentuh-sentuh Encik..." Afizi tunduk. Bukan kerana takut, tetapi malu dan segan dengan peristiwa semalam. 

"Dah. Takde apa pun. Aku yang stim, kau pula yang malu. Lain kali kalau aku cakap 'stop' tu faham-fahamlah ya." Walaupun Irham sendiri agak segan dengan peristiwa semalam, dia cuba untuk berlagak selamba. 

"Okay. Saya faham, Encik," balas Afizi. 

"Lagi satu, mulai hari ni, tak payah panggil aku encik lagi. Panggil je Irham." Lembut tetapi tegas nada suara Irham. 

"Okay, Encik." 

"Cakap okay tapi panggil aku encik lagi..." 

"Eh, tak perasan pula. Baiklah ermm.. Irham."

Irham tersenyum. Matanya kembali tertumpu kepada ruangan gosip hiburan di dalam surat khabar pada hari ini. 

Aktres popular sorok kandungan?

Entah kenapa hatinya terdetik mengatakan yang gosip itu ditujukan kepada Aisha. 

xxx

Irham mencapai telefon bimbitnya yang ada di sisi katil. Sesi urutan hari ini berjalan tanpa gangguan. Irham berjaya menepis godaan sentuhan tapak tangan Afizi kali ini. Dia tersenyum sendirian mengingatkan Afizi. Hatinya berdegup kencang saat melihat Afizi tersenyum, gelak tawa Afizi membuatkan nafasnya tersekat-sekat dan apabila Afizi menunjukkan reaksi takut kepadanya, ingin sahaja dia memeluk erat Afizi untuk menenangkannya. 

Memang sah, aku sukakan dia!!!

Walaupun tempoh perkenalan mereka masih lagi tidak sampai dua bulan, Irham berasakan dia sudah mengenali Afizi untuk satu tempoh yang lama. Mungkin kerana sejak dia dibenarkan pulang dari hospital, hanya Afizi yang berada di sisinya. Dari pagi hingga ke malam, Afizi berhempas pulas menjaganya. Tidak pernah Afizi menidakkan permintaannya. 

Terdetik perasaan bersalah di dalam diri Irham kerana dia pernah melayan Afizi dengan buruk. Bukan dia sengaja melayan Afizi dan juga jururawat-jururawat lain dengan teruk, tetapi dia benci melihat perasaan simpati yang wujud dari pandangan mata mereka. Dia tidak mahu mereka bersimpati terhadap nasibnya. Dia mahu mereka memberikannya harapan. Harapan yang dia akan boleh berjalan kembali. Namun dia gagal untuk melihat 'harapan' itu terbit dari mereka yang ada di sekelilingnya. Yang wujud cuma 'kasihan', 'simpati', 'jadikan pengajaran' dan juga 'sabar'. Dia tidak perlukan itu semua. 

Tetapi Afizi lain. Dia sentiasa tersenyum. Selalu memberitahunya yang doktor-doktor yang merawatnya adalah di antara doktor yang terbaik. Dan yang paling menyentuh hatinya, Afizi selalu mengambil berat akan dirinya. Menjaga makan pakainya. Irham tersenyum sendirian mengenangkan saat-saat di antara mereka berdua.

xxx

Afizi mengambil kembali surat khabar yang berada di atas meja. Ini merupakan kali ketiga, dia membaca surat khabar yang sama. Entah mengapa, Afizi berasa sangat bosan pada hari ini. Pernah juga dia tertanya-tanya adakah Irham tidak pernah merasa bosan. Selalu terperap di rumah setiap masa. Afizi memandang Irham yang hanya duduk termenung di atas sofa. 

"Irham, nak tanya sikit ni," tegur Afizi, memberanikan dirinya.

"Apa?" Perhatian Irham kini beralih kepadanya. 

"Irham tak bosan ke? Kalau bosan, nak keluar boleh je. Saya boleh temankan."

"Bosan tu memanglah bosan. Tapi nak buat macam mana dah aku tak boleh bergerak. Tak apalah. Nanti susah pula nak bawa kerusi roda, nak angkut aku lagi. Tak payahlah," keluh Irham perlahan.

"Eh, tak menyusahkanlah. Lagipun tu memang tugas saya kan. Tak apa saya tak kisah. Lagipun saya rasa macam nak makan aiskrim lah." Afizi cuba memujuk Irham. 

"Kau pergi je lah seorang. Aku tak nak susahkan kau. Nanti kau cakap, aku buli kau pula."

"Tak.. Betul tak menyusahkan saya pun. Jom lah." Afizi masih tidak berputus asa. Nadanya sedikit mendesak. Tidak pernah dia sangka yang dia akan mendesak Irham pada suatu hari nanti. 

"Okaylah. Banyak cakap pula kau hari ni. Tolong aku bersiap." Irham berlagak selamba tetapi di dalam hatinya, dia sangat gembira. Bukan sahaja dapat keluar dari rumahnya buat pertama kali sejak dia pulang dari hospital, tetapi juga kerana dapat meluangkan masa bersama Afizi. 

xxx

Irham membutangkan bajunya satu persatu sehingga selesai. Rasa janggal pula kerana sudah lama dia tidak memakai pakaian yang kemas. Biasanya hanya t-shirt dan seluar pendek yang menjadi peneman tubuh badannya seharian. 

Afizi mengetuk pinti bilik. 

"Dah siap ke?" tanya Afizi dari luar.

"Dah. Masuklah," balas Irham. 

Afizi membuka pintu dan tergamam buat seketika. Irham kelihatan sangat lain pada hari ini. Pakaiannya sungguh kemas, rambutnya disikat rapi dan wajahnya... Raut wajahnya agak berbeza dari apa yang sering dilihat oleh Afizi sebelum ini. Irham kelihatan sangat kacak. 

"Okay. Jom..." Afizi menuju ke arah Irham.

"Tunggu," Irham menuju ke arah almarinya dan mengeluarkan sehelai baju dan seluar.

"Takkanlah kau nak pakai uniform kau tu. Nah, tukar baju." Irham menghulurkan baju dan seluar yang diambilnya dari almari sebentar tadi. 

"Oh.. okay. Sorry. Kalau saya tahu nak keluar tadi, saya akan bawa je baju dan seluar saya dari rumah." Afizi keluar dari bilik sambil membawa pakaian yang diberikan oleh Irham. 

