Iklan

Selasa, 19 Ogos 2014

Movie: Azul Y No Tan Rosa

Hello!!!

Few days ago, aku ada tengok satu movie yang telah direcommendkan oleh seoarang reader. Lupa lak nama dia. Huhu. Sorry. So lepas beli jer movie ni memang aku terus tengok. Lagipun daripada review-review yang aku baca sebelum ni memang tersangatlah positif. 


Filem dari negara Venezuela ini mengisahkan Diego yang merupakan seorang photographer yang berjaya. Hidupnya bahagia tambahan lagi, dia dan kekasihnya, Fabrizio akan berpindah ke rumah yang sama. Pada suatu hari bekas kekasihnya semasa di sekolah menengah menelefon untuk memberitahu Diego yang anak mereka berdua, Armando terpaksa tinggal bersama dengan Diego kerana bekas kekasihnya akan melanjutkan pengajian. Sudah hampir lima tahun, Diego tidak berhubungan dengan anaknya dan ini membuatkan anaknya tidak menyukai Diego. 


Tragedi yang berlaku terhadap kekasih Diego telah berjaya merapatkan hubungan di antara Diego dan Armando sambil turut dibantu oleh kawan baik Diego, Perla Marina (seorang wanita yang menjadi mangsa domestic abuse) dan Delirio (seorang transgender). 


Bagi aku filem ini agak berlainan sekali dengan filem-filem berunsur gay yang pernah aku tonton. Mesej dia sungguh kuat. Filem ini menyentuh banyak sangat isu pasal kehidupan dunia gay seperti penerimaan keluarga, homophobic, domestic abuse, insecurity dan banyak lagi. Pelakon yang membawakan watak ayah dan anak (Diego dan Armando) memang sungguh bagus. Aku juga suka akan lakonan pelakon yang membawakan watak Perla Marina dan Delirio. Mereka berdua memang kawan yang baik. Aku memang recommend sangat tengok cerita ni. Sekali sekala ubah citarasa pulak. 

Overall:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan