Iklan

Rabu, 23 April 2014

Trailer: My Bromance


Ada satu lagi movie dari Thailand yang aku nantikan. Tajuknya adalah 'My Bromance'. Filem ini telah ditayangkan di pawagam pada Februari lepas. So kena tunggulah sebelum keluar DVD then baru boleh download. Aku suka sangat bila tengok trailer dan petikan filem ini di pawagam. Ramai yang cakap filem ini setanding dengan 'Love of Siam' yang memang merupakan antara filem kegemaran aku. 



Trailer & Petikan filem dari pawagam



Isnin, 21 April 2014

Movie: Timeline

Hello

Hari ini satu lagi filem review dari Thailand, iaitu Timeline. Filem ini dikeluarkan pada tahun 2013. Masih baru lagi. Aku mendapat tahu mengenai filem ini dari kawan-kawan aku. So terus cari di Youtube. Mujur ada so tak payah download. 


Ada 3 cerita di dalam filem ini. Setiap cerita mengambil masa dalam 25 minit rasanya. Sinopsis cerita yang ada di dalam filem ini adalah seperti berikut

Cerita 1

Ohm & ??

Mengisahkan dua sahabat karib yang masih lagi bersekolah menyukai satu sama lain. Suatu hari salah seorang dari mereka (I forget the name already) telah menumpang tidur di rumah kawannya iaitu Ohm. Bermula dari practice untuk bercium, mereka telah terlanjur dan bersetuju untuk menjadi pasangan kekasih. 


Cerita 2

Bas & Top

Cerita yang kedua agak creepy sedikit. Mengisahkan dua orang kekasih (Top & Bas) yang berkongsi cerita cinta dan kehidupan mereka di laman perkongsian video. Masalah timbul apabila Bas sering mendapat ugutan dari seseorang yang ingin menghancurkan hidup mereka berdua. 


Cerita 3 

Ohm & Boy

Cerita yang terakhir mengisahkan seorang pelajar kolej, Boy yang telah datang untuk bercuti dan tinggal di satu rumah tumpangan. Di situ dia telah berkenalan dengan Ohm pemilik rumah tumpangan yang hidup dalam kemurungan. Hubungan mereka menjadi mesra namun suatu hari Ohm telah menjauhkan diri daripada Boy. 

Bagi aku the best part of this filem adalah ending dia. Begitu menarik dan menyentuh hati. Cerita pertama sangat cute. I think everyone can relate to this story. Cuma pelakon dia agak kayu sedikit. Mungkin mereka berdua masih muda lagi. Cerita kedua agak creepy. Bagi aku average sahaja. Cerita ketiga adalah cerita yang paling best. Pelakon yang membawa watak Boy sangat cute. Cuma watak Ohm agak moody tetapi aku faham since dia ada masalahnya sendiri. Ending dia sangat unexpected. Walaupun clue dah ada aku still terkejut dengan penamat dia. Overall, filem ini berjaya menghiburkan aku. 

Di bawah ini adalah link Youtube untuk filem ini. Selamat menonton.

http://www.youtube.com/watch?v=opV03Mf33So

Rating: 

Ahad, 20 April 2014

Movie: Club Friday 2: Ruk Rue Mai Dai Ruk (Choke & Hack)

Hello!!!

Ada beberapa filem yang aku sudah tengok, tapi belum sempat buat review lagi. Antara filem yang aku tengok baru-baru ini adalah Club Friday 2. Aku rasa cerita ini adalah dari siri tv di Thailand. Tapi tidak pasti pula.

Hack & Choke
Club Friday 2 mengisahkan hubungan di antara dua watak utama di dalam cerita ini iaitu Choke (Bom Anuruk) & Hack (Oh Anuchyd). Choke dan Hack berkenalan menerusi laman sosial Facebook dan semenjak itu hubungan mereka menjadi semakin rapat. Walaupun pada mulanya Hack bimbang dan tidak pasti dengan hubungan mereka, kesungguhan Choke telah berjaya membuatkan Hack untuk menerima cinta Choke. Setahun berlalu dan mereka hidup bahagia sehinggalah satu kemalangan telah berlaku yang menyebabkan Choke hilang ingatan dan lupa akan segala kenangan mereka berdua. 

Hack & Choke
Cerita ini memang menyentuh hati. Permulaan cerita ini sungguh manis terutama bila Choke dan Hack pertama kali bertemu. Aku suka melihat bagaimana kisah cinta mereka berkembang dan setiap babak berjaya menggambarkan kemanisan hubungan di antara Choke dan Hack. Chemistry dua pelakon utama juga berjaya membuatkan aku lupa yang aku sedang menonton satu filem. Aku juga suka dengan dialog di antara dua pelakon utama. Sangat jujur. Ending dia sedih but still beautiful to me. I'm not going to spoil the ending. 


Aku terjumpa link cerita ini di laman Youtube. Boleh klik di link yang disertakan di bawah untuk menonton cerita ini;

http://www.youtube.com/watch?v=ayID9ETnVjg

Keseluruhannya, pada aku cerita ini sangat menghiburkan. 

Rating: 

Forbidden Love - Diari Zain (Special)

Bahagian 1

19 Disember

Hari ni bermula fasa baru dalam hidup aku. Mommy & Daddy tak dapat datang. Mereka yang push aku untuk sambung belajar tetapi nak datang hantar aku ke sini pun tiada masa. Baik aku kerja terus jer. Malas nak belajar dah. 

Pelajar lain semua datang dengan family. Tadi masa tengah angkut barang dari teksi ke hostel, aku nampak satu family yang sangat rapat. Mak dia menangis. Adik-adik dia peluk dia. Ayah dia pun nampak bangga. Aku? Huh. 

Budak ni tinggal sama level dengan aku. Ternampak dia di tandas petang tadi. Mata merah. Mungkin menangis. Mesti anak manja ni. Tapi budak ni macam cute jugak. Hehe. Malam tu, sekali lagi aku terserempak dengan dia di muka pintu kantin. Aku nak keluar dari kantin dan dia pula nak masuk. Aku cuba beri laluan kat dia. Aku ke tepi dia pun ke tepi jugak. Apa lagi, aku beri pandangan mautlah. Dia pun berundur untuk bagi aku keluar dulu. Aku siap jeling dia lagi. Mesti dia ingat aku sombong. 

Then lepas habis taklimat, terjumpa lagi budak yang sama. Dia berjalan di hadapan aku. Aku percepatkan langkah sehinggalah betul-betul kat belakang dia. Dia macam cuak bila lihat aku berjalan di belakang dia. Bila aku nak lintas dia jer, entah kenapa mulut aku ni lancang sangat perli dia jalan macam itik. Dia macam terkejut je bila aku cakap macam tu. 

Bodoh kau, Zain... Mesti dia benci kau sekarang. 


20 Disember 

Orientasi hari pertama boring nak mampus. Ceramah memanjang. Tidur lagi baik.