Sedikit kecewa Irham kerana Afizi tidak menyalin pakaian di dalam biliknya. 

xxx

Afizi menolak keluar Irham dari lif. Sebaik sahaja keluar, Irham menarik nafas kelegaan. Gembira kerana dapat juga dia menghilangkan rasa rindunya pada dunia luar. Tidak sampai seminit, mereka berdua sampai di tempat letak kereta. Afizi membuka pintu kereta. 

"Okay, saya nak angkat ni." Afizi mula mengangkat Irham dan cuba untuk meletakkan di tempat duduk di sebelah pemandu. Saat dia cuba untuk menstabilkan dirinya, dia telah mengangkat Irham terlebih tinggi dan kepala Irham terhantuk di bumbung kereta. 

"Adoi!!" jerit Irham.

"Alamak sorry.. Saya tak sengaja Encik.." Afizi terkejut dengan apa yang berlaku. Dia meletakkan Irham di tempat duduk. 

Irham merenungnya tajam. Tanpa diduga Irham hanya ketawa. Terkedu Afizi tatkala melihat reaksi Irham. Tetapi dia lega. Entah kenapa baru sekarang Afizi sedar yang Irham sudah banyak berubah. Dia bukan lagi 'Mamat Puaka' yang dikenalinya pada suatu masa dahulu. 

"Lain kali hati-hati. Dahlah kaki aku tak berfungsi, kau nak rosakkan otak aku pula ke?" sindir Irham sambil ketawa. 

Afizi menggosok-gosok kepala Irham yang terhantuk sebentar tadi.

"Sorry.. sorry. Kat mana sakit?" Saat itu juga mata mereka saling terpandang. Hati Afizi berdebar-debar. Dengan segera dia berundur namun kepalanya pula yang terhantuk di tepi bumbung kereta. 

"Aduh.."

"Ha.. Tu lah.. Dah kena balasan kan? Karma." Sekali lagi Irham tergelak. Afizi hanya mampu menggosok-gosokkan kepalanya. Dia menutup pintu kereta lalu melipat kerusi roda dan meletakkannya di tempat duduk belakang. Kemudian dia bergerak ke arah pintu di bahagian pemandu. 

Afizi masuk dan duduk di tempat pemandu. Dia memeriksa samada gas masih mencukupi atau tidak. Tanpa diduga tangan Irham singgah di kepalanya sambil menggosok-gosok bahagian yang terhantuk. Afizi hanya diam. 

"Sakit lagi?" lembut sahaja kata-kata yang keluar dari mulut Irham. 

Afizi hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum. 

xxx

Setelah meletakkan kereta di tempat letak kereta, Afizi membantu Irham untuk keluar dari kereta. Namun entah kenapa mood Irham mula berubah. 

"Irham, okay tak?" tanya Afizi bimbang. Takkanlah disebabkan hantukan tadi.

"Aku seganlah. Dah macam ni pun nak keluar lagi." Perlahan saja suara yang keluar dari mulut Irham. 

"La.. kenapa nak segan?"

"Ya lah. Nanti semua orang mesti tengok aku. Aku tak nak orang bersimpati kat aku," jawab Irham. 

"Kenapa nak pedulikan pasal orang lain? Dia orang takde kena mengena pun dengan hidup Encik.. Eh sorry, Irham. Susah nak memuaskan hati semua orang. Jangan seganlah. Biar je lah dia orang nak tengok. Lagi pun Irham nampak handsome hari ni. So, kasi jelah dia orang tengok." Afizi cuba untuk menenangkan perasaan Irham. 

Irham hanya tersenyum. 

"So hari ni je lah aku hensem? Hari lain tak?" Irham mengusik Afizi. 

"Bukan macam tu. Hari ni je extra special sikit." Afizi tergelak kecil. 

"Okay jom. Jangan bimbang, saya ada," sambung Afizi sambil mula menolak Irham. 

xxx

Afizi membawa Irham dari satu kedai ke satu kedai yang lain. Sesekali Irham meminta Afizi untuk membawanya ke kedai yang Afizi sendiri tidak pernah masuk. Butik-butik mewah sememangnya bukan lokasi untuk Afizi membeli-belah. 

"Encik Irham!!!" jerit seorang jurujual perempuan saat melihat Irham masuk ke dalam sebuah butik terkenal. 

"Hi, Jane." Dengan selamba gadis itu memeluk Irham. 

"Ni pembantu I, Afizi." Irham memperkenalkan Afizi kepada gadis yang bernama Jane. Afizi menyambut tangan yang dihulurkan oleh Jane untuk bersalam. 

"Kami kat sini semua sedih bila dengar cerita pasal Encik Irham kemalangan. Gembira sangat dapat jumpa Encik Irham lagi." Jane kelihatan ceria melihat Irham. 

Afizi meninggalkan Irham. Sengaja membiarkan Irham untuk berjumpa dengan kenalan-kenalan lamanya. Sekurang-kurangnya Irham nampak gembira. Mata Afizi melilau-lilau melihat barang-barang yang dijual di dalam butik ini. Matanya tertumpu kepada beg berjenama Coach yang ada dipamerkan di rak. 

Afizi melihat tanda harga yang ada dilekatkan di sisi beg itu. 

RM1399

Terkedu seketika Afizi melihat harga beg itu. 

Sayang. Beg cantik tetapi harga mahal nak mampus.

"Ni latest design untuk musim luruh. Tengah hot sekarang." Seorang jurujual lelaki datang menegur Afizi dari belakang. Afizi hanya tersenyum. 

"Tak apa saya tengok-tengok dulu." Dengan sopan, Afizi membalas teguran daripada jurujual lelaki tadi. 

"Hebat you. Berjaya dapatkan Encik Irham. Jealous I," tambah jurujual itu lagi sambil tersenyum sinis.

"Hah? Dapat?" Afizi meletakkan beg yang dipegangnya ke tempat asal.

"Jangan bimbang. Pilih je yang mana berkenan. Encik Irham mesti mampu bayarkan. Demi untuk orang tersayang kan?" 

"Tak, saya dengan dia memang tak ada apa-apa. Saya hanya pembantu dia sahaja. Jururawat." Afizi menerangkan perkara sebenar kepada jurujual itu. 

