Iklan

Selasa, 28 Oktober 2014

Web Series: Hunting Season (Season 1)

Hello!!!


Aku suka juga tengok web series. Biasanya web series ni takdelah panjang sangat. Dalam 8 to 12 minit sahaja untuk setiap episod. So boleh marathon terus. Antara web series yang ramai cakap best ialah Hunting Season. Sekarang ni Hunting Season tengah shooting untuk season 2 so masih lagi sempat nak kejar sebelum tayang season 2 ni. 

Alex, Tommy, Nick & TJ

Hunting Season ni diinspirasi dari blog iaitu 'The Great Cock Hunt'. So boleh agak lah blog tu pasal apa kan. Aku pernah tengok web series ni before tetapi yang aku tengok tu versi clean. So bila aku tengok ada versi uncensored, apa lagi. Hehe. Ulang balik. 

Alex & Lenny

Siri web ini mengisahkan kehidupan Alex yang merupakan seorang penulis. Di samping itu, Alex juga mempunyai sebuah blog di mana dia menceritakan kehidupan sosialnya serta kawan-kawannya yang lain iaitu, Tommy, Nick & TJ. Alex mempunyai masalah untuk memberikan komitmen dalam hubungannya dengan lelaki lain. Sehinggalah dia bertemu dengan Lenny, seorang jejaka yang berbeza dari lelaki-lelaki yang dikenalinya sebelum ini. Dalam masa yang sama juga, Alex menjalinkan hubungan dengan lelaki yang dikenalinya di gym, Reece. 

Web series ni agak light but at the same time very entertaining. Pelakon-pelakonnya pula memang sangat seksi dan menarik. Cuma mata tu kena jaga lah sikit sebab banyak babak2 full frontal dalam uncensored version ni. Huhu. Jalan cerita setiap episod juga senang untuk kita relate dengan apa yang berlaku dalam dunia sebenar. I'm looking forward for season 2. 

Boleh try cari kat torrent untuk download atau kalau internet korang lembap dan malas nak download (macam aku) cuba tanya En Adri kat email dia; adab1911@gmail.com

Rating: 

Ahad, 26 Oktober 2014

Strange Love - Part 5

Bab 5

Jam sudah pun melewati angka 4 tetapi Irham masih lagi belum dapat melelapkan matanya. Dia cuba untuk menghapuskan bayangan Afizi dari mindanya, namun dia gagal. Entah mengapa hatinya sakit apabila Afizi tidak mempedulikannya. Dia ingin meminta maaf di atas keterlanjurannya menghukum Afizi, tetapi bila berdepan dengan Afizi, mulutnya hanya mampu membisu. 

Dan petang tadi, sekali lagi dia hilang sabar. Walaupun Afizi bertindak memulaukannya, dia lebih marah kepada dirinya sendiri kerana sukar untuk meminta maaf. Irham mengangkat tubuhnya. Dengan hanya kekuatan tangannya, Irham berjaya mengangkat tubuhnya dan bersandar di kepala katil. 

Entah kenapa Irham teringatkan peristiwa di mana dia dan adik lelakinya bergaduh. Setelah tiga bulan tidak bercakap, ibu mereka telah menggesa dan memaksa Irham untuk meminta maaf kepada adiknya. Salahnya juga yang telah mengajak keluar gadis yang disukai oleh adiknya. Ekoran dari gesaan ibunya, Irham meminta maaf kepada adiknya, Ilyas tetapi Ilyas tidak menghiraukan permintaan maafnya. 

Irham yang bengang dengan kelakuan adiknya telah merancang untuk 'membunuh diri' semata-mata ingin melihat reaksi adiknya. Dia mengambil pisau dan sos cili lalu berpura-pura menikam dirinya sambil melumuri sos cili di perutnya. Adiknya yang terkejut melihat keadaan dirinya telah menangis teresak-esak sambil terjerit-jerit memberitahu Irham yang dia telah memaafkannya. Irham senyum apabila terkenangkan saat itu. Patut ke dia melakukan cara yang sama untuk memohon maaf dari Afizi. Tidak melampau sangat ke? Bagaimana kalau Afizi mempunyai sakit jantung? Dan pelbagai persoalan lagi bermain-main di dalam fikirannya. 

Tetapi mungkin dengan cara ini sahaja dia boleh meminta maaf daripada Afizi. Irham mencapai kerusi rodanya. Dengan kekuatan tangannya, dia memanjat naik ke atas kerusi roda. Setelah hampir dua bulan, Irham sudah mahir menggunakan kerusi roda ini. Dia tidak lagi memerlukan bantuan untuk duduk dan bangun dari kerusi roda. Irham menuju ke dapur. Dia mencari-cari sos cili, tetapi gagal ditemuinya. Sos cili dan juga sos tomato berada di rak paling atas. Dengan geram, Irham menumbuk kabinet dapur. 

Namun, matanya terpandang botol sirap yang ada bersebelahan rak pinggan mangkuk. Irham mengambil botol sirap itu serta mencapai sebilah pisau dan tersenyum. Dia kembali ke bilik tidurnya. Biliknya masih lagi berselerak ekoran amukannya pada petang tadi. Dengan berhati-hati dia menuang sedikit sirap. Irham turun dari kerusi rodanya dengan berhati-hati. Setelah berada di lantai Irham mengesot tubuhnya dan memilih tempat yang sesuai untuk berbaring. Setelah melumurkan pisau dengan sirap, Irham membaling botol sirap ke bawah katil. Irham melihat jam yang masih lagi belum menunjukkan pukul lima. 

Bodohnya aku! Masih ada empat jam lagi sebelum Afizi sampai. 

Irham menepuk pipinya. Terfikirkan mengapa dia sanggup bersusah payah semata-mata untuk memohon maaf daripada Afizi. Tetapi dia nekad.

xxx

Afizi mengelap lantai bilik tidur Irham yang masih lagi kemerah-merahan. Hatinya masih lagi sakit tetapi entah kenapa dia lega. Afizi mengambil buku-buku yang ada di atas lantai dan menyusunnya kembali di atas rak buku. 