Tapi masa lunch, aku terjumpa lagi dengan budak tu. Rupa-rupanya dia pun ambil Accounting jugak. Kami makan di meja yang sama bersama dua orang lagi budak Accounting. Nama budak ni, Firdaus. Senyap je masa makan. Nerd giler. 

Lepas tu dia nak blah, dia boleh ucap selamat tinggal dekat Razi dan Amin je. Mesti dia bengang kat aku pasal semalam ni. Sensitif sungguh. 

Malam tu ada satu lagi ceramah. Kami balik bersama-sama. Dia seperti biasalah. Bisu. Aku pula tak tahu nak cakap apa. Last-last aku tanya dia ada rokok tak. Bila dia jawab yang dia tak hisap rokok, terus aku balas habis tu kau hisap apa. Bodoh sungguh soalan aku. Dia macam terkejut je aku cakap macam tu. Terus dia jalan cepat-cepat, tapi aku dapat kejar. Aku tanya dia pasal apa dia macam bengang je dengan aku. Tapi dia tak nak jawab pun soalan aku. Sakit hati aku. Sombong nak mampus. 

Arghh. Kenapa dengan aku ni?


26 Disember

Hari ini berlaku peristiwa paling memalukan dalam hidup aku. Dah la aku bangun lewat. Then sakit perut pulak so kena masuk toilet dulu. Sebab sakit perut sangat, aku terlupa kunci pintu. Terkejut beruk aku bila pintu ditolak dari luar. Yang menolaknya pula adalah budak nerd Firdaus tu. Malu siot. Rasa dicabul sangat.

Aku sampai kelas lewat. Tapi mujur takde lecturer. Aku duduk di sebelah Firdaus. Dia macam segan jer. Tak paham aku. Aku yang kena cabul, dia pula yang malu. 

Masa nak bagi kelas, dia nak join kelas yang sama dengan aku. Aku okay je sekelas dengan dia tetapi bila fikir balik pasal situasi kami, aku potong nama aku dari list kelas yang sama. Dia pun macam tak selesa dengan aku. Baik aku blah jer. 

Malam tu, masa aku tengah lepak kat tangga dia datang tegur aku. Dia boleh cakap aku pula yang tak selesa nak sekelas dengan dia. Hoi, aku keluar dari kelas tu sebab kau!

Aku macam bengang lah juga dia cakap macam tu. So bila dia selesai isi air dalam bilik pantri, aku sekat dia. Aku bangkit balik isu bilik air. Saja jer aku bergurau dengan dia. Dia dah tengok aku dalam keadaan yang memalukan, so aku mintalah nak tengok anu dia. Hehe. Dia cuba nak tepis tangan aku, tetapi terkena celah kelangkang aku. Senak giler siot. Dia cuak terus lari masuk bilik dia. Kelakar gila.  

Safuan tegur aku. Cakap sebelum ni aku nampak moody, tapi sekarang macam dah happy. Hmmm... 


9 Januari

Boring giler tinggal kat sini. Safuan sekarang ni 24 jam dengan telefon. Aku kat bilik ni bukan nak hirau pun. Kawan lain? Zero. Aku pula bukan kamceng sangat dengan budak kelas aku. 

Firdaus pula, selalu je jumpa di toilet tapi nampak sangat nak larikan diri dari aku. Takpe. Kau buat sombong dengan aku. 

Malam esok, nak pergi teman Safuan jumpa awek dia. Nak dating pun ajak orang. Tak faham aku. 


10 Januari

Shit... Rupa-rupanya Safuan tu tengah bercinta dengan Veronica, kawan si Firdaus. Tadi, masa aku pergi teman si Safuan ni dating, Fi pun ada sekali. Berdebar siot hati aku. Handsome pulak si Firdaus ni hari ni. 

Lepas makan, kami pergi tengok wayang. Aku duduk sebelah Fi. Nampak sangat dia tak uncomfortable dengan aku. Kenapa dia nervous sangat. Aku pun jadi nervous bila dia nervous.

Masa balik, si Safuan boleh bawa lawak gay pulak. Reaksi muka Fi macam terkejut je bila Safuan cakap aku ni gay. Safuan siap tanya Fi pulak samada dia gay. Tapi dia relax jer. Tak menggelabah macam aku. Hmm. 


13 Januari

Petang tadi, aku ternampak Fi dengan Veronica depan library. Veronica masuk ke tempat simpan barang, tapi Fi pergi ke toilet. Aku pula memang nak ke toilet. Kebetulan sangat. 

Fi tengah kencing. Dengan yakin, aku berdiri dan kencing di sebelah Fi. Terkejut siot dia tengok aku. Haha. Aku pun buat-buat terkejut jugak. Kenapa dia mesti malu-malu dengan aku. Dia suka kat aku ker?

Aku pula? Hmm.. Aku sendiri pun tak tahu sejak bila aku mula suka pada Fi.  


15 Januari

Semalam aku demam teruk. Safuan pula memang plan dah nak balik kampung so dia suruh Fi tolong tengok-tengokkan aku. Aku tak nak pada mulanya tapi dia bertegas juga beritahu Fi. 

Tapi, Fi memang jaga aku dengan baik sekali. Terus jatuh cinta. Haha. Banyak perkara yang berlaku pada malam tadi membuatkan aku lagi suka pada Fi. Tapi yang paling aku suka ialah bila dia peluk aku semasa tidur. Kena peluk hari-hari pun takpe. 

Pagi ni aku bangun awal. Fi masih lagi ada tidur di sebelah aku. Pelan-pelan aku bergerak ke arah dia dan peluk dia dari belakang. Tiba-tiba stim pulak. Haha. 

Tapi Fi sedar dan dia nak bangun. Terus aku kepit dia dengan kaki aku. Haha. Sambil tu aku berpura-pura dengkur. Fi hanya diam. Tidak bergerak. Alamak. Dia sedar ke aku tengah stim. Haha. Aku just nak tengok reaksi dia. Tapi dia senyap je. 

Lepas tu dia panggil nama aku. Cuba kejutkan aku yang tengah pura-pura tidur. Kesian pulak. Terus aku angkat tangan dan kaki. Terus pecut keluar dari bilik si Firdaus ni. Haha. 

Aku yakin dia pun ada hati dengan aku. 


17 Januari

Aku sedar selepas kejadian hari itu, Fi cuba mengelakkan diri dari aku. Petang tadi, aku dengan Safuan ternampak Veronica dan Fi tengah makan. Tapi bila kami sampai je, terus Fi minta izin nak ke toilet. 

Apalagi, terus aku ikut. Sampai toilet terus aku tanya dia. Walaupun dia tak nak mengaku, aku tahu dia segan. Aku pun malas nak panjangkan hal ni. Dia sempat ejek aku pasal panadol. Dahlah aku tengah geram kat dia. Kena cium baru tau. Haha. 