"Oh ya ke. Jururawat. Okay. Hati-hati pegang beg tu. Nanti jatuh. Kalau tak nak beli boleh tunggu kat luar ya." Sikap peramah jurujual tadi tiba-tiba bertukar menjadi dingin saat mendengar penerangan daripada Afizi. Dengan segera jurujual itu berlalu pergi. 

Afizi hanya mampu menggelengkan kepala melihat reaksi jurujual tersebut. 

Manusia... 

xxx

"Takpelah. Order je lah apa-apa. Saya tak tahu sangat makanan kat sini. Asalkan ayam je saya makan." Pening kepala Afizi melihat senarai menu yang ada di restoren ini. 

"Okay. Waiter!" Irham memanggil pelayan yang ada berhampiran dengan meja mereka berdua. Setelah memesan makanan, Irham melihat kembali kepada Afizi yang termenung. 

"Kenapa?"

"Takde apa-apa. Terima kasih kerana sudi bawa saya makan kat sini. Mahal-mahal pula harga makanan kat sini. Nanti saya dapat gaji, saya pula belanja Enc.. Irham ya." Afizi tersenyum kecil. Dia tidak mahu memberitahu Irham peristiwa yang berlaku sebentar tadi. Walaupun dia cuba berlagak selamba, tetapi peristiwa bersama jurujual tadi membuatnya berasa terkilan. Teringat kembali memorinya semasa di sekolah. Seringkali dihina kerana keluarganya yang tidak berduit. 

"Betul? Okay, aku akan ingat janji kau."

"Betul. Tapi janganlah yang mahal sangat ya..."

Irham tergelak kecil. 

"By the way, terima kasih. Susahkan kau je bawa aku keluar."

"Sama-sama. Tak apa. At least saya pun dapat keluar juga. Kalau Irham selalu belanja makan, memang hari-hari pun saya boleh bawa keluar." Afizi tergelak perlahan.

"Ooh.. Kau memang nak ambil kesempatan lah ni ya..." Irham turut tergelak mendengan pengakuan daripada Afizi.

xxx

Afizi membuka pintu dan kemudian memetik suis lampu. Dia menahan pintu untuk memberi ruang kepada kerusi roda Irham. 

"Letihnya." Irham mengangkat kedua belah tangannya.

Afizi meletakkan beg-beg plastik yang mengandungi barang-barang yang dibeli oleh Irham di atas meja di ruang tamu. 

"Okaylah. Encik ada apa-apa lagi ke. Sebab saya nak balik dah ni. Nak bawa Mak saya pergi ke klinik pula. Ada appointment dengan doktor." 

"Oh.. Tak ada rasanya. Pergilah. Hati-hati bawa kereta." Entah kenapa berat hati Irham untuk membenarkan Afizi pulang.

"Terima kasih..." Afizi menyandang kembali begnya. 

"Nanti dulu" Irham mengambil beg kertas Coach yang ada di atas meja dan menghulurkan kepada Afizi. 

"Err.. Apa dia ni?" tanya Afizi yang terkejut dengan pemberian Irham.

"Beg yang kau tengok petang tadi. Ambillah. Hadiah dari aku." 

"Eh Encik... Janganlah. Mahal ni. Ribu-ribu ni. Tak boleh saya terima." Serba salah Afizi untuk menerima hadiah yang mahal daripada Irham.

"Ambil je lah. Lagipun aku dah beli. Takkan nak buang. Aku mana pakai beg macam ni. Anggap je hadiah birthday. Lepas ni tak payah bagi dah." Irham menarik tangan Afizi dan menyerahkan beg kertas itu kepada Afizi. 

"Tapi mahal sangat ni..."

"Dah. Jangan banyak alasan. Pergi balik. Kesian Mak kau yang tunggu kat rumah tu. Kunci pintu." Irham berlalu pergi dari situ dan menuju ke bilik tidurnya. 

Afizi melihat beg kertas yang ada di tangannya. Terharu dengan pemberian daripada Irham. 

xxx

To be continued
F.I

Ahad, 7 Disember 2014

Laptop Problem

Hello!!!

Sekarang ni laptop aku tengah bengong sikit. Nak menulis pun tak best. Strange Love pun terpaksa taip sikit-sikit, sebab guna telefon. Aku pun tak tau apa yang tak kena dengan laptop aku tu.

Lately, bila aku buka laptop (Windows 8) secara automatiknya lepas on, akan taip nombor '6' kat search box. Sehinggalah aku tekan delete. Try tengok ada stuck something ke kat keypad nombor '6' tu, tapi takdelah pulah. Then, tiga hari lepas, ada beberapa keypad yang tak berfungsi. Macam nombor '6', '9', 'G', ''E'' dan juga backspace. Aku pun dah pening ni. Tak sure apa yang tak betul. 

Sekarang ni aku bergantung pada touch keypad, tapi kalau nak menulis tak bestlah. Ada sesiapa tak yang tau kenapa dengan laptop aku tu? Gibb ke? Kau kan pandai pasal2 laptop ni. :p

Oklah, sakit tangan aku nak menaip guna touch keypad ni. Kalau sapa-sapa ada pendapat dan suggestions, sila bagitau, please!!!

Isnin, 24 November 2014

29

Hello!!!

Semalam secara rasminya, umur aku meningkat satu tahun lagi menjadi 29. Erkkk 29 dah ke? Walaupun hanya ada 37 hari lagi sebelum tahun 2015 menjelma, aku akan cuba 'menentang' sesiapa yang mengaitkan aku dengan angka '30'. Tunggu sehingga November 2015 baru boleh cakap aku dah berumur 30 tahun.

Birthday aku tahun ni memang dah dijangka akan suram. Huhu... Dah takde bf untuk celebrate so celebrate lah sorang-sorang... Huhu.. Actually aku bernasib baik kerana masih ada lagi kawan yang sudi bawa aku jalan-jalan untuk celebrate. Even anak-anak murid aku pun sibuk nak jumpa sebab nak buat surprise dan nak baling tepung kat muka cikgu dia ni. So kesuraman tu sedikit terubat lah.

So kat sini aku nak listkan impian yang ingin aku capai dalam usia 29 tahun ni;

1. Boleh memandu kereta
~ Aku pernah belajar memandu dengan adik aku dulu, tapi entah kenapa lah fail. Lain yang adik aku ajar, lain yang aku buat. Pagar rumah lah jawapannya. Lepas tu aku terus tak nak belajar drive. Hopefully before 30 aku akan berjaya 'paksa' diri untuk belajar memandu lagi dan dpaatkan lesen.