"Dah siap!"

Jeritan Irham dari dalam bilik air mengejutkan Afizi. 

Mamat ni, kalau tak menjerit tak sah!

Afizi membuka pintu bilik air. Irham yang sudah siap berpakaian sedang menunggunya di bangku yang terletak di dalam bilik air. Tanpa melengahkan masa, Afizi mengangkat Irham keluar dari bilik air dan meletakkannya di atas kerusi roda yang ada di tepi katil. 

"Lambatnya kau kemas." Irham hanya tersenyum. 

"Maaf, banyak sangat barang yang kena kemas ni," balas Afizi sambil meneruskan kerjanya kembali.  

"Oh ya, sarapan dah siap kat dapur. Encik boleh lah pergi makan. Atau nak saya tolak?" tanya Afizi yang baru teringatkan sarapan yang disediakan olehnya. 

"Takpe. Aku tunggu kau. Boring makan seorang diri."

"Okay." Afizi kembali meneruskan kerjanya. Sedikit hairan dengan sikap majikannya. Tetapi dia malas untuk membiarkan perkara ini beraja di dalam fikirannya. 

"Oh, lupa pula. Botol sirap ada kat bawah katil." Irham menunjukkan ke arah bawah katil. 

Afizi tunduk dan mengintai ke bawah katil. Dia cuba untuk mencapai botol sirap tetapi gagal. Afizi mengeluh. Geram dengan perangai Irham. Afizi terpaksa merangkak masuk ke bawah katil. 

Saat Afizi merangkak masuk ke bawah katil, Irham secara tidak sengaja terpandang punggung Afizi.

Mantap... Irham control diri kau!!! 

Irham cuba untuk memandang ke arah lain. Afizi keluar dari katil sambil memegang botol sirap. Hatinya masih lagi panas.

"Sorry..."

Tetapi, dengan hanya sepatah kata itu sahaja yang keluar dari mulut Irham, telah mampu melenyapkan api yang membakar di dalam hatinya. 

xxx

Afizi membuka pintu rumah dengan penuh debaran. Sebaik sahaja dia melihat Doktor Azlan ada di depan matanya, dia tersenyum. 

"Afizi! Sihat tak?" Tanpa diduga Doktor Azlan memeluknya. Afizi terkedu seketika dengan reaksi Doktor Azlan. 

"Erm... Sihat. Doktor sihat ke?" 

"Sihat. Oh ya semua kat hospital kirim salam kat awak. Dia orang semua rindu awak," balas Doktor Azlan.

Afizi hanya tersenyum. Dia juga rindukan rakan-rakan jururawatnya yang sudah hampir dua bulan tidak ditemui. Sekali-sekala sempat juga mereka berbual di telefon, tetapi untuk berjumpa agak sukar sekali kerana masing-masing mempunyai komitmen pada kerja dan keluarga. 

"Kirim salam kat dia orang juga. Kalau sempat nanti, saya melawat mereka kat hospital."

"Abang Lan!!!" Irham muncul dari bilik tidurnya. 

Doktor Azlan menuju ke arah Irham dan memeluknya mesra. Afizi berasa sedikit kecewa kerana pelukan Doktor Azlan kepadanya tadi bukan lah bermakna apa-apa. Bila difikirkan balik, Doktor Azlan memang lebih suka memeluk dari berjabat tangan apabila bertemu dengan kawan-kawannya.

Tapi aku bukan kawan dia...  

"Am macam mana? Okay tak? Afizi jaga okay tak?" Mereka berdua menuju ke ruang tamu. 

"Sihat bang. Dia ni okay, tapi malas sikit," kata Irham kepada Doktor Azlan.

Afizi tersentak mendengar perkataan 'malas' yang keluar dari mulut Irham.

Bila masa aku malas. Kau tu yang suka menyusahkan orang...

"Am buli dia ke? Afizi, macam mana Am ni layan awak? Dia buli awak tak?" Doktor Azlan bertanyakan kepada Afizi pula. 

"Tak ada lah. Encik Irham layan saya dengan baik sekali. Mana ada buli. Dia lemah lembut dan sangat baik hati." Dengan nada mengejek, Afizi segera berlalu ke dapur. Ingin mencuci pinggan mangkuk yang masih lagi ada di sinki. 

"Dengar tu bang. Mana ada saya buli dia." Irham tersenyum. 

"Payah abang nak percaya. Abang dah kenal awak lama. Your Mom apa khabar. Ada call tak?" Doktor Azlan mengubah topik perbualan. 

"Selalu je call. Tak habis-habis nak suruh Am balik. Minggu depan Ilyas nak balik Malaysia so Mama nak suruh Am ikut Ilyas sekali. Malaslah Am."

"Kenapa Am tak nak pergi London jer. Kat sana nanti your Mom boleh jaga. Kat sana lagi banyak pakar saraf boleh check you punya kaki ni," jelas Doktor Azlan. 

"Am kan minta bagi masa kat Am 6 bulan untuk stay kat Malaysia. Dia pun dah setuju. Ni tak sampai 2 bulan pun lagi, dah sibuk-sibuk nak paksa Am pergi London." Irham tegas dengan pendiriannya. 

"Mungkin dia rindukan dan bimbangkan Am. Dia kan ibu Am."

"Kalau dia rindukan Am, dia yang sepatutnya datang sini lawat Am. Jaga Am. Masa Am accident hari tu, 3 hari je dia balik Malaysia. Sayang sangat kat husband baru dia tu. Dah lah Abang Lan. Malas nak fikir pasal dia. Stress Am." Irham masih lagi tidak berpuas hati dengan sikap ibunya. Semenjak ibunya berkahwin dengan Mike, hubungan mereka berdua tidak serapat dulu. 

"Okay. By the way, boleh Abang tanya kenapa 6 bulan?" tanya Doktor Azlan yang masih lagi tidak faham kenapa Irham masih lagi mahu tinggal di Malaysia untuk tempoh 6 bulan sebelum kembali kepada keluarganya di London. 