19 Januari

Untuk kelas Puan Salmah, aku dengan Yaya kena group dengan pelajar dari kelas lain. Mujurlah Yaya dan Veronica ni dah kenal satu sama lain. Dapatlah aku satu group dengan Fi. 

Kami akan ke Pulau Pangkor. Walaupun aku seratus peratus belum pasti pasal Fi, aku akan cuba luah perasaan semasa di Pangkor nanti. 

Selepas discussion kami balik bersama-sama dengan motor yang baru dihantar oleh parents. Aku siap bawa motor laju-laju lagi. Sengaja nak suruh Fi peluk. Misi aku berjaya. Tapi bila sampai kolej, roommate dia ada kat tangga. Tengok aku semacam jer mamat ni. 


25 Januari

Pangkor!!! Cantik gila pulau ni. Aku memang belum pernah sampai ke sini lagi. Aku kena share bilik dengan Fi. Honeymoon suite. Haha. 

Bilik mandi dalam suite kami tiada pintu. Terbuka dan design dia pula sangat romantik. Terkejut Fi bila nampak aku tengah mandi. 

Honestly, aku memang suka dengan Fi. Tapi aku masih lagi tak tahu macam mana nak luahkan perasaan kat dia. Kalau dia straight macam mana? Haha. Malam esok aku kena luahkan juga perasaan. Kalau tak sampai bila-bila aku takkan tau perasaan dia. 


26 Januari

Semalam, aku memang tak ingat apa yang berlaku. Aku ingat aku bangun dalam pukul 2. Mungkin masa tu aku tanggalkan boxer. Malu giler aku bila nampak Fi tengah cuba nak selimutkan aku yang tengah bogel. 

Dahlah pagi-pagi tengah stim. Bodohlah kau Zain. Mesti dia ingat aku ni lelaki gila seks. Macam mana aku nak berhadapan dengan dia ni. 

Aku diam jer hari ni, Masa interview pekerja tadi pun aku senyap jer. Bila dia orang nak mandi di pantai pun aku tak join. Tapi bila fikir balik, rugilah datang ke sini kalau tak mandi. Sia-sia je, jadi aku tebalkan muka dan join mereka. 

Malam tu si Fi tiba-tiba hilang dari bilik. So aku intai dari tingkap. Nampak dia tengah bercakap dengan seseorang di telefon. Hmm. Memang mesra. Dan bila aku dengar Fi cakap 'love you too' kepada orang tu, aku memang heartbroken. Dalam kepala otak hanya fikir dengan siapa Fi bercakap tadi.  

Dan bila Fi masuk bilik dan cuba untuk bersembang pasal kejadian pagi tadi, aku memang dah takde mood. Satu patah pun aku tak dengar sebab dalam hati aku tertanya-tanya dengan siapa Fi bercakap. Keluarga dia ke atau memang betul dia dah ada kekasih. 

Aku suruh Fi diam tetapi dia terus bercakap. Last-last aku memang tak boleh tahan. Aku terus kiss dia. Aku pun tak sangka aku akan kiss dia waktu itu. Tapi dia membalas ciuman aku. Maknanya dia pun sukakan aku jugak. Mungkin dia tengah bercakap dengan mak dia tadi. Aku pun selalu cakap 'I love you' kat ibu aku. Cuba sedapkan hati sendiri.

Dalam 5 minit juga kami berciuman. Dia macam terkejut. Terus aku beri warning kat dia. Kalau dia sebut lagi pasal kejadian pagi tadi, aku cium dia lagi. 

Sekarang dah pukul 3 pagi. Aku masih lagi tak boleh tidur. Dahlah esok kena drive balik KL. Aku yakin Fi pun masih belum tidur lagi. Hmmm. 

Aku tak pasti apa yang akan berlaku esok, tapi aku yakin dia juga sukakan aku. Itu yang paling penting bagi aku. 


Rabu, 16 April 2014

Q&A with F.I

Hello!!!

Terima kasih untuk semua komen-komen yang diberikan pasal Forbidden Love. Sekarang tengah cuba untuk menyiapkan Diari Zain. Selepas Diari Zain, Forbidden Love Part 13 akan menyusul. So tak lama pun tempoh masa menunggu ya. 

Sebelum menunggu Diari Zain dipublishkan, aku ingin berkongsi soalan-soalan yang pernah ditujukan pasal Forbidden Love dan juga mengenai diri aku. Ada juga soalan-soalan yang diambil secara random dari Ask.Fm. So mari kita memulakan sesi soal jawab bersama aku. 

Q: Cerita Forbidden Love ni dari kisah benar kau ke?

A: Tidak sama sekali. Mungkin ada sesetengah kejadian yang pernah berlaku pada aku tetapi majoriti jalan cerita Forbidden Love adalah rekaan semata-mata. 


Q: Fi tu engkau ke?

A: Tidak. Fi dengan F.I (Initial nama aku) adalah 2 orang yang berbeza. Mungkin ada sedikit sifat Fi yang ada dalam diri aku, tetapi memang sikit sangat. Dan nama sebenar aku bukanlah Firdaus ya. Actually aku ada seorang kawan dan nama dia Firdaus tetapi ramai memanggil dia dengan nama Fi which I think is a cool nickname, so dari situlah aku memilih nama Firdaus aka Fi untuk watak utama cerita Forbidden Love. So Fi dengan F.I hanyalah kebetulan. 


Q: Apa movie gay pertama yang kau pernah tengok?

A: Brokeback Mountain lakonan Heath Ledger & Jake Gyllenhaal and it's still one of my favorite gay movie of all time. 


Q: Kau tinggal di mana?

A: Aku berasal dari Kelantan. But aku belajar di Selangor dan sekarang bekerja di Selangor. 


Q: Aku rasa perasaan Fi kepada Abg Tarmizi hanya cinta monyet dan cinta dia kepada Zain baru real. Kau rasa?

A: Hehe. Kalau aku cakap, spoiler lah pulak. So aku biarkan pembaca aku mendefinisikan sendiri perasaan Fi terhadap Abang Tarmizi dan Zain. 


Q: Berapa bahagian akan ada cerita Forbidden Love ni?

A: Aku pun tak sure lagi, tapi plan aku untuk menghabiskan cerita ini pada pada Part 30. But tak sure lagi. 


Q: Apa hobi kau?

A: Membaca. Right now aku suka sangat dengan karya John Green. Selain membaca mendengar muzik dan juga mengajar. 


Q: Kau rasa siapa akan menang World Cup?

A: Spain kot. Tapi aku suka sokong team underdog. So Greece...


Q: 3 orang penting dalam hidup kau selain keluarga kau?

A: Hmm.. My bf, Y dan my two best friends (D & N)


Soalan Bonus

Q: Tubuh siapa yang paling tough? Zain atau Abang Tarmizi?