2. Dapat kerja kerajaan
~ Aku sekarang bekerja dekat sekolah swasta. Walaupun gaji dia tersangatlah okay tetapi entah kenapa aku still rasa tak secure. Mungkin sebab faedah-faedah yang akan diperolehi bila kerja kerajaan tak sama dengan kerja swasta.

3. Teruskan hobi menulis
~ Sejak dari zaman sekolah lagi, aku suka menulis. Tapi aku tak pernah share dengan orang. Yang baca pun mungkin hanya sepupu-sepupu yang rapat sahaja. Sehinggalah awal tahun ni aku decide nak share cerita 'Forbidden Love'. Thank you kepada yang sudi membaca. Aku akan teruskan hobi menulis ni walaupun aku takde impian pun untuk menjadi seorang penulis professional.

4. Jumpa lagi ramai orang macam kita
~ Aku ni jenis orang yang suka duk rumah. Baca buku, tengok tv tu jelah yang aku suka buat kalau off day. Aku ada kawan-kawan tapi kenalan PLU aku memang tak ramai. Aku memang takde akaun untuk website PLU. Apps untuk golongan PLU macam Grindr pun aku tak install dalam phone. Tapi lepas putus ni, aku dah start buka mata sikit. Ada lah aku buat satu akaun kat satu website ni walaupun boleh bilang dengan jari berapa kali aku login. Hopefully dapat tambah lagi banyak kawan-kawan baru

5. Macbook
~ Harapan kelima ni lebih kepada 'nafsu' sikit sebab aku dah ada laptop yang bagus. Tetapi kenapalah dalam kepala otak ni duk terbayang-bayangkan Macbook. Mampukah aku kumpul duit utk beli Macbook ni? Huhu

Jumaat, 21 November 2014

Cuti Sekolah

Hello!!!

Finally... Hari ni last day sekolah so aku memang lega sangat. Sorry lah kepada yang rindu Irham tu. Aku actually dah sambung tetapi entah kenapalah aku macam tak berpuas hati. Mungkin masa aku mengarang tu, otak aku duk asyik fikir pasal kerja je. Banyak benda kena buat especially dah nak tutup sekolah. Report card, student evaluation bukan dari segi akademik sahaja tetapi kelakuan di dalam kelas juga dan macam-macam lagi. So aku decide to hold dulu 'Strange Love' and scrap apa yang dah aku tulis and I will start again. Secepat yang mungkin. Promise!!!

Ramai yang tanya apa plan aku masa cuti sekolah ni. Well. First sekali tentulah balik Kelantan. Tetapi mungkin tak lama sebab aku ada project lain pulak kat sini. Tetapi aku memang betul-betul homesick sekarang ni. Last time aku balik masa hari raya puasa bulan tujuh yang lepas. Aku ni pulak anak emak. Memang rindu sangat. Aku pun tahu yang mak aku pun rindu sangat nak jumpa aku. Tambahan pula tahun ni, ayah aku meninggal dunia. Jadi aku tahu dia sunyi sangat. 

Selain balik jumpa emak, aku juga dah plan untuk bantai semua makanan Kelantan yang memang payah nak cari kat sini terutamanya akok dan nasi tumpang. Aku ni memang hantu akok. Kalau balik Kelantan, tak makan akok memang rasa sia-sia sangat. Huhu. Nasi tumpang pun best jugak. Tak surelah samada nasi tumpang ni ada jual kat sini, tapi aku tak pernah jumpa lagi. So selain jumpa family, makanan tradisional Kelantan juga adalah target aku sepanjang di Kelantan nanti. 

Selebihnya, macam biasalah... Mandi sungai, ronda-ronda kampung dan juga tunggu banjir. Hopefully dapat main air banjir tahun ni. Bandar Kota Bharu juga akan menjadi tumpuan aku nanti. Setiap kali aku pergi KB mesti akan ada benda baru. Pesat sungguh pembangunan kat sana. Tapi aku tak suka sangat pergi KB, sebab busy sangat. Lainlah kalau ada panggung wayang. Tiap-tiap hari aku akan pergi KB. 

Okay. That's all from me. Aku akan cuba siapkan Strange Love. Weekend ni mungkin sedikit busy sebab secara officialnya umur aku akan bertukar menjadi 29. Gulpppppp... Nevermind.. 29 is the new 19. Bye.!!!


Selasa, 4 November 2014

October Favorites

Hello!!!

SL Part 6 masih lagi dalam proses. Hopefully dalam 2 atau 3 hari lagi dapat siap. Sebelum itu aku nak perkenalkan segmen baru di dalam blog di mana aku akan share perkara yang menjadi kegemaran aku sepanjang bulan October yang lalu. Tak kiralah dari segi filem, lagu dan juga makanan yang menjadi kegemaran aku sepanjang bulan lepas. 

The Book of Life


Jujur aku cakap, aku agak kurang gemar menonton filem seram di pawagam. Bulan October pula memang dipenuhi dengan filem-filem seram disebabkan oleh Halloween, Jadi, aku agak kurang menonton wayang pada bulan lepas. Tetapi aku sempat juga tengok cerita animasi The Book of Life. Ada tema Halloween tetapi filem ini bukanlah filem seram. Sangat menghiburkan especially part muzikal yang menghiasi filem ini. 


Chapter One by Ella Henderson



My favorite album last month. Ella Henderson merupakan penyanyi kelahiran rancangan realiti, The X Factor UK. She's so talented. Bukan sahaja mempunyai suara yang bagus tetapi bakat menulis lagu yang sangat baik. Ramai yang gelarkan dia sebagai 'The next Adele'. Amazing album. 


Only Love Can Hurt Like This by Paloma Faith


Sebelum ni aku memang tak pernah minat dengan lagu Paloma Faith. But one day, aku tertengok performance dia dalam David Letterman Late Night Show. Memang aku impressed sangat masa tu. Lagu tu pula entah macam mana stuck in my head. Dahlah aku baru je putus cinta. Memang kena sangatlah dengan situasi aku. Beautiful song. 