"Ada lah..." Irham cuba menyembunyikan perkara sebenar. Belum ada seorang pun yang tahu mengenai kandungan Aisha. Disebabkan bayi yang ada di dalam kandungan Aisha lah, Irham sanggup tinggal di Malaysia. Bersusah payah untuk memastikan Aisha tidak menggugurkan bayi mereka. Selepas Aisha melahirkan bayi mereka, Irham akan membawa bayi itu ke London dan Aisha boleh meneruskan kembali kerjayanya sebagai seorang aktres. 

xxx

Afizi menjenguk ke arah ruang tamu. Doktor Azlan masih lagi mengurut-urut kaki Irham. Biasanya ada pakar fisioterapi lain yang datang, tetapi minggu ini, Doktor Azlan sendiri yang datang. Adakah Doktor Azlan ingin berjumpa dengannya? Afizi tersenyum sendirian. 

"Am ada rasa apa-apa ke?" tanya Doktor Azlan. 

Irham hanya menggeleng-geleng kepalanya. Di dalam hatinya penuh dengan rasa kebimbangan. Adakah dia akan lumpuh buat selama-lamanya? 

"Janganlah bimbang. Semua ni biasa pada peringkat awal. Next month, Am datang check kat hospital ya. Nanti Doktor Lim akan schedule kan operation seterusnya." Doktor Azlan cuba untuk menyedapkan hati Irham sambil menepuk-nepuk bahunya. 

"Oh ya, macam mana dengan sexual activity? Semua berfungsi dengan baik kan?" tanya Doktor Azlan lagi. 

Afizi yang memasang telinga sejak dari tadi lagi terperanjat dengan soalan dari Doktor Azlan sehingga mangkuk yang dipegangnya terjatuh ke dalam sinki. 

"Abang Lan ni. Perlahan lah sikit!" Irham pasti yang Afizi ada terdengar soalan daripada Doktor Azlan ekoran bunyi bising di dapur. 

"Kenapa nak malu? Semua lelaki kan kat sini? Ke ada perempuan?" balas Doktor Azlan kembali. 

"Mana ada. Seganlah nanti dia tu dengar." Irham merujuk kepada Afizi. Azlan hanya tersenyum melihat keletah Irham. Mukanya sudah pun merah. 

"Pagi-pagi tu biasalah. Tapi kan bang, bila Am nak.. faham-fahamlah, tak dapat naik lah bang. Sebab cedera ke bang? Luka jugak ke kat situ?" Irham berbisik perlahan menjawab soalan Doktor Azlan sebentar tadi. 

"Abang rasa takde apa-apa. Am stress kot. Rilekslah. Jangan paksa diri."

Irham hanya mengangguk. Namun hatinya masih lagi rungsing. Mungkin ini balasan tuhan kepadanya.

xxx

"Okay Afizi, saya dah nak balik ni. Oh ya, nanti time you takde kerja ke or time lapang ke, you tolong urutkan kaki Am ya," pesan Doktor Azlan yang sudah menunggu di muka pintu. 

"Ish, tak pandailah saya, doktor. Nanti tersilap urutkan..."

"Urut biasa jer. Tak payah kuat sangat. Just untuk bantu circulation je. Don't worry lah. Okay saya balik dulu. See you later." Doktor Azlan berlalu meninggalkan Afizi. 

Urut? Hmm.. Jururawat, orang gaji, mangsa buli dan kini tukang urut pulak?

xxx

Drama yang ditayangkan di televisyen langsung tidak menarik perhatian Irham dan Afizi. Afizi lebih menumpukan kepada novel yang sedang dibacanya manakala Irham hanya termenung sambil berbaring di atas sofa. Afizi mengalihkan pandangannya dari novel kepada Irham. Sejak Doktor Azlan pulang, Irham masih lagi belum menuturkan sepatah kata pun. Ada berita buruk ke?

"Encik Irham okay ke?" Afizi membuat keputusan untuk menegur Irham. 

Irham yang tersentak dari lamunannya, hanya menganggukkan kepalanya. 

"Encik Irham janganlah bimbang. Doktor Azlan tu bagus. Doktor-doktor lain pun bagus. Kat Duke tu banyak doktor-doktor pakar. Ada pakar saraf, ada pakar fisioterapi nombor satu kat Malaysia dan ramai lagi lah. Hari tu ada pesakit yang datang kat Duke dah 5 tahun tak boleh jalan. Tapi lepas rawatan dan operation kat Duke, terus boleh jalan. Siap boleh lari lagi. So, Encik Irham tak payahlah bimbang sangat." Afizi cuba untuk menceriakan Irham. Walaupun Irham selalu menyakitkan hatinya tetapi dia tidak sanggup untuk melihat Irham murung. 

Irham tersenyum mendengar cerita Afizi. 

"Tipulah. Takkan boleh lari terus.." 

"Betul... Dia lari macam ni." Afizi menunjukkan gaya pesakit yang dimaksudkannya sebentar tadi berlari. Terkangkang-kangkang. Irham terus tergelak besar melihat telatah Afizi mengajuk larian pesakit itu.

"Kau jahat ya... Mengejek orang..." Irham cuba untuk menahan ketawanya. 

"Mana ada mengejek. Saya nak tunjukkan kepada Encik Irham je."

Afizi lega kerana raut wajah Irham yang murung mula bertukar menjadi ceria. 

 "Encik Irham nak makan apa malam ni? Saya masak special," sambung Afizi lagi.

"Udang ada lagi tak?" tanya Irham. 

"Ada lagi. Butter prawn ya?" Afizi cuba mengagak apa yang ingin dimakan oleh Irham.

"Yup."

"Best kan saya masak?"

"B plus je..." Irham mencebik dan kemudian tersenyum. Afizi membalas senyuman Irham. 

xxx

Afizi mengetuk pintu bilik Irham. Sudah tiba waktunya untuk dia pulang. Tetapi pesanan Doktor Azlan petang tadi menganggu fikirannya. Mungkin sebelum dia balik, dia boleh mengurut kaki Irham.