A: Haha. Yang ni memang aku tak terfikir langsung. Maybe boleh tengok tubuh pelakon Hunter Parrish untuk watak Abang Tarmizi dan model Sean O'Pry untuk watak Zain.

Abang Tarmizi
Zain
So nilaikanlah sendiri. Haha

Okay. Diari Zain akan menyusul nanti. Bila tu, tak boleh janji but asap. 

Isnin, 14 April 2014

Forbidden Love - Part 12

Bab 12

Aku melihat selimut dan seluar pendek Zain ada di kaki katil. Zain masih lagi lena. Baik aku segera mengambil selimut dan menutupi badan Zain yang terdedah. 

Sedaya upaya aku cuba untuk tidak memandang tubuh Zain yang terdedah tanpa seurat benang pun, tetapi sedaya upaya itu jugalah mataku cuba untuk mencuri pandang. 

Setelah berjaya mengambil selimut Zain, aku bergerak perlahan-lahan ke arah katil Zain. Berhati-hati agar dia tidak sedar dengan apa yang berlaku pada waktu ini. Sedang aku cuba untuk menebarkan selimut, mata Zain terbuka. Dia melihat sekeliling. Raut wajahnya menunjukkan yang dia kehairanan. Apatah lagi melihat aku yang sedang memegang selimutnya. 

Zain memandang ke arah bahagian tubuhnya. Dengan segera, Zain menarik selimut dari tanganku dan melindungi tubuhnya. Aku yang terkejut cepat-cepat mengambil tuala dan menuju ke bilik air. 

xxx

Sesi temuramah bersama pemilik dan pekerja-pekerja resort berjalan dengan lancar. Tetapi hanya kami bertiga sahaja yang rancak bertanya soalan semasa sesi temuramah sedangkan Zain pula hanya diam membisu. 

"Terima kasih Aunty sebab bagi kebenaran untuk kami buat assignment di sini." Aku mengucapkan terima kasih kepada makcik Yaya yang telah banyak membantu kami sepanjang berada di sini. Segala informasi yang diperlukan oleh kami berjaya dipenuhi oleh pihak pengurusan. 

"Sama-sama. Nanti belajar rajin-rajin tahu. Okay, Aunty kena masuk office kejap. Alia, nanti sebelum balik pagi esok jumpa Aunty dulu ya," pesan makcik Yaya kepada Yaya sebelum meninggalkan kami berempat. 

"Yay.. Siap.. Tinggal nak taip jer. Nanti balik sana kita bahagikan tugas ya," beritahu Yaya kepada kami semua dengan nada gembira. 

"Jom, pergi jalan-jalan dan mandi pantai. Aku tak sabar ni," ujar Veronica pula. 

"Aku tak nak ikut. Korang pergilah. Mengantuk." Zain berlalu pergi meninggalkan kami bertiga. Kami semua hanya tergamam dengan tindakan Zain. 

"Fi, kenapa dengan Zain tu. Emo je. Dari pagi tadi lagi. Korang gaduh ke?" tanya Veronica. 

"Takdelah. Aku pun tak tahu kenapa dengan dia." Aku menidakkan soalan daripada Veronica. Memang kami tidak bergaduh. Mungkin dia malu dengan apa yang berlaku pada pagi tadi. Tapi kenapa perlu segan. Bukan dia yang selalu suka mengusik aku sebelum ini. 

"Moody sungguh si Zain ni. Mengalahkan perempuan," rungut Veronica. 

"Tak apalah. Kita pergi bertiga sahaja pun dah okay. Jom." Yaya mengajak aku dan Veronica ke arah pantai. Aku menganggukkan kepala dan segera berlari ke arah pantai. 

"Siapa last kena tanam bawah pasir," laungku sambil berlari. Dengan pantas, Veronica dan Yaya turut berlari ke arah pantai. 

xxx

Aku mengeluarkan telefon dari poket seluar. Mencari nama Abang Tarmizi. 

"Hello..." Kedengaran suara seorang lelaki di talian. Aku sedikit terkejut kerana suara itu kerana ianya bukan milik Abang Tarmizi. Dengan segera, aku melihat ke arah skrin. Memang nombor Abang Tarmizi tetapi siapa pula yang menjawab panggilan telefon. 

"Hello. Tarmizi ke ni?" tanyaku yang masih lagi ragu-ragu dengan suara tersebut. 

"Tarmizi pergi bilik air. Tengah mandi. Nanti saya suruh dia call awak balik," jelas lelaki yang menjawab panggilan telefon milik Abang Tarmizi. 

"Oh.. Okay. Terima kasih." Aku menamatkan panggilan dengan seribu persoalan. Siapa lelaki itu? Kenapa dia menjawab telefon Abang Tarmizi? Mesrakah hubungan mereka? Mereka berada di dalam bilik kami ke? 

Aku terkejut dengan percikan air daripada Veronica. 

"Fi, jomlah." Veronica mengajakku masuk ke dalam air. 

"Kejap, aku buka seluar jeans ni dulu," balasku sambil membuka dan menanggalkan seluar jeans. Aku meletakkan seluar jeans di atas tikar yang dibentangkan oleh Yaya sebentar tadi. 

Aku segera masuk ke dalam air.

xxx

Kami bertiga masih lagi berada di dalam air. Walaupun air di sini agak sejuk, ia sekalipun tidak menghalang kami untuk berseronok. Sambil berbual dan menikmati keindahan pantai, kami bergurau senda di antara satu sama lain dengan memercikkan air ke arah masing-masing.

"Eh! Zain." Yaya menunjukkan ke arah Zain yang berada di tepi pantai. Dia berada berhampiran dengan tikar yang dibentangkan untuk meletakkan barang-barang kami. Zain membuka bajunya. 

"Wow, sasanya badan Zain. Seksi." Terpacul keluar dari mulut Veronica mengenai tubuh Zain. 

"Amboi, V. Awak tu dah ada boyfriend," balas Yaya. 

"So kau boleh lah tackle Zain, Yaya. Untung..." Veronica mengusik Yaya kembali. 

"V!!! Segan lah. Firdaus ada ni." Yaya mencubit lengan Veronica. Timbul rasa cemburu dalam diriku apabila Veronica cuba untuk memadankan Yaya bersama Zain. 

Zain berenang menuju ke arah kami. Dia berhenti di sebelahku. 

"Dah hilang rasa mengantuk?" tanya Veronica kepada Zain dalam nada memerli.  

Zain menganggukkan kepala lalu memercikkan air ke arah Veronica dan Yaya. Veronica dan Yaya segera membalas serangan dan memercikkan air kembali ke arah kami. Dan kami terus bergurau senda di antara satu sama lain. Buat sementara waktu, aku terlupa segala persoalan yang membelenggu fikiran aku. Tentang Abang Tarmizi dan juga Zain. 

xxx

Malam ini kami berempat hanya memesan makanan dari dalam bilik. Penat bermain-main dengan air pada petang tadi. Aku dan Zain kembali diam dan tidak bercakap di antara satu sama lain. 