I Hate Summer by HT Pantu


I read this book last month and I really love it. I never read anything from this author before. Buku ini mengisahkan Idrys yang membenci musim panas sejak dari kecil lagi kerana pada setiap musim panas, dia dan keluarganya akan berkhemah dan menghabiskan masa bersama keluarga Jackson. Sebab utama Idrys membenci percutian bersama keluarga Jackson adalah Jackson's Brothers yang suka membulinya terutama anak lelaki sulung, Trystan. Setelah memasuki kolej, Idrys berjaya mengelak daripada mengikuti percutian bersama keluarganya sehinggalah dia gagal untuk memberi alasan kukuh setelah lima tahun tidak mengikuti percutian keluarga. Pertemuan semula dengan Trystan membangkitkan kembali memorinya yang dibuli oleh Trystan dan adik-adik lelakinya. Trystan masih lagi gemar menyakatnya manakala adik lelaki bongsu Trystan, Josh pula cuba untuk mendekatinya. I really like this book. It's so funny. The sexual tension between Idrys and 'straight' Trystan is really strong. A must read LGBT book. 


How To Get Away With Murder




Aku memang suka sangat dengan siri tv ni sekarang. Jalan cerita dia sangat bagus dan penuh dengan misteri. Watak kegemaran aku pula semestinya, Connor Walsh. He's so freakin' sexy. 


Chicken Tandoori Sandwich at Subway


Favorite sandwich aku is back. Kerap juga lah aku merewang ke Subway, Sunway Pyramid untuk makan menu ni. Dah lah limited time. Hopefully bulan 11 ni still ada lagi. Aku suka sandwich ni sebab rasa tandoori dia yang agak kuat. Tak pedas sangat tetapi masih lagi rasa rempah dia. 

Isnin, 3 November 2014

Motivasi

Hello!!!

Firstly, aku just nak ucap terima kasih kepada sesiapa yang tinggalkan komen-komen yang positif dan juga kritikan yang membina. Terutama sekali komen-komen untuk novel 'Forbidden Love' & 'Strange Love'. Boleh kata komen-komen ni lah yang bagi aku motivasi untuk terus menulis. Walaupun busy dengan kerja, aku still cuba sedaya upaya untuk luangkan masa dengan menulis. 

Tetapi aku sedar, bukannya semua orang akan suka dengan hasil penulisan kita. Dan itu memang tidak menjadi masalah untuk aku pun. Apa yang boleh aku perbaiki, aku akan cuba perbaiki. Aku pun bukanlah seorang penulis novel professional. Aku menulis cuma untuk berkongsi dengan orang-orang yang sudi membaca. Masa aku mula-mula start menulis dalam blog pun, aku memang tak expect yang ramai orang untuk membaca novel aku. Jumlah views pun dalam satu/dua je sehari. Cuma lepas Shark promote dalam blog dia, barulah jumlah views mula naik. Terima kasih Shark dan juga blogger-blogger lain yang sudi share link blog aku dalam blog korang. 

Cuma lately, ada beberapa komen-komen negatif yang agak melemahkan semangat aku sikit untuk menulis. Sebelum ni pun memang ada komen negatif. Tapi aku okay je. Tapi kali ni entah kenapa komen ni berjaya menganggu fikiran aku. Komen ni berbunyi;

"Cerita macam sampah x best langsung. Baik engko tak payah menulis lah. Buang masa saja." 

100% percent aku quote comment dia. I was like what.. Aku sedar yang si anonymous ni juga pernah komen sebelum ini. Kalau dah tak best, buat apa kau still baca novel ni. Aku pun pernah lah juga baca novel-novel online lain sebelum ini. Ada yang aku tak berapa gemar, tapi takdalah sampai aku nak bagi komen-komen berhati busuk. Aku akan still baca dan kalau still tak ada improvement, aku chow je lah. No hal pun. Ni dah tau cerita aku macam sampah tapi still gatal nak baca. Tak paham aku.

I told my fellow blogger friend dan dia beritahu "kau delete je komen-komen negatif ni. tak payah peduli dengan orang macam ni. Dengan segeranya, aku go through every comments dan delete yang negatif-negatif ni. Memang rasa lega. But then muncul satu komen yang macam bengang aku delete komen dia. Tak tahulah ni anon yang sama ke. Tak nak fikir panjang, aku terus delete komen dia. Rajin pula kau check komen-komen dan sedar yang komen kau dah kena delete. 

Tetapi dalam masa yang sama juga, masih banyak lagi komen-komen positif yang kadang-kadang aku tak sedar pun. Bila baca balik memang terharu. Ada tu yang aku tak sempat reply pun. Komen-komen ni lah yang banyak membantu aku. Walaupun busy dan kadang-kadang memang takde masa pun tetapi aku still curi masa jugak untuk menulis.  

Thank you.....

Selasa, 28 Oktober 2014

Web Series: Hunting Season (Season 1)

Hello!!!


Aku suka juga tengok web series. Biasanya web series ni takdelah panjang sangat. Dalam 8 to 12 minit sahaja untuk setiap episod. So boleh marathon terus. Antara web series yang ramai cakap best ialah Hunting Season. Sekarang ni Hunting Season tengah shooting untuk season 2 so masih lagi sempat nak kejar sebelum tayang season 2 ni. 

Alex, Tommy, Nick & TJ

Hunting Season ni diinspirasi dari blog iaitu 'The Great Cock Hunt'. So boleh agak lah blog tu pasal apa kan. Aku pernah tengok web series ni before tetapi yang aku tengok tu versi clean. So bila aku tengok ada versi uncensored, apa lagi. Hehe. Ulang balik. 

Alex & Lenny

Siri web ini mengisahkan kehidupan Alex yang merupakan seorang penulis. Di samping itu, Alex juga mempunyai sebuah blog di mana dia menceritakan kehidupan sosialnya serta kawan-kawannya yang lain iaitu, Tommy, Nick & TJ. Alex mempunyai masalah untuk memberikan komitmen dalam hubungannya dengan lelaki lain. Sehinggalah dia bertemu dengan Lenny, seorang jejaka yang berbeza dari lelaki-lelaki yang dikenalinya sebelum ini. Dalam masa yang sama juga, Alex menjalinkan hubungan dengan lelaki yang dikenalinya di gym, Reece. 