"Masuklah."

Irham sudah pun berada di atas katil.

"Saya dah nak balik ni tapi Doktor Azlan ada pesan supaya saya urut kaki Encik." Afizi menarik kerusi dan meletakkannya di tepi katil. 

"Takpalah. Dah pukul 9 ni. Pergi balik. Aku pun dah mengantuk ni."

"Mana boleh. Nanti Encik cakap saya malas pula." Afizi duduk sambil mula mengurut kaki Irham. 

Afizi bukanlah seorang yang pandai mengurut tetapi ibunya pernah memujinya yang dia mempunyai bakat semulajadi dalam mengurut. Bermula dari tapak kaki dan jari, tangan Afizi mula bergerak ke betis Irham. Namun Irham masih tidak dapat merasakan sentuhan Afizi. Perasaan kecewa dan takut mula mendiami fikirannya sehinggalah tangan Afizi mula menyentuh pahanya. Buat pertama kali, hati Irham berdegup kencang. Fikirannya mula terpesong. Nafasnya mula menjadi tidak tentu arah. 

"Stop. Dah pergi balik." Irham cuba untuk membendung nafsunya. Dia pasti yang dia sudah terangsang dengan sentuhan Afizi. 

"Sikit lagi..." Afizi menyambung kembali urutannya. 

Irham menepis tangan Afizi. 

"Aduh.."

"Dah. Kau nampak ni?" Irham mengenggam bonjolan yang ada di seluarnya.

"Err.." Afizi tergamam. Tidak tahu apa yang patut dilakukannya. Dia mula panik.

"Dah pergi balik... Atau kau nak tolong 'selesaikan masalah' ni?"

"Eh... Takpelah... Hmm... saya balik dulu. Selamat pagi.. eh malam." Afizi berlari keluar. Malu dengan situasi yang berlaku di antara mereka sekarang. 

Selepas keluar dari lif, Afizi terus menuju ke arah keretanya. Dia masuk ke dalam keretanya. Hatinya masih lagi berdegup kencang. Apa yang berlaku tadi? 

Dengan segera dia membuka radio untuk cuba mengalihkan fikirannya. Lagu Anaconda nyanyian Nicki Minaj sedang dimainkan oleh stesen radio tersebut. Dengan pantas, Afizi menutup radionya.

Kenapa lagu ni pulak yang keluar... Argh!!! Damn.. damn.. damn. 

Afizi menghantukkan kepalanya di stereng kereta.

Macam mana aku nak berhadapan dengan dia esok?

xxx

To be continued
F.I


Sabtu, 25 Oktober 2014

First Time

Hello!!!

Sekarang ni aku sedang bercuti. Tetapi walaupun cuti, kerja still banyak lagi. Penilaian akhir tahun semua belum buat lagi dan aku tahu ramai yang tunggu Strange Love part 5, tetapi korang kena tunggu dulu, but I'm definitely working on it (little by little). 

Aku paling suka dengan tagging post. Sekarang ni yang paling aku suka baca ialah 'First Time' tag. So hari ni aku decide nak buat post pasal ni dengan questions yang biasa orang buat plus questions yang aku buat sendiri. Then aku akan tag korang so korang kena lah post ya. Aku pernah buat pasal 20 Facts dulu then ada blogger2 lain yang sudi join sekali. Thanks ya'll. Here are my 'First Time' questions

FIRST kiss?
~ First kiss aku agak teruk. Terrible experience. I was 14, then ada seorang budak kelas aku ni agak gatal sikit. Kami ada lah menggatal-gatal sebelum ni but one day, dia beranikan diri dia untuk kiss aku. Aku terkejut lah jugak. The kiss was so sloppy and weird.. Ergh.. Last year, I met the same guy (after 14 years). Dia dahpun kahwin then ada anak. Masa jumpa tu tergamam lah jugak. Dia dah ada kedai runcit sendiri di Kelantan. Awkward sangat. Kami just senyum dan bersalam jer. 

FIRST car?
~ Unfortunately, aku still tak ada kereta. Mungkin aku satu-satunya guru di Malaysia yang tak ada kereta kot. Huhu. Ramai yang hairan dan tak puas hati kenapa aku tak beli kereta. Masalahnya aku ni penakut. Lagipun aku ni rabun silau so agak sukar sikit untuk aku melihat dengan jelas. Tetapi, jika suatu hari nanti aku dapat kerja di Kelantan, aku akan belajar memandu, dapatkan lesen dan beli kereta!!! 

FIRST job?
~ Kerja pertama aku adalah masa aku tengah ambil Master di UiTM Shah Alam. Aku decide untuk cari duit poket dan aku telah berjaya mendapat kerja as Assistant at Cyber Cafe. Dekat dua tahun juga lah kot aku kerja kat situ. 
  
FIRST love?
~ With my first boyfriend, A. He taught me a lot. I was so immature masa kami couple. Aku seorang yang sangat jealous dan suka mengongkong, tetapi from our relationship, I learned a lot from him. Relationship aku yang seterusnya, aku banyak refer pada hubungan aku dan A, so I will not end up with the same mistake. Aku kenal dia masa di universiti. Hubungan kami tak lama, tapi kami still kawan sampai sekarang. 

FIRST celebrity crush?
~ This one is so hard. I can't remember but I'm pretty sure it's Nicky from Westlife. He's so cute. 

FIRST real boyfriend?
~ Aku mula ada boyfriend, masa aku form 5. Walaupun dah nak SPM, aku still menggatal. Lelaki tu, tua satu tahun dari aku, tapi dia juga akan ambil SPM sama dengan aku sebab dia from sekolah Cina and yes, he's a chinese. Let's just call him, T. We made a plan to go to Disneyland together after SPM but something terrible happened. Masa kami keluar dating, one of my uncles found me with T and kami beraksi dengan agak mesra. So he confronted me and wanted me to not go out with T anymore or he will tell my Dad. I told T about it and kami pun putus. After SPM, T dapat sambung study di oversea and we never met after that. 

FIRST best friend forever?
N!!! Rasanya aku pernah post pasal N. Sampai sekarang kami masih contact. I knew him since high school. Ramai yang gelarkan kami pasangan kembar. Time kelas tambahan kami selalu pakai baju yang sama, aku pakai spek then N decide untuk pakai spek juga sometimes and we were both so skinny and nerdy. So we really look like a twin. Tapi sekarang, kami dah agak berlainan. Tubuh N dah ada muscle dan dia jugak dah mula ada misai and janggut, aku pulak? Huhu. Sedih.

FIRST teacher?
~ Aku memang tak ambil tadika. So guru aku yang first adalah masa darjah satu. Cikgu Zalina. Dia guru kelas dari standard 1 sampai 3. She's so sweet. Sangat baik. Dia tinggal dekat je dengan rumah aku di kampung. So, kalau balik kampung, rumah dia merupakan destinasi wajib untuk dilawat. Tambahan pula dia ada anak lelaki yang handsome. :p

FIRST concert you ever went to?
~ Jason Mraz concert pada June 2012 with my ex boyfriend. Had so much fun on that night. 

FIRST fight?
~ Unlike the other boys, aku tak suka bertumbuk or bergaduh but aku pernah juga bergaduh. Aku masa tu dalam 13 or maybe 14. Masa tu aku dan adik aku tengah main bola. Tiba2 adik aku dah bertumbuk dengan seorang budak lelaki. Aku tengok je lah sebab adik macam nak menang. Tiba-tiba, adik budak lelaki tu pergi tolong abang dia. So mana adil adik aku kena lawan 2 orang. Aku pun apa lagi. Tarik rambut budak yang tolong tu, then terus tumbuk. Terlantar terus budak tu. Entah macam mana ada kayu kat tepi budak tu, terus dia grab kayu tu. Adik aku jerit, "Lari Along!!!" Apa lagi, langkah seribu lah aku. Mujurlah aku ada kaki yang panjang. Berjaya selamatkan diri. After that aku tak pernah bergaduh lagi. Huhu.

FIRST movie you watched at the cinema?
~ Maria Mariana with my family. Masa tu panggung wayang still dibenarkan di Kelantan. Rasanya dalam tahun 2000 baru panggung wayang di Kelantan diharamkan. 

FIRST sport you were involved in?
~ Aku ni memang tak suka sukan. So aktiviti sukan memang aku jarang sertai except 'Merentas Desa'. Tapi aku pernah join pasukan tenis sekolah. Itu jelah kot. 

FIRST album that you bought with your own money?
~ I'm not sure but it's between 'All Rise - Blue' or 'Best of S Club 7'. Masa tu zaman casette lagi. Kalau CD pulak 'Breakaway' by Kelly Clarkson. 

FIRST tv series that you never missed an episode?
~ Roswell. I'm so obsessed with Roswell especially Maria DeLuca. She's awesome. 

FIRST pet?
~ A kitten. Masa tu aku form 6. Aku dah tinggal di rumah sewa sendiri. Satu hari aku jumpa seekor anak kucing. Comel sangat. Dia lapar and I'm not sure what happen to her Mom. So aku decided to keep her. Nama dia 'Princess Dala'. I got her name from a Thai series. Unfortunately, aku hanya dapat bela dia dalam 2 minggu. Satu hari, aku balik sekolah, Dala hilang then my housemate jumpa mayat Dala kat tepi jalan raya. Dipercayai diserang oleh kucing lain. I was heartbroken and that was my first and last pet. Maybe, I'll get another pet someday.

FIRST roommate in the college/university?
~ Okay, masa aku baru masuk U, aku dapat bilik yang sangat best. Hanya 2 students je satu balik. Tetapi unlike the other students yang dapat stay sesama pelajar baru, I was assigned with a senior. He was in semester 5 already. Aku memang sangat takut. Especially muka dia sangat garang. Malam pertama, dia tanya aku soalan yang agak mengejutkan. "Ko dah ada boyfriend ke?" Aku just geleng. "Sugar daddy?" Aku geleng lagi. Dia pun terus cerita pasal sejarah hidup dia. Dia ada sugar daddy, dia sekarang ni tengah dating dengan seorang lelaki lembut. I was like what's wrong with this guy. Straight forward sangat. Hari demi hari, kami jadi makin rapat. Walaupun muka dia garang, tetapi hati dia sangat baik. Cuma, masa semester 1 tu juga aku jumpa A, my first bf then aku banyak habis masa dalam bilik A. Even tidur pun bilik A. Just balik untuk salin baju jer. Roommate aku, Abang S ni agak terasa hati dengan sikap aku dan kami pun adalah konflik sikit. Next semester, dia dah praktikal and I never met him after that. 

,handphone?
Nokia 3310. Sangat bagus kualiti dia. I bought this with my own money. Masa aku form 6, aku beli phone ni. 

FIRST comic series that you read?
~ I'm pretty sure it's Doraemon. My dad bought me this when I was 8 years old to motivate me untuk berpuasa. My dad banyak influence sifat suka membaca dalam diri aku. 

FIRST item that you won from a contest?
Aku memang suka masuk contest. Hadiah pertama yang aku menang adalah CD Enrique Iglesias. Album Escape rasanya. Aku memang dah lupa tahun bila tu. 

That's all from me. So kat sini aku nak tag GibbPuteraSharkAdam HakimZackyMr. Unknown, Ammar, Kid, Eiman, Wings Angel, Bukankosong dan juga blogger2 yang lain. See ya..

Ahad, 19 Oktober 2014

Movie: Transamerica & Something Must Break

Hello!!!

Lama dah tak buat movie review. Agak busy sikit. So today nak share dua movie yang barulah jugak aku tengok iaitu Transamerica & Something Must Break. Both movies actually bukanlah 100% pasal gay, tetapi lebih menyentuh isu transgender. So aku combine kan terus review dua movie ni serentak.