Aku mengambil telefon dari poket seluar. 23 missed calls. Aku tergamam. 22 panggilan adalah daripada Abang Tarmizi. Kenapa? Sebab panggilan aku petang tadi ke? Aku sendiri terlupa akan pesanan yang ditinggalkan kepada lelaki yang mengangkat panggilan telefon pada petang tadi. 

Aku keluar dari bilik dan terus menghubungi Abang Tarmizi. 

"Fi!!! Kenapa tak jawab panggilan?" Nada suara Abang Tarmizi agak tinggi. 

"Sorry.. Tadi pergi pantai. Fi tak sedar bunyi telefon," jawabku tenang. 

"Fi marah kat abang ke? tanya Abang Tarmizi. Kembali lembut suara Abang Tarmizi di talian. 

"Marah? Kenapa nak marah?" tanyaku kembali. Cuba berlagak seolah-olah aku tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Abang Tarmizi. 

"Petang tadi tu, classmate Abang yang angkat telefon. Kami nak keluar. Dia datang awal dan abang belum mandi lagi. So abang suruh dia tunggu dalam bilik kita dulu," jelas Abang Tarmizi. 

"Oh pasal tu ke? Takdelah. Kenapa nak marah. Fi bukan jenis yang senang cemburu. Don't worrylah," balasku yang sebenarnya lega dengan penjelasan daripada Abang Tarmizi. 

"Bila Fi tak angkat telefon, abang panik sangat. Keluar makan pun tak tenang. Berapa kali kot abang cuba call Fi," tambah Abang Tarmizi lagi. 

"22 kali. Huhu. Sorry. Fi betul-betul tak dengar. Kesian abang." Aku cuba menenangkan hati Abang Tarmizi yang runsing. 

"Memang pun. Abang rasa macam nak pergi Pangkor je tadi. Oleh kerana Fi dah buat abang bimbang, abang akan denda Fi bila Fi balik nanti." Nada suara Abang Tarmizi tiba-tiba bertukar menjadi nakal. 

"Aik.. Bukan Fi sengaja pun tak angkat telefon" Aku cuba untuk mempertahankan diri dari kenakalan Abang Tarmizi. 

"Tak kira. Fi still akan kena denda. Siap Fi abang kerjakan," ugut Abang Tarmizi lagi. 

"Takutnya... Huhu.." Aku tergelak dengan ugutan nakal daripada Abang Tarmizi. 

"Okay fine. Fi ejek abang ya. Kita tengok malam esok apa yang berlaku." Abang Tarmizi tergelak kecil. 

"Tak sabar nak tengok apa hukumannya esok. Okaylah. Good night. I love you," Aku mengucapkan selamat tinggal kepada Abang Tarmizi. 

"Love you too. Bye."

Aku tersenyum. Sia-sia saja aku berfikir mengenai perkara ini petang tadi. Berbagai-bagai teori yang bermain di dalam fikiran aku. Abang Tarmizi, selesai. Mungkin aku patut selesaikan sahaja masalah aku dengan Zain pula. Mungkin itu yang terbaik. 

xxx

Zain membetulkan bantalnya. Nampaknya dia sudah bersedia untuk tidur. Ini peluang aku yang terakhir untuk membetulkan keadaan. Aku memberanikan diri. 

"Zain, pasal pagi tadi tu.. Relakslah. Tak payah nak malu. Aku faham. Biasalah pagi-pagi. Sejuk." Aku cuba berlagak selamba dan cool. Seolah-olah kejadian pagi tadi hanyalah perkara kecil. 

Zain tidak mengendahkan kata-kata daripada aku. Dia hanya duduk bersandar di kepala katil. 

"Selimut kau jatuh bawah tadi. So aku cuba nak selimutkan kau balik pagi tadi. Tapi tak sempat," sambungku lagi

"Diam." Aku terkejut dengan perkataan yang keluar dari mulut Zain. 

"Aku cuma nak tolong jer.." Belum sempat aku menghabiskan ayat, Zain menyampuk. 

"Diamlah..." Kali ini nadanya lebih tinggi. 

"Aku cuba untuk selesaikan masalah ni. Tak perlulah nak malu sampai tak nak bercakap dengan aku. Apa pula Veronica dengan Yaya fikir nanti. Kau terangsang di waktu pagi, aku pun pernah terangsang di waktu pagi. Normallah tu" Di saat itu juga, aku menyesal dengan perumpamaan yang digunakan olehku. 

"Aku cakap diam kan?" Makin keras nada suara Zain. 

"Suka hati aku lah. Mulut aku." Aku sendiri terkejut dengan perkataan yang keluar dari mulut aku sendiri. 

"Kau ni memang sengaja cari pasal..." Zain bangun dari katil dan menuju ke arah ku. Aku hanya tergamam dan tidak bergerak dari tempat aku berdiri. Aku yakin dengan hanya sekali tumbukan di perut sahaja aku akan tewas kepada Zain. 

Namun, bukan kaki atau tangan Zain yang memulakan serangan. Sebaliknya bibir Zain yang mengasak bibirku. Aku tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Terkejut, terperanjat dan tergamam adalah tiga perkataan utama yang dapat menggambarkan reaksi aku apabila Zain mengucup bibirku. 

Aku membalas kucupan Zain. Tindakan refleks dan berlaku tanpaku sedari. Mata Zain yang terpejam tadi kini terbuka. Kami memandang antara satu sama lain sambil terus berkucupan.

Zain menarik bibirnya daripada bibirku. Dia menuju ke arah katilnya kembali. Sambil berjalan, Zain sempat memberikan amaran kepadaku. 

"Kau buka mulut pasal ni lagi, aku cium mulut kau lagi!" Zain berbaring di atas katil dan terus menarik selimutnya. 

Fuck!

To be continued

F.I

P.S. ~ Terima kasih kerana sudi membaca. Bahagian selepas ni akan ditangguhkan dulu untuk memberi laluan kepada satu edisi khas iaitu 'Forbidden Love - Diari Zain'. Penceritaan untuk edisi khas ini adalah dari persepsi Zain saat dia terjumpa dengan Firdaus (Fi) hinggalah kepada saat dia mencium Fi. 

Sabtu, 12 April 2014

Hottest Bollywood Actor 2014

Masa aku remaja dulu memang minat gila dengan filem Bollywood. Tetapi minat tu lama-lama beransur hilang. Tetapi aku masih lagi mengikuti dunia perfileman Bollywood ni. Kalau zaman dulu, bagi aku aktor Bollywood ni biasa-biasa sahaja. Adalah seorang dua yang cute. Tetapi sekarang ni banyak aktor-aktor Bollywood generasi baru yang sangat hot dan seksi!!! Senarai 10 aktor berikut adalah pilihan peribadi aku ya.

