Iklan

Khamis, 27 Mac 2014

Forbidden Love - Part 10

Bab 10

Aku membuka mata perlahan-lahan. Tangan abang Tarmizi masih lagi memeluk erat tubuhku. Aku melihat ke arah Abang Tarmizi yang masih lagi tidur. Dengkuran kecil kedengaran keluar dari hidung Abang Tarmizi. Mungkin terlampau letih agaknya. 

Aku memegang tangan Abang Tarmizi dan mengangkatnya perlahan-lahan. Tidak mahu mengejutkan dia dari tidurnya. Tambahan pula hari ini adalah hari Sabtu. Setelah berjaya melepaskan diri dari pelukan Abang Tarmizi, aku bangun dan cuba mencari-cari telefon bimbitku. 

Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Cuaca pada pagi ini agak mendung. Aku kembali ke katil abang Tarmizi dan hanya duduk di tepi katil. Bingung. Tidak tahu apa yang harus dibuat. Mandi? Terlalu sejuk. Sarapan? Tiada selera. 

"Fi, pukul berapa dah?" Aku tersentak mendengar suara Abang Tarmizi dari belakang.

"Sepuluh. Okay tak tidur? Mesti tak selesa kan?" tanyaku sambil memusingkan tubuhku menghadap Abang Tarmizi. 

"Abang okay jer. Lagi selesa adalah. Ada bantal peluk kat sisi," kata Abang Tarmizi sambil mengenyitkan matanya kepadaku. Rambutnya yang kusut masai tidak sekali pun menjejaskan ketampanan wajah Abang Tarmizi. Aku membalas kenyitan mata Abang Tarmizi dengan sebuah senyuman. 

"Fi, marilah rapat sikit. Sejuklah pagi-pagi ni." Abang Tarmizi memeluk tubuhnya yang tidak berbaju. 

"Pakailah baju." Aku mencapai baju yang ada di lantai lalu menghulurkannya kepada Abang Tarmizi. Namun, Abang Tarmizi menarik pula tanganku ke arahnya. 

Aku kembali melabuhkan tubuhku di sisi Abang Tarmizi. Abang Tarmizi mula memelukku dengan erat. Tangannya yang berada tepat di pinggang membuatkan aku menjadi tidak keruan. Abang Tarmizi mengangkat kepalanya dan bibirnya mula mencari bibirku. 

Aku cepat-cepat mengelak. 

"Tak gosok gigi lagi lah." Aku memberi alasan yang sememangnya agak munasabah. 

"It's okay. Dua-dua tak gosok gigi tak apa," balas Abang Tarmizi sambil mencium bibirku dengan lembut. 

"Busuklah." Aku tergelak sambil menolak muka Abang Tarmizi. 

"Kalau mulut tak boleh, yang lain mesti boleh kan?" Bibir Abang Tarmizi hinggap pula di leherku. Aku cuba mengelak tetapi gagal. Abang Tarmizi mencium leherku dengan nakal. Aku hanya mampu tergelak kerana aku agak sensitif dan geli di bahagian leher. Abang Tarmizi menghentikan ciumannya. 

"Fi ni spoil kan mood sungguh lah. Cium sikit dah geli." Aku hanya tersenyum. 

"Dah, Fi nak mandi." Aku meleraikan tangan Abang Tarmizi dari tubuhku dan segera bangun.

"Kita mandi sama-sama nak?" tanya Abang Tarmizi yang masih lagi nakal. 

"Nak buat apa kalau mandi sama-sama?" tanyaku kembali dengan tona suara yang nakal. 

"Abang nak ajar Fi mandi wajib," jawab Abang Tarmizi selamba. Aku ketawa terbahak-bahak dengan jawapan Abang Tarmizi. 

"Fi tahulah macam mana nak mandi wajib." Aku mengangkat bakul kecil berwarna kuning yang sentiasa menjadi peneman setiaku bila ingin ke bilik air. 

xxx

Aku menggosok-gosok tubuhku dengan lembut. Belaian dari Abang Tarmizi semalam masih lagi menghantui mindaku. Aku berasa sangat bahagia tetapi dalam masa yang sama aku takut dan bimbang. 

Aku mengambil syampu dari bakul dan menuangkannya ke atas tapak tanganku. Paip di bilik mandi sebelah terbuka. 

"Awal kau bangun hari ni." Kedengaran suara Zain di bilik mandi sebelah. Aku hanya diam dan menyambung kembali membasuh rambutku yang dipenuhi dengan buih syampu. 

"Kau tengah melancap ya?" Aku tersentap dengan soalan Zain. Bimbang jika ada pelajar-pelajar lain yang dengar dan salah sangka terhadapku. Tetapi aku masih lagi diam dan cepat-cepat membersihkan tubuh. 

Aku menutup paip dan mengelap-ngelap tubuhku dengan tuala 'Iron Man'. Mungkin disebabkan tuala ini, Zain begitu yakin yang aku berada di bilik mandi sebelahnya. 

Tiba-tiba kakiku digenggam dari bawah. Aku terkejut apabila melihat tangan Zain yang dihulurkan dari bilik air sebelah mencengkam pergelangan kakiku. 

"Bodohlah kau Zain. Terkejut aku." Zain menarik balik tangannya. 

"Dah kau diam jer. Entah hidup atau mati," balas Zain sambil ketawa terbahak-bahak. Aku keluar dari tandas. Oleh kerana geram, aku menarik tualanya dari luar. 

"Padan muka kau. Aku ambil towel kau ni." Aku memberitahu Zain yang masih lagi berada di dalam bilik air. Niatku hanya untuk menakutkan Zain. Namun, pintu terbuka. Zain hanya menutup bahagian sulitnya dengan sebelah tangan dan sebelah tangannya lagi cuba mencapai tualanya yang masih lagi dipegangku. 

Zain berjaya merampas kembali tualanya. Aku hanya mampu tergamam. Tidak sangka dengan tindakan yang telah diambil oleh Zain. Aku berlalu dari situ. Mujurlah tiada orang lain di dalam bilik air pada waktu ini. 

xxx

Aku menyidai tuala di tepi tingkap. Abang Tarmizi yang masih lagi berada di atas katil, sedang meneliti telefon bimbitnya. 

"Pergilah mandi," kataku ringkas. 