Web series ni agak light but at the same time very entertaining. Pelakon-pelakonnya pula memang sangat seksi dan menarik. Cuma mata tu kena jaga lah sikit sebab banyak babak2 full frontal dalam uncensored version ni. Huhu. Jalan cerita setiap episod juga senang untuk kita relate dengan apa yang berlaku dalam dunia sebenar. I'm looking forward for season 2. 

Boleh try cari kat torrent untuk download atau kalau internet korang lembap dan malas nak download (macam aku) cuba tanya En Adri kat email dia; adab1911@gmail.com

Rating: 

Ahad, 26 Oktober 2014

Strange Love - Part 5

Bab 5

Jam sudah pun melewati angka 4 tetapi Irham masih lagi belum dapat melelapkan matanya. Dia cuba untuk menghapuskan bayangan Afizi dari mindanya, namun dia gagal. Entah mengapa hatinya sakit apabila Afizi tidak mempedulikannya. Dia ingin meminta maaf di atas keterlanjurannya menghukum Afizi, tetapi bila berdepan dengan Afizi, mulutnya hanya mampu membisu. 

Dan petang tadi, sekali lagi dia hilang sabar. Walaupun Afizi bertindak memulaukannya, dia lebih marah kepada dirinya sendiri kerana sukar untuk meminta maaf. Irham mengangkat tubuhnya. Dengan hanya kekuatan tangannya, Irham berjaya mengangkat tubuhnya dan bersandar di kepala katil. 

Entah kenapa Irham teringatkan peristiwa di mana dia dan adik lelakinya bergaduh. Setelah tiga bulan tidak bercakap, ibu mereka telah menggesa dan memaksa Irham untuk meminta maaf kepada adiknya. Salahnya juga yang telah mengajak keluar gadis yang disukai oleh adiknya. Ekoran dari gesaan ibunya, Irham meminta maaf kepada adiknya, Ilyas tetapi Ilyas tidak menghiraukan permintaan maafnya. 

Irham yang bengang dengan kelakuan adiknya telah merancang untuk 'membunuh diri' semata-mata ingin melihat reaksi adiknya. Dia mengambil pisau dan sos cili lalu berpura-pura menikam dirinya sambil melumuri sos cili di perutnya. Adiknya yang terkejut melihat keadaan dirinya telah menangis teresak-esak sambil terjerit-jerit memberitahu Irham yang dia telah memaafkannya. Irham senyum apabila terkenangkan saat itu. Patut ke dia melakukan cara yang sama untuk memohon maaf dari Afizi. Tidak melampau sangat ke? Bagaimana kalau Afizi mempunyai sakit jantung? Dan pelbagai persoalan lagi bermain-main di dalam fikirannya. 

Tetapi mungkin dengan cara ini sahaja dia boleh meminta maaf daripada Afizi. Irham mencapai kerusi rodanya. Dengan kekuatan tangannya, dia memanjat naik ke atas kerusi roda. Setelah hampir dua bulan, Irham sudah mahir menggunakan kerusi roda ini. Dia tidak lagi memerlukan bantuan untuk duduk dan bangun dari kerusi roda. Irham menuju ke dapur. Dia mencari-cari sos cili, tetapi gagal ditemuinya. Sos cili dan juga sos tomato berada di rak paling atas. Dengan geram, Irham menumbuk kabinet dapur. 

Namun, matanya terpandang botol sirap yang ada bersebelahan rak pinggan mangkuk. Irham mengambil botol sirap itu serta mencapai sebilah pisau dan tersenyum. Dia kembali ke bilik tidurnya. Biliknya masih lagi berselerak ekoran amukannya pada petang tadi. Dengan berhati-hati dia menuang sedikit sirap. Irham turun dari kerusi rodanya dengan berhati-hati. Setelah berada di lantai Irham mengesot tubuhnya dan memilih tempat yang sesuai untuk berbaring. Setelah melumurkan pisau dengan sirap, Irham membaling botol sirap ke bawah katil. Irham melihat jam yang masih lagi belum menunjukkan pukul lima. 

Bodohnya aku! Masih ada empat jam lagi sebelum Afizi sampai. 

Irham menepuk pipinya. Terfikirkan mengapa dia sanggup bersusah payah semata-mata untuk memohon maaf daripada Afizi. Tetapi dia nekad.

xxx

Afizi mengelap lantai bilik tidur Irham yang masih lagi kemerah-merahan. Hatinya masih lagi sakit tetapi entah kenapa dia lega. Afizi mengambil buku-buku yang ada di atas lantai dan menyusunnya kembali di atas rak buku. 

"Dah siap!"

Jeritan Irham dari dalam bilik air mengejutkan Afizi. 

Mamat ni, kalau tak menjerit tak sah!

Afizi membuka pintu bilik air. Irham yang sudah siap berpakaian sedang menunggunya di bangku yang terletak di dalam bilik air. Tanpa melengahkan masa, Afizi mengangkat Irham keluar dari bilik air dan meletakkannya di atas kerusi roda yang ada di tepi katil. 

"Lambatnya kau kemas." Irham hanya tersenyum. 

"Maaf, banyak sangat barang yang kena kemas ni," balas Afizi sambil meneruskan kerjanya kembali.  

"Oh ya, sarapan dah siap kat dapur. Encik boleh lah pergi makan. Atau nak saya tolak?" tanya Afizi yang baru teringatkan sarapan yang disediakan olehnya. 

"Takpe. Aku tunggu kau. Boring makan seorang diri."

"Okay." Afizi kembali meneruskan kerjanya. Sedikit hairan dengan sikap majikannya. Tetapi dia malas untuk membiarkan perkara ini beraja di dalam fikirannya. 

"Oh, lupa pula. Botol sirap ada kat bawah katil." Irham menunjukkan ke arah bawah katil. 

Afizi tunduk dan mengintai ke bawah katil. Dia cuba untuk mencapai botol sirap tetapi gagal. Afizi mengeluh. Geram dengan perangai Irham. Afizi terpaksa merangkak masuk ke bawah katil. 

Saat Afizi merangkak masuk ke bawah katil, Irham secara tidak sengaja terpandang punggung Afizi.

Mantap... Irham control diri kau!!! 

Irham cuba untuk memandang ke arah lain. Afizi keluar dari katil sambil memegang botol sirap. Hatinya masih lagi panas.

"Sorry..."