Transamerica mengisahkan hubungan di antara seorang ayah yang dalam proses menukar jantinanya dengan anak lelakinya manakala Something Must Break pula menyentuh isu cinta di antara transgender dengan lelaki straight. 


Transamerica mengisahkan Bree (Felicity Hoffman) yang akan menjalankan pembedahan menukar jantinanya tetapi dia telah dikejutkan dengan panggilan telefon daripada seorang remaja lelaki, Toby (Kevin Zegers) yang meminta untuk bercakap dengan lelaki yang bernama Stanley, iaitu identiti asal Bree. Bree yang menyedari Toby adalah anak lelakinya terpaksa datang untuk membebaskan Toby dari ditahan di lokap. Dia tidak memberitahu perkara sebenar sebaliknya menyamar sebagai seorang wanita dari gereja yang melakukan kerja amal. Bree yang dalam perjalanan ke LA kembali untuk menjalani pembedahan menukar jantinanya telah bersetuju untuk menghantar Toby kembali ke rumah ayah tirinya kerana ibu kandungnya telah meninggal dunia. Bermula 'road trip' mereka berdua dan banyak peristiwa yang berlaku semasa perjalanan mereka ke destinasi masing-masing. 


Pelakon utama filem ini, Felicity Huffman pernah memegang watak Lynette dalam siri tv Desperate Housewives. Walaupun dia sebenarnya perempuan tetapi bagi aku dia berjaya menjayakan watak seorang transgender dengan cemerlang. She was amazing. No wonderlah Felicity mendapat pencalonan Oscar menerusi filem ini. Cerita dia sangat menarik. Byk juga babak2 funny di antara Bree dan anak lelakinya. Yang paling kelakar for me bila Bree mendapat tahu yang anak lelakinya telah jatuh cinta kepadanya. 

Rating: 



Seterusnya adalah filem dari Sweden berjudul Something Must Break. Filem ni masih baru lagi. Release dalam tahun ini jugak. Mengisahkan Sebastian atau Ellie yang masih lagi dalam proses untuk menukar jantinanya, telah bertemu dengan Andreas, seorang lelaki straight. Hubungan yang bermula sebagai persahabatan lama-lama telah bertukar menjadi rasa cinta. Tetapi perasaan ragu-ragu yang masih wujud dalam diri Andreas telah menjejaskan hubungan mereka


I think this is a beautiful love story. Jalan cerita dia okay cuma ada sesetengah babak yang terlalu artistik sampaikan kadang-kadang aku tertanya jugak apa yang berlaku. Unlike Transamerica, I'm pretty sure pelakon yang membawakan watak Sebastian/Ellie adalah transgender sebenar in real life. Aku paling suka dengan chemistry antara Ellie/Andreas. I can see the attraction between the two of them. Overall, I still like the movie. It's different and unique. 


Rating: 

Rabu, 15 Oktober 2014

My Favorite New TV Shows

Hello!!!

Kawan aku selalu cakap yang aku tengok terlampau banyak tv shows. Huhu. Aku pun tak tahu kenapa. Aku lebih suka spending masa depan tv atau laptop untuk tgk cerita dari lepak kat luar. Boleh kata aku ni 'home-person'. So ramai kawan aku yang suka tanya pendapat dan suggestions daripada aku pasal tv shows apa yang patut mereka lihat. 

So hari ni, aku just nak list 5 siri tv baru yang menjadi kegemaran aku. Semuanya baru mula ditayangkan pada tahun ni so korang masih sempat lagi kalau nak catch-up. Here are my top 5 new tv shows. 

Faking It 


Faking It mengisahkan dua orang kawan karib yang mengaku yang mereka adalah lesbian semata-mata untuk menjadi lebih popular. Cerita ni lebih berunsur kepada komedi. Memang kelakar sangat. Lima watak utama dalam cerita ni sangat fun dan interesting. Season 1 cuma ada dalam 8 episod je. Season 2 baru je start. 


How To Get Away With Murder


Cerita ni mengisahkan 4 orang pelajar yang telah diterima untuk membantu professor mereka yang merupakan seorang peguam bela. Biasanya aku tak suka sangat cerita bergenre 'Law' ni kecuali Drop Dead Diva, but this show is different. Dia ada misteri sikit especially masa mula-mula start dah, 4 orang pelajar ni tengah cuba menyembunyikan mayat seorang lelaki iaitu suami kepada professor mereka lakonan Viola Davis from The Help. I love her so much.


The Flash


If I have to pick one superhero to represent me, aku memang akan pilih The Flash. Tak tahulah kenapa but aku rasa aku very similar dengan Barry Allen except aku takde superpower macam dia. Huhu. Aku happy sangat bila tahu citer ni akan dijadikan siri tv dan aku lagi happy sebab siri tv The Flash ni tak mengecewakan aku langsung. The Flash mengisahkan Barry Allen yang telah mendapat kuasa untuk bergerak sepantas kilat dan dia berikrar untuk menggunakan kuasa yang dimilikinya untuk mencari pembunuh ibunya dan juga membebaskan ayahnya dari penjara. 


Jane The Virgin


Siri tv ni diadapatasi dari telenovela popular iaitu Juana Le Virgen yang dulu pernah ditayangkan kat Malaysia tapi tajuk dia agak berlainan. I think maybe Juana' Miracle or something like that. Episod pertama dia baru je keluar, tapi aku already fell in love with Jane. Siri tv ni berkisar mengenai kehidupan Jane yang secara tidak sengaja 'disenyawakan' oleh doktor dan telah disahkan mengandung walaupun dia sebenarnya masih lagi dara. Plot dia agak gila sikit tapi teknik penceritaan dia sangat menarik dan kelakar. 