"Okay. Demi Fi, Abang sanggup mandi walaupun sejuk." Abang Tarmizi bangun dari katil dan mengambil tualanya. 

Tanpa segan silu Abang Tarmizi menanggalkan seluar pendeknya di hadapanku. 

"Abang ni memang jenis tak malu ya?" tanyaku sambil tersenyum. 

"Rilekslah. Lagipun Fi dah jadi boyfriend Abang." Abang Tarmizi mengambil tualanya yang disidai di atas kerusi. 

Aku tersenyum bila mendengar perkataan 'boyfriend' yang keluar dari mulut Abang Tarmizi. 

"Fi ingat tak masa kat gim yang kita pergi tu?" tanya Abang Tarmizi tiba-tiba. Aku menganggukkan kepala tanda yang aku masih lagi ingat akan peristiwa di gimnasium. 

"Masa kat bilik air, Fi scanning Abang kan? Actually Abang sengaja mandi bogel kat tepi Fi. Nak tengok reaksi Fi." Abang Tarmizi tergelak perlahan. 

"Dah agak dah." Aku turut ketawa bila mengenangkan balik peristiwa tersebut. Aku sungguh panik dan berdebar-debar pada waktu itu. 

"Abang, boleh Fi nak tanya something?" sambungku pula. 

"Apa dia?" Abang Tarmizi mengetatkan ikatan tualanya di pinggang. 

"Sejak bila ya Abang suka Fi? Maksud Fi suka betul-betul. Lebih dari sebagai seorang kawan," tanyaku sambil memandang wajah Abang Tarmizi. 

"Entahlah. Masa sekolah dulu, Abang suka tengok Fi. Tapi Abang anggap Fi ni macam adik Abang je. Then, bila Fi dapat masuk universiti dan sebilik pula dengan Abang, perasaan Abang tiba-tiba dah jadi lain. Dulu Fi comot jer. Sekarang dah cute. Lagilah Abang suka." Jujur sahaja jawapan yang keluar dari mulut Abang Tarmizi. 

"Oh kalau Fi comot, Abang tak suka lah? Okay Fi comotkan diri sekarang." Aku mengambil bedak dan meletakkan bedak di mukaku secara bertompok-tompok. Niat hatiku sengaja ingin menyakat Abang Tarmizi. 

"Oh Fi nak comotkan muka ya? Nanti Abang tanggalkan tuala ni dan tolong comotkan. Nak?" Abang Tarmizi menyakat aku kembali. 

"Lawak lucahlah. Dah. Pergi mandi," balasku sambil meletakkan botol bedak ke atas meja kembali. Abang Tarmizi tersenyum dan berpaling menuju ke arah pintu bilik. 

Sebaik sahaja Abang Tarmizi keluar. Aku tersenyum sendirian. Bila difikirkan kembali, kami sudah lama mengenali antara satu sama lain tetapi hanya baru sekarang kami berani mengorak langkah. Adakah aku gembira dengan apa yang berlaku di antara kami? Ya, aku gembira tetapi dalam masa yang sama aku bimbang. Bolehkah hubungan kami ini berkekalan? Aku memejamkan mata. Enggan berfikir tentang masa hadapan. Namun, bayangan wajah Zain timbul di dalam benak fikiran. Aku buntu. Mengapa mesti Zain?

xxx

Sebaik sahaja Puan Salmah keluar, aku segera menuju ke arah Veronica. 

"Macam mana plan lusa ni?" Aku bertanyakan Veronica mengenai rancangan kami untuk ke Pulau Pangkor. 

"Okay. Yaya dah confirm dengan makcik dia. Makcik dia bagi kita dua bilik untuk honeymoon tau. Sebab banyak bilik dah ditempah," jawab Veronica sambil memasukkan buku-bukunya ke dalam beg. 

"Bilik honeymoon?" Aku terkejut mendengar jawapan dari Veronica. 

"Ya. Sebab bilik lain penuh bah. Baik sangat makcik Yaya tu bagi kita merasa honeymoon suite," balas Veronica. 

"Dua bilik je ke?" tanyaku. Aku sudah boleh mengagak yang aku akan berkongsi bilik dengan Zain tetapi bilik untuk pasangan berbulan madu? 

"Dua je lah. Kenapa? Kau tak nak memadu asmara dengan Zain ke?" usik Veronica sambil tergelak kecil. 

"Mengarutlah kau. Aku annoyed sangat dengan si Zain tu. Selalu je nak cari pasal dengan aku." Aku dan Veronica berjalan keluar dari bilik kuliah. 

"Kau tak payahlah layan dia sangat. Takkan nak kongsi bilik dengan aku pulak. Nanti kena tangkap khalwat macam mana? Tak pasal-pasal kena kahwin free." Aku tergelak mendengar ngomelan Veronica.

"Okay juga tu," balasku sambil menuruni tangga dengan berhati-hati. Abang Tarmizi pula sedang menaiki tangga bersama rakan-rakannya. 

"Habis kelas dah ke?" tanya Abang Tarmizi sewaktu kami berselisih. Sempat juga jari jemarinya menyentuh tanganku. 

"Dah." Aku mengangguk sambil tersenyum. Kami meneruskan perjalanan masing-masing. 

"Siapa tu?" tanya Veronica. 

"Itulah roommate aku. Abang faci masa minggu orientasi," jawabku. 

"Tak berapa ingat sangatlah. Handsome jugak. Kenapa kau tak cakap awal-awal." Veronica mencuit lenganku. 

"Siapa suruh kau declare dengan Safuan awal sangat. Rugilah. Tu boyfriend kau dah tunggu." Aku menunjukkan jari ke arah Safuan yang sedang menunggu di salah satu meja di kafetaria. 

"Okay. Nanti apa-apa call aku. Tolong beritahu Zain sekali, pukul berapa kita nak jumpa nanti." Kami berpisah. Veronica sudah mempunyai rancangan bersama teman lelakinya. 

xxx

Aku sibuk mengemas barang-barang keperluan ke dalam beg. Bimbang jika tertinggal apa-apa barang yang penting kerana aku akan tinggal di sana selama tiga hari dua malam. 

"Sunyilah Abang bila Fi takde nanti." Abang Tarmizi memuncungkan mulutnya. 

"Alah, tiga hari jer." Aku cuba memujuk Abang Tarmizi sambil melipat baju-baju dengan kemas. 