Tetapi, dengan hanya sepatah kata itu sahaja yang keluar dari mulut Irham, telah mampu melenyapkan api yang membakar di dalam hatinya. 

xxx

Afizi membuka pintu rumah dengan penuh debaran. Sebaik sahaja dia melihat Doktor Azlan ada di depan matanya, dia tersenyum. 

"Afizi! Sihat tak?" Tanpa diduga Doktor Azlan memeluknya. Afizi terkedu seketika dengan reaksi Doktor Azlan. 

"Erm... Sihat. Doktor sihat ke?" 

"Sihat. Oh ya semua kat hospital kirim salam kat awak. Dia orang semua rindu awak," balas Doktor Azlan.

Afizi hanya tersenyum. Dia juga rindukan rakan-rakan jururawatnya yang sudah hampir dua bulan tidak ditemui. Sekali-sekala sempat juga mereka berbual di telefon, tetapi untuk berjumpa agak sukar sekali kerana masing-masing mempunyai komitmen pada kerja dan keluarga. 

"Kirim salam kat dia orang juga. Kalau sempat nanti, saya melawat mereka kat hospital."

"Abang Lan!!!" Irham muncul dari bilik tidurnya. 

Doktor Azlan menuju ke arah Irham dan memeluknya mesra. Afizi berasa sedikit kecewa kerana pelukan Doktor Azlan kepadanya tadi bukan lah bermakna apa-apa. Bila difikirkan balik, Doktor Azlan memang lebih suka memeluk dari berjabat tangan apabila bertemu dengan kawan-kawannya.

Tapi aku bukan kawan dia...  

"Am macam mana? Okay tak? Afizi jaga okay tak?" Mereka berdua menuju ke ruang tamu. 

"Sihat bang. Dia ni okay, tapi malas sikit," kata Irham kepada Doktor Azlan.

Afizi tersentak mendengar perkataan 'malas' yang keluar dari mulut Irham.

Bila masa aku malas. Kau tu yang suka menyusahkan orang...

"Am buli dia ke? Afizi, macam mana Am ni layan awak? Dia buli awak tak?" Doktor Azlan bertanyakan kepada Afizi pula. 

"Tak ada lah. Encik Irham layan saya dengan baik sekali. Mana ada buli. Dia lemah lembut dan sangat baik hati." Dengan nada mengejek, Afizi segera berlalu ke dapur. Ingin mencuci pinggan mangkuk yang masih lagi ada di sinki. 

"Dengar tu bang. Mana ada saya buli dia." Irham tersenyum. 

"Payah abang nak percaya. Abang dah kenal awak lama. Your Mom apa khabar. Ada call tak?" Doktor Azlan mengubah topik perbualan. 

"Selalu je call. Tak habis-habis nak suruh Am balik. Minggu depan Ilyas nak balik Malaysia so Mama nak suruh Am ikut Ilyas sekali. Malaslah Am."

"Kenapa Am tak nak pergi London jer. Kat sana nanti your Mom boleh jaga. Kat sana lagi banyak pakar saraf boleh check you punya kaki ni," jelas Doktor Azlan. 

"Am kan minta bagi masa kat Am 6 bulan untuk stay kat Malaysia. Dia pun dah setuju. Ni tak sampai 2 bulan pun lagi, dah sibuk-sibuk nak paksa Am pergi London." Irham tegas dengan pendiriannya. 

"Mungkin dia rindukan dan bimbangkan Am. Dia kan ibu Am."

"Kalau dia rindukan Am, dia yang sepatutnya datang sini lawat Am. Jaga Am. Masa Am accident hari tu, 3 hari je dia balik Malaysia. Sayang sangat kat husband baru dia tu. Dah lah Abang Lan. Malas nak fikir pasal dia. Stress Am." Irham masih lagi tidak berpuas hati dengan sikap ibunya. Semenjak ibunya berkahwin dengan Mike, hubungan mereka berdua tidak serapat dulu. 

"Okay. By the way, boleh Abang tanya kenapa 6 bulan?" tanya Doktor Azlan yang masih lagi tidak faham kenapa Irham masih lagi mahu tinggal di Malaysia untuk tempoh 6 bulan sebelum kembali kepada keluarganya di London. 

"Ada lah..." Irham cuba menyembunyikan perkara sebenar. Belum ada seorang pun yang tahu mengenai kandungan Aisha. Disebabkan bayi yang ada di dalam kandungan Aisha lah, Irham sanggup tinggal di Malaysia. Bersusah payah untuk memastikan Aisha tidak menggugurkan bayi mereka. Selepas Aisha melahirkan bayi mereka, Irham akan membawa bayi itu ke London dan Aisha boleh meneruskan kembali kerjayanya sebagai seorang aktres. 

xxx

Afizi menjenguk ke arah ruang tamu. Doktor Azlan masih lagi mengurut-urut kaki Irham. Biasanya ada pakar fisioterapi lain yang datang, tetapi minggu ini, Doktor Azlan sendiri yang datang. Adakah Doktor Azlan ingin berjumpa dengannya? Afizi tersenyum sendirian. 

"Am ada rasa apa-apa ke?" tanya Doktor Azlan. 

Irham hanya menggeleng-geleng kepalanya. Di dalam hatinya penuh dengan rasa kebimbangan. Adakah dia akan lumpuh buat selama-lamanya? 

"Janganlah bimbang. Semua ni biasa pada peringkat awal. Next month, Am datang check kat hospital ya. Nanti Doktor Lim akan schedule kan operation seterusnya." Doktor Azlan cuba untuk menyedapkan hati Irham sambil menepuk-nepuk bahunya. 

"Oh ya, macam mana dengan sexual activity? Semua berfungsi dengan baik kan?" tanya Doktor Azlan lagi. 

Afizi yang memasang telinga sejak dari tadi lagi terperanjat dengan soalan dari Doktor Azlan sehingga mangkuk yang dipegangnya terjatuh ke dalam sinki. 

"Abang Lan ni. Perlahan lah sikit!" Irham pasti yang Afizi ada terdengar soalan daripada Doktor Azlan ekoran bunyi bising di dapur. 

"Kenapa nak malu? Semua lelaki kan kat sini? Ke ada perempuan?" balas Doktor Azlan kembali. 

"Mana ada. Seganlah nanti dia tu dengar." Irham merujuk kepada Afizi. Azlan hanya tersenyum melihat keletah Irham. Mukanya sudah pun merah. 