John Abraham 



John merupakan aktor paling senior di dalam senarai aku. Bagi aku John ni timelessly sexy. Filem John yang paling seksi bagi aku adalah Dostana. 

Ranbir Kapoor



Ranbir ni merupakan anak kepada Rishi Kapoor. Aku suka tengok wajah dia yang agak boyish. Lakonan dia pun sangat bagus. Dia pernah memenangi dua kali Pelakon Lelaki Terbaik di Filmfare Awards. Antara filem dia yang best adalah Barfi dan juga Yeh Jawaani Hai Deewani. 

Imran Kapoor



Imran merupakan anak saudara kepada Aamir Khan. Antara aktor Bollywood kegemaran aku. Paling suka tengok dia bawa watak cheeky. Filem Imran yang paling aku suka (rasanya dah lebih 10 kali kot aku tengok) ialah I Hate Luv Storys. 

Ranveer Singh



Ranveer Singh ni kulit dia agak gelap sikit tapi seriously seksi gila. Aku suka sangat dengan filem pertama dia iaitu Band Baaja Baaraat. Tapi filem Ranveer yang paling seksi bagi aku ialah Goliyon Ki Raasleela Ram-Leela. 

Arjun Kapoor



Arjun merupakan anak kepada produser filem terkenal iaitu Boney Kapoor. Actually Arjun ni dulu agak berisi. Hanya setelah berjaya menguruskan badan, dia memulakan karier dia sebagai pelakon. Filem Arjun yang paling best bagi aku adalah Ishaqzaade

Ayushmann Khuranna



Ayushmann ni bukan sahaja menceburi bidang lakonan, tetapi juga pengacaraan dan nyanyian. Dia pernah memenangi Filmfare sebagai seorang pelakon dan juga penyanyi. So tak perlu nak miming suara orang lain. Filem dia yang paling best ialah Vicky Donor. Memang menarik filem tu. 

Aditya Roy Kapur



Tahun lepas Aditya membintangi dua filem blockbuster iaitu Aashiqui 2 dan Yeh Jawaani Hai Dewaani. Muka dia serius sangat tetapi aku suka bila dia melakonkan watak romantik. Memang cair. Tak percaya cuba tengok filem Aashiqui yang merupakan filem Bollywood kegemaran aku untuk tahun lepas. 

Sushant Singh Rajput



Bagi aku Sushant ni ada tarikan dia yang sendiri. Especially mata dia yang agak seksi. Aku rasa dia baru berlakon 2 filem dan kedua-duanya memang berjaya tetapi aku suka dengan filem Shuddh Desi Romance. 

Siddharth Malhotra



Siddharth juga baru membintangi dua filem tetapi nama dia memang popular sekarang ekoran muka dia yang cute dan juga tubuh yang cantik. Filem pertama dia adalah Student of the Year dan filem itu memang berjaya menonjolkan kelebihan Siddharth

Varun Dhawan



Varun juga turut membintangi filem Student of the Year. Seperti juga Siddharth Varun turut mempunyai raut wajah yang tampan dan tubuh yang cantik. Varun ni merupakan anak kepada pengarah filem terkenal iaitu David Dhawan. 

So dalam senarai aku ni ada banyak aktor-aktor yang boleh dikategorikan sebagai muka-muka baru. Tapi aktor-aktor lama pun still ada yang masih seksi bagi aku seperti Aamir Khan, Shah Rukh Khan, Salman Khan, Akshay Kumar dan juga Hrithik Roshan. 

Selasa, 8 April 2014

Aku & Prince Royce

Hello!!!

Kalau ditanya kepada aku, lelaki berbangsa apakah yang paling seksi aku dengan yakinnya akan menjawab lelaki berbangsa latin. Tak kiralah sama ada daripada Sepanyol, Mexico, Venezuela atau negara-negara latin yang lain. Pendek kata, bagi aku lelaki berdarah latin mampu menggoncang dada. Huhu. 

Sekarang ini, aku sedikit obses dengan Prince Royce. Prince Royce ni merupakan penyanyi latin pop dari USA. Ayah dan ibu Prince Royce berasal dari Dominican Republic tetapi telah berhijrah ke Amerika Syarikat. 

Aku kenal Prince Royce menerusi rancangan The X Factor USA yang telah menjemput dia untuk berduet dengan salah seorang peserta. Sejak dari hari itu, terus aku jatuh cinta dekat Prince Royce. Prince Royce sudah mempunyai 3 album iaitu Prince Royce (2010), Phase II (2012) dan paling terbaru Soy el Mismo (2013).

Majoriti lagu-lagu di dalam album Prince Royce adalah dalam bahasa Latin (Spanish). Hanya ada segelintir lagu sahaja yang dinyanyikan dalam bahasa Inggeris. Namun, aku masih lagi boleh dengar dan siap boleh menyanyi bersama walaupun hakikatnya aku tak faham apa pun yang aku nyanyikan. 

So, mari aku kongsikan gambar-gambar Prince Royce dan juga beberapa lagu Prince Royce yang aku gemari. 







Ahad, 6 April 2014

Forbidden Love - Part 11

Bab 11

Aku menoleh ke belakang. Veronica dan Yaya masih lagi lena dibuai mimpi. Sebentar tadi aku cuba untuk melelapkan mata, tetapi gagal. Memang sudah menjadi tabiatku yang sukar untuk melelapkan mata apabila berada di dalam kereta. Mungkin kerana tidak selesa dengan kereta yang bergerak atau mungkin juga kerana tidak percaya dengan kebolehan pemandu. Aku melihat ke arah Zain. Dia kelihatan sungguh tenang. Dan mungkin sedikit macho dengan kaca mata Rayban yang dipakainya. 

"Kenapa tak tidur?" tanya Zain bila menyedari aku sedang melihat ke arahnya. Aku mengalihkan pandangan ke arah lain. 

"Tak selesa. Lagi pun takut kau mengantuk drive sorang-sorang," jawabku sambil membetulkan posisi tubuhku. 

"Eleh. Aku mana mengantuk. Dah minum coffee pagi tadi. Tidurlah." Zain kembali menumpukan perhatiannya pada jalan raya. 

Aku melihat jam. Lebih kurang 2 jam lagi, kami akan sampai ke jeti Lumut untuk menaiki feri ke Pulau Pangkor. 

"Zain, tolong berhenti R&R kejap. Nak pergi toilet lah," ujarku kepada Zain. 

"Nah, botol." Zain menghulurkan botol air mineral yang kosong kepadaku. Aku menumbuk bahu Zain. 

"Seriuslah. Dari tadi lagi aku tahan," tegas aku sambil cuba mengawal diri agar tidak terkencing di dalam kereta

"Sabar. 2 kilometer lagi nak sampai R&R," jelas Zain sambil tersenyum melihatku yang cuba menahan diri dari terkencing. 

xxx

Aku keluar dari tandas dan bergegas menuju ke kereta. Hanya Zain sahaja yang berada di dalam kereta. Seorang diri.  