"Siapa lagi pergi. Budak kelas Fi semua ker?" tanya Abang Tarmizi. 

"Group Fi sahaja. Empat orang. Fi dengan Veronica bersama dua budak kelas lain," jawabku tenang. 

"Budak yang hantar Fi tu pergi sekali ke?" Aku terkejut mendengar pertanyaan daripada Abang Tarmizi. Takkanlah dia masih cemburu dengan Zain. Apa yang patut aku jawab?

"Pergi." Ringkas sahaja jawapan dariku. Aku sedikit menyesal kerana berterus terang dengan Abang Tarmizi. Mungkin aku patut tidak memberitahu Abang Tarmizi yang Zain akan turut serta ke Pulau Pangkor. Abang Tarmizi hanya diam. 

"Dia dan girlfriend dia ikut sekali. Mereka berdua sekelas. So empat orang semuanya." Idea untuk memberitahu Abang Tarmizi bahawa Zain dan Yaya adalah pasangan kekasih timbul secara tiba-tiba. 

"Oh! Dia dah ada girlfriend." Abang Tarmizi seolah-olah lega mendengar apa yang diberitahu olehku. 

"Kenapa? Mesti Abang dah fikir yang bukan-bukan kan?" Aku merenung ke arah Abang Tarmizi. 

"Ya lah. Fi nampak rapat sangat dengan dia. Abang sedar, dia lagi kacak dari Abang," keluh Abang Tarmizi. 

"Takdelah. Bagi Fi, Abang lagi kacak dari budak tu. Jangan nak fikir yang bukan-bukan. Abang tidurlah dulu. Fi ada sikit lagi barang nak kemas. 

"Okay. Nanti tidur tepi Abang ya?" Abang Tarmizi mencium pipiku lalu naik ke atas katilnya. 

"Okay. Good night." Aku menyambung kembali mengemas barang-barang. Sedikit kesal kerana menipu Abang Tarmizi. Tetapi aku tidak tahu apa yang harus dikatakan kepada Abang Tarmizi untuk menghilangkan rasa cemburunya. Lagipun, aku tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Zain. Tiada apa-apa perasaan? Entahlah aku sendiri ragu pada diri sendiri. Apatah lagi Abang Tarmizi. 

To be continued

F.I

Selasa, 18 Mac 2014

Pe & Kong - Tomorrow, I'll Still Love You

Hello!!!

Dulu, aku pernah tengok satu siri tv dari Thailand yang bertajuk Proong Nee Gor Ruk Ter atau dalam bahasa inggerisnya Tomorrow, I'll Still Love You. Aku sendiri pun tak ingat macam mana aku boleh tahu pasal siri ini. 

Cerita ni bukanlah seratus peratus cerita gay tetapi watak adik lelaki kepada heroin dan bercinta dengan adik lelaki kepada lelaki yang menjadi punca kakak sulung mereka dibunuh. So kisah cinta terhalang juga lah ni. 

Di youtube memang ada satu channel ni yang memang fokus kepada storylines untuk watak Pe & Kong ni. Memang best sangat tengok kisah cinta mereka. Kalau nak tengok boleh check kat link kat bawah ni. Ada English subtitles sekali. So untuk yang tak faham bahasa Thai tu jangan bimbang. 

https://www.youtube.com/playlist?list=PLBtK6w_ZuUzrag5LyvC-fsJ-ga5p2R7ob

Sambil tu juga mari kita menjamu mata dengan gambar-gambar pelakon yang memegang watak Pe & Kong ni. 

Kong & Pe

Kong & Pe

Pe & Kong

Pe (Oh Anuchit Sapunpohng)

Kong (Fluke Pachara Thammon)

Isnin, 17 Mac 2014

Forbidden Love - Part 9

Bab 9

"Fi! Kau okay ke ni?" tanya Veronica. Aku sedikit terkejut bila Veronica meletakkan tangannya di bahuku. 

"Okay. Kenapa?" tanyaku kembali kepada Veronica. 

"Kau asyik mengelamun je. Dari kelas pagi tadi lagi. Aku ingat ke kau ada masalah," balas Veronica.

"Ish, tak adalah. Jangan bimbang. Aku mengantuk je ni. Semalam tak boleh tidur," jelasku kepada Veronica. 

"Okaylah. Tak nak ganggu kau. Tidurlah. Nanti aku kejut. Aku nak pergi ambil buku yang aku baca semalam." Veronica berlalu dari meja kami. 

Suasana di perpustakaan pada hari ini agak lengang. Aku meletakkan kepala di atas meja. Cuba untuk memejamkan mata. Peristiwa semalam mula kembali bermain di fikiranku. Aku sama sekali tidak menduga yang aku akan mencium abang Tarmizi. Aku yakin, abang Tarmizi sendiri terkejut dengan keberanianku. 

Aku memegang bibirku. Masih lagi terasa kehangatan ciuman abang Tarmizi. Aku tersenyum sendirian memikirkan peristiwa semalam. Hampir lima minit, kami 'mencerobohi' mulut masing-masing. Selepas kejadian itu kami hanya diam. Lidah kelu untuk berkata-kata. Abang Tarmizi juga hanya tersenyum dan mungkin terkejut dengan tindakan aku. Tapi aku yakin dia gembira kerana aku membalas cintanya. 

Apa yang kau dah buat ni, Fi?

xxx

Aku memulas tombol pintu. Tidak berkunci. Bermakna abang Tarmizi sudah ada di dalam bilik. Aku menolak pintu perlahan-lahan. Bimbang mengejutkan abang Tarmizi yang mungkin sedang tidur. Selesai sahaja menanggalkan kasut dan stokin, aku menutup kembali pintu bilik kami. 

Abang Tarmizi ada di atas katilnya sambil membaca surat khabar. Aku hanya melihat ke arahnya. Bila abang Tarmizi memandang ke arahku kembali, aku cepat-cepat mengalihkan pandanganku ke arah lain. 

"Fi dah makan?" tanya abang Tarmizi. Cuba untuk memulakan perbualan. 

"Dah. Lepas kelas tadi pergi makan dengan classmates," jawabku sambil meletakkan beg di atas kerusi. Aku duduk di atas katil lalu mengeluarkan telefon dari poket seluar. 

"Fi, nak pisang?" tanya abang Tarmizi lagi.