Outlander


Siri tv yang diadapatasi dari siri novel popular, Outlander. Cerita dia berunsurkan historical fiction dengan elemen fantasy sikit. Mengisahkan Claire, seorang jururawat pada tahun 40-an, yang telah menyentuh sebuah batu mistik yang telah membawanya kepada tahun 1743. Dia harus mencari jalan keluar untuk kembali kepada suaminya tetapi pada masa yang sama dia telah jatuh cinta kepada Jamie, seorang lelaki Scotland yang banyak membantunya. Cerita dia ada unsur politik, romance dan juga fantasy. Sangat-sangat best. Tak meleret-leret. Lakonan para pelakon pun memang best. One of my favorite shows right now. 

Selasa, 14 Oktober 2014

Post-Breakup

Hello!!!

Last weekend, buat pertama kalinya aku jumpa ex bf aku selepas kami putus. Selepas UPSR habis (jangan nak bocor pulak) company ex aku, Y ada plan untuk membawa beberapa orang pelajar UPSR jalan-jalan di sekitar KL. Memang every years, company dia akan buat trip dan biasanya dia adalah wakil dari company dia dan aku pula akan bertugas sebagai guru pengiring. So trip ni bermula dari 2011 lagi. Masa first trip tu, kami dah couple jadi untuk trip tahun ni buat pertama kalinya, we went as ex-boyfriends. 

Aku actually kalau boleh memang nak elak. Aku tak rasa aku ready lagi untuk berjumpa dgn dia tapi bila fikir balik sampai bila nak macam ni. So pada pagi itu, aku sampai je kat sekolah, dia dah ada bersama-sama dengan students yang akan ikut. So bermulalah perbualan antara kami yang agak awkward.

Y (him): Hai.... Morning..

F (me): Morning. 

Y: Dah ambil daging? (Dia ada buat korban masa Aidiladha dan ada kirim daging itu menerusi his sister.)

F: Dah. Terima kasih.

Y: U tak korban ke?

Aku hanya geleng. 

Y: Takpa. Nanti ada duit bolehlah korban. 

Aku hanya angguk sambil senyum. Then aku pergi ke arah students aku untuk check attendance. Bila tiba waktu bertolak, semua pelajar dah naik van sekolah, aku pula konfius. Biasanya aku akan naik kereta dengan Y. Aku tgk sekeliling, takde pula si Y so aku suruh budak yang naik van kat depan utk duduk belakang sebab aku akan naik dgn mereka. Tapi salah seorang murid cakap yang Y tengah tunggu aku sambil tunjuk kat aku yang agak rabun ni posisi Y sekarang. 

Aku pun pergilah dekat Y and naik kereta dia. Kami ikut van dari belakang. So dalam kereta, agak lama juga senyap until dia buka mulut. 

Y: How's ur life?

F: Okay

Y: Heard 'bout ur interview. Macam mana?

F: Yup. Tak tahu lagi result. 

Y: Kolej komuniti? (Merujuk kepada Pensyarah di Kolej Komuniti)

F: Nope... Politeknik... 

Y: Good luck. 

So sepanjang 30 minit perjalanan ke KLCC, itu lah sahaja perbualan kami. Aku memang tak tahu nak cakap apa walaupun sebelum tu bukan main lagi aku prepare apa yang perlu dibincangkan oleh kami berdua. 

Sampai di KLCC, lepas beli tiket, kami berpecah. Dia bawa satu group of students, then aku jaga satu lagi group. Then dalam pukul 4 kami bertolak pulang. Y ajak aku minum dulu. Aku angguk jer. 

Kami pergi minum di Bangsar at our favorite coffee shop. Seperti biasa dia yang akan membuka mulut. Harap kat aku, memang tak lah. 

Y: I'm sorry...

F: Takpelah.

Y: I didn't know how to tell u (suara dia tiba-tiba macam nak nangis. Aku pun panik lah sebab ramai orang kat situ.)

F: Dahlah.. Takpa. Saya dah maafkan awak. Janganlah cerita pasal ni lagi. Awak sihat ke?

Y: Sihat but I miss you so much...

F: Y, janganlah mcm ni. Kita sendiri tahu yang kita memang takkan kekal pun. Takpalah. 

Dia hanya diam. Dalam 15 minit je kami kat situ, kemudian kami keluar. Dalam perjalanan balik ke rumah aku, kami mula berbual. Pasal muzik, pasal 'The Walking Dead' yang akan start minggu ni, pasal aku pindah bilik dan macam2 lagi. Time ni baru rasa tak awkward sangat until

Y: I want us to be friend like you and A (Adi ni ex aku masa kat universiti. Still kawan sampai sekarang) 

Aku diam je. Pikir jawapan yang paling bernas. Bukan aku tak nak kawan dengan dia tapi aku still ada perasaan kat dia.

F: Y, bukan saya tak nak kawan dengan awak, Tapi tunggulah dulu..

Y: Okay... 

Dia drop aku yang nak singgah kat pasar malam dekat rumah. So that's it. Walaupun mula2 agak janggal, tapi aku rasa ending kali ni lagi proper sebab dulu kami hanya putus melalui phone. Walaupun aku memang nampak happy je dari luaran tp aku still teringat kat dia. I still love him. So that's why lah aku kalau boleh tak nak rapat dengan dia sangat buat masa sekarang. Aku pun tahu dia still suka aku. Tapi aku yakin satu hari nanti kami akan boleh jadi kawan baik. But not now. 


Khamis, 9 Oktober 2014

Strange Love - Part 4

Bab 4

Irham tidak dapat melelapkan mata. Fikirannya masih lagi terganggu dengan kejadian yang berlaku pada petang tadi. Adakah dia terlalu kejam dalam menghukum Afizi? Entah kenapa dia berasa sungguh bersalah. Hatinya terguris saat dia melihat Afizi yang hanya mampu tunduk. Terpancar ketakutan dari raut wajah Afizi. Tangannya mengigil-gigil semasa dia dipaksa untuk membuka baju dan seluar. 

Sebenarnya dia nekad untuk memalukan Afizi pada petang tadi. Pantang sekali baginya apabila seseorang menceroboh privasinya. Malah, dia pernah menumbuk adik lelakinya yang tidak meminta kebenarannya untuk menggunakan komputer riba miliknya. Inikan pula Afizi yang baru sahaja dikenalinya. 