"Pagi-pagi tu biasalah. Tapi kan bang, bila Am nak.. faham-fahamlah, tak dapat naik lah bang. Sebab cedera ke bang? Luka jugak ke kat situ?" Irham berbisik perlahan menjawab soalan Doktor Azlan sebentar tadi. 

"Abang rasa takde apa-apa. Am stress kot. Rilekslah. Jangan paksa diri."

Irham hanya mengangguk. Namun hatinya masih lagi rungsing. Mungkin ini balasan tuhan kepadanya.

xxx

"Okay Afizi, saya dah nak balik ni. Oh ya, nanti time you takde kerja ke or time lapang ke, you tolong urutkan kaki Am ya," pesan Doktor Azlan yang sudah menunggu di muka pintu. 

"Ish, tak pandailah saya, doktor. Nanti tersilap urutkan..."

"Urut biasa jer. Tak payah kuat sangat. Just untuk bantu circulation je. Don't worry lah. Okay saya balik dulu. See you later." Doktor Azlan berlalu meninggalkan Afizi. 

Urut? Hmm.. Jururawat, orang gaji, mangsa buli dan kini tukang urut pulak?

xxx

Drama yang ditayangkan di televisyen langsung tidak menarik perhatian Irham dan Afizi. Afizi lebih menumpukan kepada novel yang sedang dibacanya manakala Irham hanya termenung sambil berbaring di atas sofa. Afizi mengalihkan pandangannya dari novel kepada Irham. Sejak Doktor Azlan pulang, Irham masih lagi belum menuturkan sepatah kata pun. Ada berita buruk ke?

"Encik Irham okay ke?" Afizi membuat keputusan untuk menegur Irham. 

Irham yang tersentak dari lamunannya, hanya menganggukkan kepalanya. 

"Encik Irham janganlah bimbang. Doktor Azlan tu bagus. Doktor-doktor lain pun bagus. Kat Duke tu banyak doktor-doktor pakar. Ada pakar saraf, ada pakar fisioterapi nombor satu kat Malaysia dan ramai lagi lah. Hari tu ada pesakit yang datang kat Duke dah 5 tahun tak boleh jalan. Tapi lepas rawatan dan operation kat Duke, terus boleh jalan. Siap boleh lari lagi. So, Encik Irham tak payahlah bimbang sangat." Afizi cuba untuk menceriakan Irham. Walaupun Irham selalu menyakitkan hatinya tetapi dia tidak sanggup untuk melihat Irham murung. 

Irham tersenyum mendengar cerita Afizi. 

"Tipulah. Takkan boleh lari terus.." 

"Betul... Dia lari macam ni." Afizi menunjukkan gaya pesakit yang dimaksudkannya sebentar tadi berlari. Terkangkang-kangkang. Irham terus tergelak besar melihat telatah Afizi mengajuk larian pesakit itu.

"Kau jahat ya... Mengejek orang..." Irham cuba untuk menahan ketawanya. 

"Mana ada mengejek. Saya nak tunjukkan kepada Encik Irham je."

Afizi lega kerana raut wajah Irham yang murung mula bertukar menjadi ceria. 

 "Encik Irham nak makan apa malam ni? Saya masak special," sambung Afizi lagi.

"Udang ada lagi tak?" tanya Irham. 

"Ada lagi. Butter prawn ya?" Afizi cuba mengagak apa yang ingin dimakan oleh Irham.

"Yup."

"Best kan saya masak?"

"B plus je..." Irham mencebik dan kemudian tersenyum. Afizi membalas senyuman Irham. 

xxx

Afizi mengetuk pintu bilik Irham. Sudah tiba waktunya untuk dia pulang. Tetapi pesanan Doktor Azlan petang tadi menganggu fikirannya. Mungkin sebelum dia balik, dia boleh mengurut kaki Irham.

"Masuklah."

Irham sudah pun berada di atas katil.

"Saya dah nak balik ni tapi Doktor Azlan ada pesan supaya saya urut kaki Encik." Afizi menarik kerusi dan meletakkannya di tepi katil. 

"Takpalah. Dah pukul 9 ni. Pergi balik. Aku pun dah mengantuk ni."

"Mana boleh. Nanti Encik cakap saya malas pula." Afizi duduk sambil mula mengurut kaki Irham. 

Afizi bukanlah seorang yang pandai mengurut tetapi ibunya pernah memujinya yang dia mempunyai bakat semulajadi dalam mengurut. Bermula dari tapak kaki dan jari, tangan Afizi mula bergerak ke betis Irham. Namun Irham masih tidak dapat merasakan sentuhan Afizi. Perasaan kecewa dan takut mula mendiami fikirannya sehinggalah tangan Afizi mula menyentuh pahanya. Buat pertama kali, hati Irham berdegup kencang. Fikirannya mula terpesong. Nafasnya mula menjadi tidak tentu arah. 

"Stop. Dah pergi balik." Irham cuba untuk membendung nafsunya. Dia pasti yang dia sudah terangsang dengan sentuhan Afizi. 

"Sikit lagi..." Afizi menyambung kembali urutannya. 

Irham menepis tangan Afizi. 

"Aduh.."

"Dah. Kau nampak ni?" Irham mengenggam bonjolan yang ada di seluarnya.

"Err.." Afizi tergamam. Tidak tahu apa yang patut dilakukannya. Dia mula panik.

"Dah pergi balik... Atau kau nak tolong 'selesaikan masalah' ni?"

"Eh... Takpelah... Hmm... saya balik dulu. Selamat pagi.. eh malam." Afizi berlari keluar. Malu dengan situasi yang berlaku di antara mereka sekarang. 

Selepas keluar dari lif, Afizi terus menuju ke arah keretanya. Dia masuk ke dalam keretanya. Hatinya masih lagi berdegup kencang. Apa yang berlaku tadi? 

Dengan segera dia membuka radio untuk cuba mengalihkan fikirannya. Lagu Anaconda nyanyian Nicki Minaj sedang dimainkan oleh stesen radio tersebut. Dengan pantas, Afizi menutup radionya.

Kenapa lagu ni pulak yang keluar... Argh!!! Damn.. damn.. damn. 

Afizi menghantukkan kepalanya di stereng kereta.

Macam mana aku nak berhadapan dengan dia esok?

xxx

To be continued
F.I