"Hah! Pisang?" Aku tersentak dengan soalan daripada abang Tarmizi. Otakku mula bertukar menjadi kuning. 

"Pisang goreng ni." Abang Tarmizi menunjukkan plastik yang ada di sisinya.

"Oh, pisang goreng. Tak apa. Fi kenyang lagi," jawabku sambil tersenyum kecil. 

"Kenapa? Ooo.. Fi dah pandai ya. Sejak bila jadi gatal ni," usik abang Tarmizi sambil turut tersenyum.

"Mana ada. Fi tak perasan lah ada plastik pisang goreng kat tepi abang. So Fi ingat abang bergurau lah tadi." Aku cuba menyorokkan rasa malu. 

"Fi, datanglah sini. Duduk tepi abang. Abang rindu sangat tau," ujar abang Tarmizi. Aku sedikit terkejut. 

"Tak apa lah. Fi berpeluh lagi ni." Aku cuba memberi alasan untuk menolak pelawaan abang Tarmizi. Abang Tarmizi bangun dari katilnya dan menuju ke arah katilku. Aku sedikit panik tetapi cuba berlagak selamba. Abang Tarmizi naik ke atas katil dan meletakkan kepalanya di atas ribaku. Aku terkejut dengan kelakuan abang Tarmizi tetapi cuba berlagak selamba. 

Dia memandang wajahku sambil melemparkan sebuah senyuman. Aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan. Abang Tarmizi mengambil tanganku lalu meletakkannya di atas kepalanya. Abang Tarmizi seolah-olah ingin bermanja denganku. Jari-jemariku mula bermain-main dengan rambut abang Tarmizi.

"Terima kasih, Fi" ujar abang Tarmizi sambil melelapkan matanya. 

xxx

"Mana Zain ni? rungut Veronica sambil melihat jam tangannya. 

"Tadi lepas kelas, Yaya dah beritahu dia ada discussion tengah hari ni. Kejap ya, Yaya call dia." ujar Alia atau lebih mesra dengan panggilan Yaya, rakan sekelas Zain. Pensyarah kami, Puan Salmah telah meminta pelajar-pelajar dari kelas kami bergabung dengan pelajar-pelajar dari kelas lain untuk membentuk satu kumpulan. Kami telah ditugaskan untuk membuat satu case study dan perbincangan ini diadakan untuk memilih tempat kajian kami. 

"Itu Zain dah sampai." Zain tergesa-gesa menuju ke arah kami. 

"Sorry ya. Aku kena jumpa En Mahmud tadi. Kena dengan syarahan dan leteran dari dia," jelas Zain. 

"Kenapa?" tanya Veronica. 

"Assignment aku teruk. Markah kuiz pun rendah. So memang kenalah." Zain duduk di sebelah Yaya. 

"Nanti study dengan Fi ni. Pelajar kesayangan Encik Mahmud. Selalu je dapat pujian. Pelajar cemerlang katakan." usik Veronica sambil memandang ke arahku. 

"Tahu. Encik Mahmud pun selalu puji Firdaus dalam kelas kami juga," tambah Yaya.

"Dahlah. Tak payah nak bodek aku. Jom start discussion. Aku nak balik basuh baju pula," balasku sambil mengeluarkan buku nota dari beg. 

"Yaya ada idea tau. Semalam Yaya dan V plan untuk kita pergi resort makcik Yaya di Pulau Pangkor. So kita boleh buat kajian kat resort dia. Senang sikit nak dapat maklumat," cadang Yaya kepada kami bertiga. 

"Betul tu. Senang sikit. Tak payah pening-pening nak hantar surat minta kebenaran dari pihak management," sokong Veronica.

"Aku tak kisah je. Nanti nak pergi macam mana?" tanyaku kembali kepada mereka berdua.

"Kereta Yaya lah. Kita top up minyak sama-sama. Then nanti parking kat tempat yang disediakan. Lepas tu naik feri lah. Kita stay lah kat sana dua malam ke. Okay tak?" tanya Yaya meminta pandanganku dan Zain. 

"Aku no hal," jawab Zain ringkas. 

"Aku pun," jawabku sambil menganggukkan kepala sebagai tanda setuju. 

"Okay. Kita pergi masa cuti mid-term. Nanti Yaya beritahu makcik Yaya," ujar Yaya kepada kami semua. Perbincangan ringkas kami selesai dan aku memasukkan kembali buku nota ke dalam beg. 

"Fi, aku dan Yaya nak keluar. Nak ikut tak?" ajak Veronica. 

"Takpalah. Aku nak basuh baju. Banyak sangat baju bertimbun kat dalam bilik," balasku sambil menyandang beg. 

"Okay aku balik dulu." Aku berlalu dari situ sambil mengucapkan selamat tinggal kepada Veronica, Yaya & Zain.

"Kejap. Aku nak balik kolej juga," ujar Zain. Aku menunggu Zain mengemas barang-barangnya. Kemudian kami berdua berlalu meninggalkan Veronica dan Yaya. Sedang kami berjalan melewati kawasan tempat letak motosikal, Zain berhenti.

"Kenapa?" tanyaku kehairanan. Zain menuju ke salah sebuah motosikal. 

"Motor aku dah sampai semalam," jawab Zain ringkas sambil menghulurkan topi keledar kepadaku. 

Zain menarik motosikalnya keluar dari tempat parking. Dengan berhati-hati aku membonceng motosikal baru Zain. 

xxx

Zain menunggang motosikalnya dengan agak laju. Aku menjadi bimbang lalu menepuk bahu Zain.

"Slow sikit. Tergolek aku kat sini kan." Aku menyuarakan kebimbangan aku kepada Zain. 

"Kau ni pengecutlah." Semakin laju pula pecutan motosikal Zain. Aku yang terkejut dengan pecutan motor Zain dengan pantas memeluk Zain dari belakang. 

Zain hanya membiarkan sahaja. Aku cuba untuk melonggarkan pelukan aku tetapi Zain memberi amaran. 

"Peluk kuat-kuat. Kat depan selekoh." Aku menguatkan kembali pelukan sambil motosikal Zain terus memecut laju. 

xxx

Aku turun dan cepat-cepat menanggalkan topi keledar. Tapi entah kenapa tali topi keledar ini sukar untuk ditanggalkan. 