"Mana mereka?" tanyaku kepada Zain yang sedang bersandar di kerusi pemandu. 

"Toilet," jawab Zain ringkas. Matanya masih lagi terpejam rapat. 

"Kau larat lagi ke nak drive ni?" tanyaku dengan nada yang agak bimbang dengan keselamatan kami jika Zain masih terus memandu dalam keadaan mengantuk.  

"Yaya akan drive kejap lagi. So aku boleh tidur kat belakang." 

Zain membuka pintu kereta dan keluar. Veronica dan Yaya yang baru sahaja keluar dari tandas wanita datang menghampiri kami. 

"Kau duduk belakang dengan Zain ya?" ujar Veronica sambil membuka pintu tempat duduk sebelah pemandu. Aku hanya diam dan menurut perintah Veronica. 

Sebaik sahaja kereta bergerak, Zain dengan selamba meletakkan kepalanya di atas pahaku. 

"Pinjam paha kejap. Mengantuk." Aku tergamam dengan tindakan Zain. Namun, aku hanya membiarkan sahaja Zain meletakkan kepalanya di atas pahaku. Veronica melihat ke arah kami.

"Amboi. Sweet couple," usik Veronica sambil disambut dengan gelak tawa Yaya. Aku cuba mengangkat kepala Zain tetapi tanganku ditepis oleh Zain. Mengada-ngada sungguh. 

Aku cuba untuk memejamkan mata. Malas melayan kerenah Zain. Namun, cubaan aku untuk mengosongkan fikiran, gagal. Semuanya kerana Zain. 

xxx

"Fi, Zain.. Bangun. Dah sampai jeti." Aku membuka mata apabila terdengar suara Veronica. Tidak sedar pula bila masa aku tertidur. Tanganku pula sedang memeluk tubuh Zain. Aku cepat-cepat mengalihkan tangan dari tubuh Zain. 

"Zain, dah sampai." Aku menggoyangkan tubuh Zain. Zain bangun sambil menggosok-gosok matanya. Kami berdua keluar dari kereta. Kelihatan Yaya dan Veronica sedang mengeluarkan beg-beg kami dari bonet kereta. 

"Amboi, lena korang tidur. Siap berbalas dengkur lagi," ujar Yaya kepada kami berdua. Kami berdua hanya tersenyum.

"Penat sangat," balas Zain sambil membantu Yaya yang cuba mengangkat beg Veronica yang agak besar.

"So, kereta tinggal kat sini ke?" tanyaku sambil melihat deretan kedai-kedai yang ada di hadapan kami. 

"Yup, kejap lagi cousin Yaya datang ambil," jawab Yaya sambil membetulkan tudungnya. Sungguh ayu sekali wajah Yaya. Sesuai dengan Zain. Tiba-tiba terbit rasa cemburu bila melihat Zain yang sedang berdiri di sebelah Yaya. 

"Jom ke jeti," ujar Yaya. 

Kami bertiga hanya mengikut sahaja di belakang Yaya kerana Yaya memang sudah arif dengan kawasan ini. Dia selalu bercuti di Pulau Pangkor bersama keluarganya sambil melawat makciknya semasa musim cuti. 

xxx

Sepanjang di dalam feri, aku hanya diam. Manakala, Yaya dan Veronica pula sedang rancak berbual. Zain seperti biasa, jika ada masa terluang pasti akan lena dibuai mimpi.

Sejak dari pagi tadi lagi, hati aku agak berdebar-debar. Terutama sekali bila berdekatan dengan Zain. Bila berjauhan pula wajah Zain akan bermain-main di dalam fikiranku. Aku cuba untuk memikirkan perkara-perkara lain yang lebih penting tetapi gagal. 

Tiba-tiba, Zain melentokkan kepalanya ke bahuku. Makin berdebar hatiku bila kepalanya kini berada di bahuku. Aku cuba untuk menegakkan kembali kepalanya, namun dengkuran kecil yang kedengaran telah membatalkan niat aku. Tidak sampai hati untuk mengejutkan dirinya yang penat. 

Aku hanya membiarkan sahaja Zain menyandarkan kepalanya di bahuku. Angin yang berhembus ke arah kami berdua seolah-olah turut menghembus segala kerunsingan yang ada di dalam hatiku. 

xxx

Setelah mengucapkan terima kasih kepada makcik Yaya, kami menuju ke arah bilik yang telah disediakan. Yaya menghulurkan kunci bilik kepada kami.

"Terima kasih. Kita jumpa dalam pukul lapan di kafe ya." Aku mengambil kunci daripada Yaya. Veronica dan Yaya masuk ke dalam bilik mereka.

Kami sampai di hadapan bilik kami. Tertulis perkataan 'Honeymoon C' di pintu bilik kami. Aku cepat-cepat membuka pintu bilik. Agak segan juga bila terpaksa berkongsi bilik dengan seorang lelaki lain di bilik yang dikhaskan untuk pasangan sedang berbulan madu. 

Suasana di dalam bilik kami agak cantik. Aku melihat dekorasi yang ada di dalam bilik ini. Memang sesuai untuk pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Aku melihat ke arah katil yang agak besar. Jadi bolehlah kami berdua tidur jauh di antara satu sama lain. 

Aku meletakkan beg sambil melabuhkan punggung di atas tilam yang agak empuk. Zain pula sudah pun membuka bajunya tanpa aku sedari. Dia sedang mencari-cari tualanya di dalam beg. 

Aku mengalihkan pandangan ke arah lain. Tiba-tiba teringat pula dengan pesanan Abang Tarmizi yang menyuruhku untuk memberitahunya apabila aku selamat sampai di Pulau Pangkor. Aku segera mengambil telefon dan menghantar mesej ringkas yang bertulis 'Dah sampai. Miss u already :( '.

Zain pula sudah berada di ruang sebelah yang dipisahkan dengan dinding. Cuma ada satu laluan kecil yang menghubungkan bilik tidur dengan ruang tersebut. Aku tertanya-tanya apa yang ada di ruang sebelah. Mungkin dapur kecil dan juga tandas. Setelah meletakkan telefon, aku menuju ke ruang sebelah untuk melihat apa yang ada di situ. 

Sebaik sahaja melangkah masuk ke ruang itu, aku terperanjat apabila melihat Zain yang sedang mandi. Tiada sebarang pintu yang menghadangi ruang itu dengan tandas. Yang ada hanya sebuah tub mandi, mangkuk tandas dan juga tempat pancuran air mandi yang sedang digunakan oleh Zain sekarang. Aku terkejut. 

"Eh!! Sorry. Tak ada pintu ke?" Aku terkejut dan segera berundur ke belakang dan kembali ke ruang utama.

"Kau ni memang suka mengintai aku, kan?" jerit Zain dari dalam. 