"Mari aku tolong." Zain menarikku dekat dengannya. Aku berdebar-debar kerana jarak antara kami begitu rapat. Zain berjaya menarik tali topi keledar dan menanggalkannya dari kepalaku. 

"Terima kasih," ucapku sambil berlalu pergi. Aku berpaling dan menuju ke arah tangga. Abang Tarmizi ada di hadapanku. Aku terkejut melihat dia yang sedang menungguku. Aku tertanya-tanya samada abang Tarmizi melihat apa yang berlaku antara aku dan Zain sebentar tadi. 

xxx

Abang Tarmizi hanya diam sepanjang kami menaiki tangga. Apabila sampai di muka pintu, dia terus masuk ke bilik tanpa berkata apa pun kepadaku. 

Takkanlah marah pasal aku dan Zain. Cemburu ke?

Aku masuk ke dalam bilik dan melihat ke arah abang Tarmizi yang sudah berbaring di atas katilnya. 

"Abang dah makan ke?" tanyaku yang tidak tahu bagaimana untuk membuka bicara. 

Abang Tarmizi hanya diam. Dia memusingkan badannya membelakangi aku. Mungkin benar telahanku sebentar tadi yang abang Tarmizi cemburukan aku dan Zain. 

Aku duduk di sebelah abang Tarmizi. 

"Kenapa ni?" tanyaku lembut. Masih lagi tiada jawapan yang keluar dari mulut abang Tarmizi. 

"Fi ada buat salah ke? Pasal tadi ke?" Aku memegang lembut bahu abang Tarmizi. 

Abang Tarmizi memusingkan kembali badannya ke arahku. 

"Ya, abang cemburu tengok Fi dengan budak tu. Siap peluk bukan main rapat lagi," kata abang Tarmizi sambil memandang tajam ke arahku. Entah kenapa bukan rasa takut yang bermain di minda bila melihat renungan tajam abang Tarmizi tetapi rasa gembira bila melihat abang Tarmizi yang cemburu. 

"Bukan macam tu lah. Fi tak leh nak balance tadi naik superbike dia. Dia pula bawa laju. Tu yang terpaksa peluk. Lagi pun dia straight lah." Aku memberanikan diri memegang tangan abang Tarmizi sebagai tanda cuba untuk memujuknya. 

Abang kembali memusingkan badannya menghadap dinding. Aku berbaring di sisi abang Tarmizi dan memeluknya dari belakang.

"Nah, Fi peluk abang. Lagi erat tau." Aku memeluk abang Tarmizi dengan seerat-eratnya. Abang Tarmizi memegang tanganku. 

"Fi, boleh tak abang nak minta tolong?" tanya abang Tarmizi. Nada suaranya sudah bertukar dari cemburu kepada romantik. 

"Tolong apa?" tanyaku kembali kepada abang Tarmizi. 

"Malam ni kita tidur sekatil ya."

Aku tergamam mendengar permintaan abang Tarmizi. Adakah aku betul-betul sudah bersedia untuk semua ni. 

To be continued

F.I

P.S. - Terima kasih kerana sudi menunggu Part 9 ini dengan penuh kesabaran. Part 10 akan menyusul dengan pantas. Dalam masa 2 hari lagi. 

Khamis, 13 Mac 2014

Aku & Kesibukan Yang Melampau

Hello!!!

Aku agak busy lately. Banyak kerja dan program yang kena plan. So hal-hal lain tolak ke tepi dulu. Aku suka fokus bila nak buat sesuatu kerja untuk elakkan diri dari stress. Dan cara aku ni agak berkesan. Jarang lah aku stress pasal kerja. 

Forbidden Love Part  9 dah hampir ready. Hari tu actually dah siap tetapi entah kenapa aku macam tak puas hati so kena edit balik. Hujung minggu ni akan post.

Pray for MH370. Dah masuk hari keenam. Still belum jumpa lagi. Aku cuma mampu doakan yang terbaik. Kasihan tengok family member yang tertanya-tanya nasib ahli keluarga mereka yang terlibat. 

My Mom pun dah start panik. Bimbang pasal anak sulung dia ni yang berkemungkinan besar kena fly ke Phillipines this May. Aku sendiri pun panik. Huhu. Sedangkan naik jejantas pun dah boleh buat aku pening lalat, apatah lagi naik plane pula.

No matter what, aku hanya boleh berserah. Kalau betul-betul kena pergi Phillipines, redha je lah. 




Sabtu, 8 Mac 2014

Kami & Kucing

Hello


Petang tadi balik dari kerja, bf aku datang jemput. Tak ada apa-apa plan pun, just kebetulan dia lalu di situ so bolehlah datang jemput aku sekali. Time nak balik, ada seorang budak tegur kami. Aku & bf memang kenal budak tu. Dia cakap kucing dia terperangkap atas pokok. So minta pertolongan dari kami.

Kucing tu panjat pokok sebab kena kejar dengan anjing. Mungkin sebab panik, so kucing tu panjat pokok then tak boleh turun. Kesian pula tengok kucing tu duduk mengiau-ngiau atas pokok. Aku dan bf aku ni memang suka kucing so tak sanggup tengok kucing tu dalam kesusahan. 

Kami cuba letakkan papan so kucing tu boleh turun. Tapi still kucing tu tak berganjak. Memang kami kena panjat jugak. So pinjam tangga dengan seorang aunty ni. Kawasan yang kami nak panjat ni agak tidak stabil. So aku memang kena pegang tangga betul-betul while bf aku panjat tangga. 

Bf aku dah hulurkan tangan tetapi kucing tu still tak nak beri kerjasama. Bf aku ni dah lah gayat. Well, kami berdua memang gayat. But since kucing tu tak nak beri kerjasama, bf aku terpaksa turun. Tetapi bf aku ni masih tak berpuas hati. Dia panjat balik. Walaupun terketar-ketar, dia kuatkan diri dan berjaya ambil kucing tu. 

Ramai pula yang berkerumun tengok operasi menyelamat. Walaupun dah turun bf aku still shaking. Aku tahu dia takut sangat masa panjat tadi. Mana tahu kucing tu melompat ke arah dia. Dahlah tempat tu agak tinggi. Kalau jatuh, memang agak parah jugalah. Tak sempat nak bertaubat. Huhu. 

Kami masuk dalam kereta. Dia masih lagi menggigil. Aku terpaksa peluk dia untuk tenangkan dia. But dia still tak boleh drive. Kena tenangkan diri dulu. Jangan tanya kenapa aku tak ambil alih untuk drive. Huhu. Aku biarkan je dia then after 5 minit baru stop menggigil dia. 

Aku memang bangga betul lah dengan dia tadi. Aku memang sahlah takkan panjat pokok tadi. Gayat but my bf walaupun dia gayat jugak but still gagahkan diri untuk selamatkan kucing tu. Bravo!!! Masa dalam perjalanan balik dia tanya aku. "Agak-agak kita dapat pahala tak tadi?" Aku hanya jawab "Only God can judge us"

Be kind to one another!!!

Khamis, 6 Mac 2014

Movie: Shelter

Hello!!!


Aku rasa mesti ramai yang pernah dengar pasal filem 'Shelter'. Filem Shelter merupakan salah satu filem bergenre gay yang paling diminati ramai. Filem ini ditayangkan pada tahun 2007 dan dihasilkan oleh produksi dari Amerika. 

From Left; Shaun, Cody, Zach & Tori
Shelter mengisahkan Zach (Trevor Wright), yang bercita-cita ingin menjadi seorang pelukis tetapi terpaksa menangguhkan hasratnya untuk masuk ke sekolah seni demi untuk membantu keluarganya. Dia tidak begitu gembira dengan kehidupannya terutama hubungannya bersama teman wanitanya, Tori (Katie Walder) 

Brad Rowe (Shaun) & Trevor Wright (Zach)
Apabila Zach bertemu dengan Shaun (Brad Rowe), abang kepada kawan baiknya, hidup Zach mula berubah. Shaun yang merupakan seorang penulis memberi dorongan kepada Zach untuk mengejar impiannya dan tidak berputus asa. Hubungan mereka baik sehinggalah pada suatu malam, mereka telah saling bercium. Zach masih lagi tidak pasti siapa dirinya yang sebenar. 


Filem ini bukan sahaja menyentuh isu cinta tetapi turut mengajar kita untuk mengejar impian walau apapun halangan yang ada di hadapan. Aku suka dengan 'chemistry' yang kuat di antara dua pelakon utama, Trevor Wright & Brad Rowe. Setiap babak antara mereka nampak begitu 'natural'. Sinematografi filem ini sangat cantik, terutama sekali shot di laut. Lagu-lagu yang melatari filem ini juga sangat bagus terutama lagu-lagu daripada Shane Mack iaitu Lie To Me, More Than This & I Like That. Filem ini memang patut ditonton. 

Rating: 

Selasa, 4 Mac 2014

Forbidden Love - Part 8

Bab 8

Aku berasa sangat rimas. Tidak selesa untuk bergerak. Tidak selesa untuk berpusing. Seolah-olah sedang disekat. Aku membuka mata perlahan-lahan. Katil di sebelah kosong. Tiada kelibat abang Tarmizi. Peristiwa semalam mula muncul perlahan-lahan dalam benak fikiranku. Aku masih di bilik Zain!

Aku lupa apa yang berlaku semalam. Aku hanya teringat yang aku memeluk Zain dengan tujuan untuk memindahkan haba dari tubuhku kepada tubuhnya. Entah bila masa pula aku tertidur. Dan sekarang bukan aku lagi yang memeluk Zain tetapi Zain yang memeluk aku dan pelukannya sungguh erat. 

Aku hanya diam. Bingung dan buntu memikirkan tindakan yang harus diambil. Mungkin juga kaku dengan pelukan tangan Zain yang begitu pejal dengan otot-ototnya. Aku bergerak perlahan-lahan. Tidak mahu Zain tersedar dari tidur kerana ia akan membuatkan situasi ini semakin kekok. 

Aku mengangkat tangan Zain perlahan-lahan. Sedang aku cuba meleraikan pelukan Zain, Zain mengangkat kakinya dan menyilangkannya di kakiku sambil mengeratkan kembali pelukannya. Aku tergamam. Aku bukan lagi manusia tetapi bantal peluk untuk Zain. Memburukkan lagi keadaan, aku dapat merasakan satu tekanan di pinggulku. Satu bonjolan. Ereksi Zain!

xxx

Lima minit berlalu. Dan selama lima minit itu jugalah aku hanya terdiam membisu. Aku nekad. Kami tidak boleh berterusan berada di dalam keadaan begini. 

"Zain, Zain. Aku nak balik ni," ucapku yang masih lagi membelakangi Zain. Posisi ini sungguh menyesakkan aku. 

"Zain, Zain." Aku menguatkan sedikit suara supaya dapat didengari Zain. Zain bergerak. Pelukan Zain mula longgar dan kemudian mengangkat kakinya dari kakiku. 

Aku segera bangun. Tanpa melihat ke belakang aku terus menuju ke meja Zain lalu mengambil kunci bilikku. Dengan pantas aku keluar dari bilik Zain. Tiada perbualan antara kami. Aku tidak mahu situasi ini menjadi lebih kekok. 

xxx

Aku menyimpan kembali baldi kecil yang mengandungi toiletries di tepi katil. Terasa segar tubuh badanku yang sedikit lemah. Tambahan pula, posisi sewaktu tidur malam semalam tidak begitu selesa. Aku masih lagi tidak percaya yang aku boleh tertidur dan berkongsi katil dengan si sombong. 

Abang Tarmizi sudah memulakan rutin senaman hariannya. Nampaknya sekali lagi aku bakal diuji. Setelah 'diserang' oleh Zain aku terpaksa berhadapan dengan tubuh sasa abang Tarmizi pula. Aku sendiri tidak faham bagaimana abang Tarmizi dan Zain boleh menjaga bentuk tubuh badan mereka yang kelihatan sungguh tegap. 

"Fi tidur kat mana semalam?" tanya abang Tarmizi sambil melakukan sit-up

"Bilik kawan. Roommate dia balik kampung. So Fi temankan lah dia," jawabku sambil menyidai tuala di tingkap. 

"Habis tu, abang ni tak perlukan teman ke?" soalnya kembali sambil tersenyum. 

"Kawan Fi tu demam. Itu yang Fi kena teman dia. Abang sihat walafiat je nampak." Aku membalas senyuman abang Tarmizi. Aku cuba untuk kembali ke katilku tetapi abang Tarmizi menarik tanganku. 

"Cuba rasa. Abang pun demam juga. Panas ni." Abang Tarmizi menarik tanganku dan cuba untuk meletakkannya di kepala. Aku gagal untuk mengimbangi tubuhku tetapi nasibku baik kerana sempat disambut oleh abang Tarmizi. 

"Eh! Abang tarik slow je dah jatuh. Ni kena exercise lagi ni." Abang Tarmizi tergelak melihatku yang jatuh di atas ribanya. 

"Fi terkejut lah. Tak expect abang nak tarik tangan Fi. Tak pasal-pasal dah jatuh atas abang. Sakit tak?" tanyaku yang juga sedang menahan gelak. 

"Sakitlah juga. Tetapi tak apa. Abang tak kisah kalau Fi yang jatuh atas abang. Jatuh hari-hari pun okay." Abang Tarmizi hanya tersenyum kepadaku. Tangannya tiba-tiba memegang mukaku. Dia membelai-belai wajahku sambil melihat ke arahku dengan pandangan mata yang penuh romantik. Dia menyentuh mataku dan aku hanya mampu tunduk. 

"Tahi mata ada lagi. Tak basuh muka dengan elok ni," usik abang Tarmizi. Aku cepat-cepat mengesat mata dengan jari. 

"Mana ada!" Aku lega kerana suasana kembali bertukar dengan usikan dari abang Tarmizi. Aku tidak sanggup lagi berhadapan dengan pandangan romantik daripada abang Tarmizi kerana aku yakin, aku akan tewas. 

xxx

Sudah dua hari aku berjaya mengelakkan diri dari bertembung dengan Zain. Semalam bila terserempak dengan Zain di muka pintu tandas, aku cepat-cepat berpaling dan kembali ke bilik semula. 

Tetapi nampaknya, misi aku untuk mengelakkan diri dari Zain akan gagal jua kerana Veronica baru sahaja melambaikan tangan dan memanggil Safuan dan Zain ke meja kami. 

"Dah habis kelas ke?" tanya Safuan kepada Veronica. Aku cuba mengelakkan diri dari memandang Zain. Tetapi bau minyak wanginya mengingatkan aku pada saat kami sedang berpelukan. 

"Cancel. Jam 2 pulak," jawab Veronica sambil tersenyum melihat ke arah teman lelakinya. 

"Oh ya! Fi, terima kasih hari tu jaga Zain. Cepat je Zain sembuh dari demam. Hebat servis kau," ujar Safuan. 

Aku yang sedang meminum air dari botol, tersedak mendengar perkataan 'servis' dari Safuan. Bajuku sedikit basah. 

"Fi!!! Okay ke. Kejap aku cari tisu." Veronica membuka beg tangannya. 

"It's okay. Aku pergi toilet jap." Aku menggunakan kesempatan ini untuk melarikan diri dari Zain. 

Aku menuju ke tandas yang berdekatan. Berasa sedikit lega kerana dapat lari dari Zain buat seketika. Kenapa hatiku berdebar-debar sangat bila ternampak Zain. Apa yang sudah berlaku pada aku?

Pintu tandas terbuka. Zain masuk ke dalam tandas. Matanya melilau-lilau mencari sesuatu. Mungkin cuba memastikan tiada orang lain di dalam tandas selain kami berdua. 

"Apa masalah kau ni? Aku nampak kau macam cuba lari dari aku jer? Aku ada buat salah ke?" tanya Zain sambil merenung tajam ke arahku. 

"Mana ada," dalihku sambil membuka paip sinki. 

"Tak payah tipu. Cuba cerita. Apa masalah kau nak lari-lari dari aku ni. Malam tu bukan main happy lagi kau jaga aku. Macam dah jadi bini aku dah," tambah Zain lagi. 

"Bini? Dahlah orang tolong. Tak ucap terima kasih pula." Aku menjeling tajam ke arah Zain sambil kembali mengelap bajuku. 

"Oh sebab tak ucap terima kasih ke, kau marah kat aku ni. Okay. Terima kasih. Terima kasih sebab jaga aku. Terima kasih sebab beli makanan kat aku. Terima kasih sebab potong ubat. Terima kasih sebab tuamkan badan aku. Ada lagi?" tanya Zain. 

Aku menggelengkan kepala.

"Satu lagi, aku gurau je panggil kau bini aku tadi. Tak ingin aku berbinikan jantan macam kau," ujar Zain lagi. 

"Habis tu, kau ingat aku lapar sangat nak jadi bini kau?" balasku kembali. 

"Of course. Aku ni, gred A. Lima bintang lagi," lagak Zain sambil tersenyum sinis. 

"Dahlah sombong. Bongkak pula. Nak makan panadol pun fail." Aku bergegas keluar dari tandas. 

"Kejap!" Zain mengekori aku dari belakang. 

"Kau jangan nak bagi tahu sesiapa pasal ubat tu. Siap kau kalau Razi atau V atau siapa-siapa je tahu pasal ni. Aku bagi tahu dia orang yang kau ambil kesempatan kat aku pada malam tu." kata Zain kepadaku. 

Aku memandang Zain dengan tajam sambil mempercepatkan langkahku. Sampai sahaja di meja kami, aku terus duduk. Safuan sudah tiada. Mungkin sudah pergi ke kelas. 

"Okay. Aku ada kelas Puan Salmah sekejap lagi. Korang dah dapat ke tugasan apa yang kena buat?" tanya Zain kepada kami berdua. 

"Belum. Tapi Puan Salmah ada cakap pasal grouping. Dia nak setiap group mesti ada dua pelajar dari kelas aku dan dua pelajar lagi dari kelas kau. Dia tak nak berpuak-puak ni." jawabku. 

"Aku lepak bilik Yaya, budak kelas kau semalam. Kami plan nak kita semua dalam satu group. Aku dengan Fi dan kau dengan Yaya. Okay tak?" ujar Veronica. Aku sedikit terkejut dengan cadangan daripada Veronica. Kalau boleh aku ingin mengelakkan diri daripada berada di dalam satu kumpulan bersama Zain. 

"Aku okay je. Apa-apa kita bincang nanti. Aku nak pergi kelas." Zain mengangkat beg sandangnya sambil berlalu pergi dari situ. Veronica memandang ke arahku. 

"Kenapa?" tanyaku.

"What's going on? Kau nampak pelik sangat. Ada apa-apa yang berlaku ke antara kau dan Zain malam tu?" tanya Veronica. 