"Manalah aku tahu kat situ tandas terus. Tak ada pintu pulak tu." Aku memberikan alasan yang agak logik. Tandas sepatutnya mempunyai sebuah pintu.

"Honeymoon suite memang lah macam ni. Kalau nak join, cakap je lah Fi.. Mari mandi kat tepi aku ni," balas Zain dengan nada mengusik. 

"Tak inginlah aku Zain," balasku sambil menampar pipiku sendiri. Kenapalah jadi macam ini. Sebentar tadi aku dapat melihat dengan jelas Zain yang sedang membelakangi aku. Dari atas sampai ke kaki. Punggung Zain agak montok. Aku menampar pipiku sekali lagi untuk menyedarkan diri. 

Jangan fikir yang bukan-bukan, Fi. 

xxx

Zain keluar dari ruang sebelah hanya dengan sehelai tuala di pinggangnya. 

"Manalah aku tahu kat situ ada bilik mandi." Aku masih lagi cuba mempertahankan diri. 

"Kau telah mencabuli aku dengan mata kau, Fi!" Zain tergelak kecil. 

"Aku tak nampak apa pun lah. Siapa suruh kau mandi tak pakai seluar? Dah tahu tiada pintu" balasku kembali.

"Cakap tak nampak apa pun. Habis tu macam mana kau tahu, aku tak pakai seluar?" Hujah Zain pula sambil menyarungkan pakaiannya. 

"Sebagai balasannya, kau kena urut tubuh aku yang penat sekarang. Kalau tak aku intai kau mandi.. Haha" Zain mengugut aku. 

"Intai lah. Aku mandi pakai seluar pendek. Bukan macam kau." Aku mencebikkan mulutku kepada Zain. 

"Oh.. Kau lawan cakap aku ya. Tak apa... Kau akan menyesal Fi... Kalau tak malam ni, malam esok. Baik kau berjaga-jaga Fi." Zain hanya tersenyum sambil naik ke atas katil. 

"Takutnya..." Aku membalas dengan nada mengejek. 

"Okay kita tengok. Dah, aku nak tidur. Jangan nak memekak." Zain menarik selimut. 

Aku tersenyum sendirian. Beberapa bulan yang lalu, jika diberitahu yang aku akan bergurau senda dengan Zain seperti ini, tidak mungkin aku akan percaya. Zain yang pernah berlagak sombong pada masa dahulu dengan Zain yang sudah pandai tersenyum dan berlawak jenaka memang berbeza. 

Aku sendiri tidak sedar bila kami menjadi semakin rapat dan selesa di antara satu sama lain. Aku melihat ke arah Zain yang sudah memejamkan matanya dengan rapat. 

xxx 

Veronica & Yaya tergelak besar mendengar cerita daripada Zain. Aku sendiri terkejut bila Zain menceritakan peristiwa yang berlaku pada petang tadi kepada mereka berdua. 

"Mana lah aku tahu. Kau jangan nak lebih-lebih. Aku tak nampak apa pun ya," balasku sambil tersenyum kecil. 

"Kami pun terkejut tadi bila tengok bilik mandi terbuka macam tu. Takpalah. Bila lagi nak merasa honeymoon suite kan?" ujar Yaya. 

Telefonku berbunyi. Panggilan daripada Abang Tarmizi. Aku segera bangun dari kerusi dan berjalan keluar dari kafe. Aku menekan butang hijau untuk menerima panggilan. 

"Hello" sapaku ringkas. 

"Hello sayang. Sorry tak balas mesej petang tadi. Abang pergi gym. Tak bawa telefon," ujar Abang Tarmizi. 

"It's okay. Tengah buat apa tu?" tanyaku.

"Tengah rindukan Fi lah... Macam mana kat sana?" tanya Abang Tarmizi kembali. 

"Okay sahaja. Sekarang tengah dinner dengan kawan-kawan." Aku melihat ke arah mereka bertiga. Yaya dan Veronica sedang berbual manakala Zain memandang ke arahku. Entah mengapa aku berasa sangat tidak selesa dengan pandangan daripada Zain. 

"Oh ya ke. Takpalah. Abang tak nak kacau Fi. Pergi sambung dinner. I miss you," ucap Abang Tarmizi dengan nada yang agak romantik. 

"Miss you too. Okay. Jaga diri. Bye." Aku mengucapkan selamat tinggal kepada Abang Tarmizi lalu meletakkan panggilan. Aku berpusing dan masuk kembali ke dalam kafe. 

xxx

Kami kembali ke bilik masing-masing pada pukul 11 malam. Agak lama juga kami berbincang mengenai apa yang perlu dilakukan pada keesokan hari. 

"Siapa call tadi?" Aku terkejut dengan soalan Zain. 

"Oh tadi.. Ibu aku.." Aku sendiri tidak tahu kenapa aku mesti menipu. 

Zain hanya diam membisu. Adakah jawapan aku tidak meyakinkan dia? Zain menanggalkan baju dan juga seluarnya lalu menyangkutnya di tempat yang disediakan. Dia naik ke atas katil dengan hanya memakai seluar pendeknya. 

"Pagi esok kejut aku," pesan Zain lalu masuk ke dalam selimut. 

"Okay." Aku mengambil berus gigi dan menuju ke arah tandas yang 'tidak berpintu' itu. Sambil menggosok gigi, aku tertanya-tanya kepada diri, mengapakah bayangan Zain asyik bermain-main di fikiranku. Adakah aku suka Zain lebih dari seorang kawan. 

Walau apapun perasaan aku terhadap Zain, aku pasti Zain tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadapku. Dia seorang yang suka bergurau. Mungkin aku telah menyalahtafsirkan gurauannya dan ini menimbulkan perasaan yang bukan-bukan dalam diriku. Hanya kawan. Hanya kawan. Hanya kawan. Berkali-kali aku mengulang ungkapan yang sama di dalam mindaku. 

xxx

Bunyi telefon menyedarkan aku dari tidur. Panggilan daripada Veronica.

"Fi, kau kat mana? Kami dah ada kat kafe ni. Tengah breakfast," ujar Veronica. 

"Sorry V, Aku baru bangun. Kejap kami siap." Aku meletakkan panggilan daripada Veronica dan bangun dari katil. 

"Zain, bangun! Kita dah lewat." Aku menutup mulutku yang sedang menguap. Tiada sebarang reaksi daripada Zain. 

Aku mengalihkan pandangan ke arah Zain. Terkedu seketika. Aku yakin semalam Zain tidur dengan memakai seluar pendek. Tetapi kenapa sekarang dia sedang berbaring tanpa seurat benang pun. 

Aku cuba mengelakkan diri dari terus memandang ke arah Zain. Tetapi malangnya, gagal. Tubuh Zain ibarat satu magnet yang berjaya menarik perhatianku. 

Aku buntu....

To be continued

F.I