"Tak ada lah. Kami okay jer. Aku pening kepala sikit. Tak ada mood." Aku cuba mencari alasan yang sesuai. Belum sampai masanya lagi untuk aku menceritakan perkara yang sebenar kepada Veronica. 

"Bila kau pergi toilet tadi, Zain terus ikut belakang kau. Dia macam marah sudah. Macam couple pula korang. Hehe." usik Veronica. 

"Mengarutlah kau V. Dah jom sambung balik discussion. Nanti kau nak dating pula petang ni." Aku mengeluarkan buku rujukan. Couple? Aku & Zain. Tak mungkin!

xxx

Aku menguatkan volume lagu "Up in the Air" dendangan band kegemaranku, Thirty Seconds to Mars. Kebelakangan ini agak tertekan dengan masalah pelajaran. Ada beberapa topik yang masih belum dapat aku kuasai lagi. 

Pintu bilikku dibuka. Abang Tarmizi selalu pulang lewat sejak kebelakangan ini. Mungkin sibuk membuat persediaan untuk menghadapi ujian pertengahan semester. Aku memperlahankan volume

"Fi, abang bawa balik hadiah untuk Fi ni." Abang Tarmizi meletakkan sesuatu di atas mejaku. Melihat kotaknya sahaja, aku sudah dapat meneka apa yang ada di dalamnya. Kek coklat. 

Abang Tarmizi masih ingat lagi rupanya kejadian yang berlaku antara kami. Aku masih ingat lagi peristiwa yang berlaku semasa aku di tingkatan satu. Aku baru sahaja membeli sepotong kek coklat. Tetapi malangnya, kek yang baru dibeli itu, jatuh ekoran kecuaian diriku sendiri. Tetapi abang Tarmizi yang melihat kejadian itu telah membelikan kek coklat yang baru untukku bagi menggantikan kek yang sudah jatuh itu. Sejak dari hari itu, aku sudah jatuh hati kepada abang Tarmizi. 

Tanpa diduga air mataku menitis. Terharu apabila mengenangkan kebaikan abang Tarmizi kepadaku suatu masa dahulu. Dia pernah menyelamatkan aku dari menjadi mangsa buli dan dia juga pernah menolongku untuk mendapatkan kembali telefon bimbit yang dirampas oleh pengawas sekolah. Begitu banyak jasa abang Tarmizi kepadaku. 

Aku cepat-cepat mengelap air mataku. Tidak mahu abang Tarmizi melihatku yang sedang menangis. Tetapi aku terlambat. Abang Tarmizi sudah mengeluarkan sapu tangannya dan mengelap air mataku. 

"Kenapa ni?" tanya abang Tarmizi. Mungkin sedikit hairan melihatku tiba-tiba menangis. 

"Takdelah. Fi terharu dengan kebaikan abang jer. Teringat balik apa yang abang pernah tolong Fi dulu." Aku cuba untuk mengawal emosi. Mungkin juga aku terlampau rindukan ayah dan ibuku. Sudah hampir 3 bulan kami tidak berjumpa. 

"Abang ikhlas. Dah jangan nangis. Buruklah lelaki nangis," pujuk abang Tarmizi sambil menarik kerusi dari mejanya untuk duduk berhadapan denganku. 

"Fi, antara orang yang istimewa sangat dalam hidup abang. Abang ada banyak kawan tapi Fi lain. So bila jumpa balik Fi kat sini, abang gembira sangat," tutur abang Tarmizi. Tiba-tiba dia memegang tanganku. 

"Fi, abang nak berterus terang je dengan Fi. Abang suka Fi. Fi mungkin anggap abang macam kawan atau mungkin sebagai seorang abang jer. Tapi abang suka Fi lebih dari seorang kawan mahupun adik," sambung abang Tarmizi lagi. 

Aku hanya terdiam membisu. Tidak tahu bagaimana untuk membalas kembali luahan hati abang Tarmizi. 

"It's okay. Abang faham. Mungkin abang hanya bertepuk sebelah tangan saja. Abang hormat keputusan Fi. Abang cuma dah tak boleh nak sorok lagi perasaan abang." Abang Tarmizi melepaskan pegangan tangannya. 

Aku nekad. Saat abang Tarmizi bangun dari kerusi, aku turut bangun. Abang Tarmizi memandangku kehairanan. Tanpa berfikir panjang, aku terus mencium abang Tarmizi dengan sepenuh perasaaan. 

To be continued

F.I

Ahad, 2 Mac 2014

Aku & Langkah Bendul

Hello!!!

Cepat sungguh masa berlalu. Sudah bulan Mac. Aku agak berdebar sedikit menanti bulan Mac ni. Sebabnya adik lelaki aku akan berkahwin. Aku ni anak sulung dari empat beradik. Semuanya lelaki. So adik aku yang nombor dua ni bakal berkahwin tak lama lagi. Langkah bendul lah jawabnya. 

Biasanya orang perempuan je yang jadi isu pasal langkah bendul ni. Aku tak kisah pun. Langkahlah kalau nak langkah. Tetapi yang menjadi isu ialah mulut sanak saudara. Mesti aku kena sound ni. Tak banyak pun mesti adalah sikit. Tu yang berdebar tu. Menanti hukuman kerana tidak berkahwin. 

Sekarang ni tengah fikir alasan. Nak cakap takde duit, tak boleh, sebab gaji aku jauh lebih banyak dari adik aku. Nak cakap takde calon, kan dicari calon pula oleh aunty-aunty aku ni. So sekarang tengah blur. Kalau sesiapa ada alasan yang bagus, tolonglah komen di bawah ya. 

Bf aku lagi kena teruk. Dia juga anak sulung dari empat beradik. Sekarang ni, adik lelaki dia (nombor 2) dan adik perempuan dia (nombor 3) dah kahwin dan adik lelaki bongsu dia bakal berkahwin hujung tahun ni. Aku pergilah kenduri untuk kedua-dua adiknya yang dah berkahwin tu. Kesian jugak tengok dia kena sindir dengan makcik dan pakcik dia. 

So sekarang ni aku kena berguru dengan dia, macam mana nak tebalkan telinga!!!

P.S: Forbidden Love yang seterusnya tak sure lagi bila boleh post. Aku target this Monday or Tuesday or maybe Wednesday. :p