Tetapi entah kenapa tatkala dia melihat Afizi yang berada di dalam ketakutan, dia seolah-olah ingin melindungi Afizi. Irham menepuk-nepuk bantalnya. Dia geram, marah dan kecewa dengan dirinya sendiri. 

Dia berjanji yang dia akan memohon maaf kepada Afizi esok. Walaupun 'memohon maaf' tidak pernah wujud di dalam kamus hidupnya sebelum ini, tetapi demi Afizi, dia sanggup. Bagaimana pula jika Afizi tidak datang kerja? 

Tak mungkinlah... Dia cakap dia perlukan kerja ni... 

Irham cuba memujuk hatinya yang runsing. 

xxx

 Ikutkan hati, mahu sahaja Afizi menumbuk muka Irham dan meletakkan jawatannya sebagai jururawat peribadi Irham. Tetapi memikirkan masalah kewangan keluarganya, dia tidak boleh mementingkan diri sendiri. Biar dia yang merana, asalkan ibu dan adik perempuannya bahagia. Itulah prinsip yang dipegang oleh Afizi selama ini. 

Sejak dari bangku sekolah lagi, Afizi banyak beralah. Apa jua perkara, dia pasti akan mendahulukan keluarganya. Jadi dia sedar yang dia harus kuat. Selagi dia mampu bersabar, dia akan cuba sedaya-upaya untuk bersabar dengan kerenah Irham. 

Afizi masuk ke dalam rumah lalu menutup pintu utama perlahan-lahan. Misinya hanya satu. Menjalankan tugasnya sebagai seorang jururawat serta menjauhi Irham dan harta benda miliknya. 

Sebaik sahaja dia melangkah ke ruang tamu, Afizi terkejut melihat Irham yang sudah ada di ruang tamu. Irham memandang ke arahnya. Dengan cepat, Afizi melihat ke arah jam. Syukurlah, dia tidak lewat. Tetapi kenapa pula Irham sudah ada di ruang tamu pada waktu ini? Tanpa menghiraukan Irham, Afizi meletakkan begnya dan terus bergerak ke dapur. 

Dia mengeluarkan roti dari kabinet dan mengambil mentega kacang dari peti sejuk. Setelah selesai, Afizi mengeluarkan jus oren pula dan menuangkannya ke dalam gelas. 

Saat Afizi membawa sarapan ke meja makan, Irham sudah menantinya di sana. Sebaik sahaja menghidangkan sarapan, Afizi terus berlalu pergi. Tiada sebarang pertanyaan atau sapaan mesra daripadanya kali ini. 

Irham pula hanya mampu membisu. Rancangannya untuk meminta maaf daripada Afizi terkubur begitu sahaja

xxx

Senario sama berulang sewaktu makan tengahari. Afizi menjalankan tugasnya iaitu menyiapkan makanan dan juga meletakkan ubat yang harus diambil oleh Irham. Kemudian dia berlalu pergi meninggalkan Irham keseorangan. 

Irham cuba untuk menghabiskan makanan di dalam pinggannya tetapi hatinya masih lagi tidak tenang. Nampaknya Afizi betul-betul menjauhkan diri daripadanya. Dia berdehem-dehem. Cuba untuk mendapatkan perhatian daripada Afizi. Tetapi Afizi hanya duduk di atas sofa sambil membaca majalah. Tiada reaksi yang diharapkan oleh Irham. 

Irham menumbuk meja makan dengan kuat. Afizi yang terkejut dengan bunyi itu, segera menuju ke ruang makan. Ubat yang diletakkan di atas meja jatuh bertaburan di atas lantai. Irham pula hanya berlalu dari situ tanpa sebarang kata. 

xxx

Gila...

Afizi mengemaskan meja makan dan menyapu sisa-sisa nasi yang jatuh di atas lantai. Mulutnya terkumat-kamit menyumpah perangai Irham yang tiba-tiba mengamuk. 

Bunyi bising kedengaran di dalam bilik tidur Irham. Afizi yakin yang Irham sedang membaling barang-barang miliknya. 

Akulah pula yang kena kemas nanti... Sewel...

Afizi hanya membiarkan sahaja Irham yang sedang mengamuk di dalam bilik. Malas melayan sikap Irham kerana dia tahu, Irham pasti akan mencari jalan untuk menyalahkannya juga nanti. 

xxx

Waktu kerja Afizi pada hari ini sudah hampir tamat. Tetapi bayang Irham masih lagi belum kelihatan. Sejak dari petang tadi, Irham hanya berkurung di dalam bilik. 

Bimbang juga Afizi, jika Irham bertindak bodoh. Nanti dia yang akan dipersalahkan oleh pihak pengurusan hospital kerana tidak menjalankan tugas dengan baik. Dia memaksa diri untuk bertanyakan khabar Irham. 

Afizi mengetuk pintu bilik Irham. Tiada sebarang jawapan. Sekali lagi Afizi mengetuk pintu bilik Irham. Kali ini sedikit kuat. Masih lagi tiada jawapan. Telefon yang ada di tangannya berbunyi. Mesej dari Irham. 

Blahlah!

Afizi mendengus. Menyesal kerana risau akan keselamatan Irham sebentar tadi.

xxx

Irham melihat biliknya yang berselerak. Hatinya sakit dan geram. Berani sungguh Afizi untuk tidak mempedulikan dirinya. Tetapi dia juga lebih geram dengan dirinya sendiri. Kenapalah dia tidak berterus-terang sahaja dan meminta maaf daripada Afizi. 

Dia terlalu egois. 

Argh!!!!

Dia hanya mampu menjerit.

xxx

Setelah membayar harga nasi lemak, Afizi berjalan menuju ke arah keretanya. Baru sahaja dia menutup pintu, telefonnya berbunyi. Panggilan daripada Doktor Azlan. 

"Hello Doktor.."

"Hello Afizi. Awak kat mana sekarang?"

"Saya on the way nak pergi rumah Encik Irham. Singgah beli sarapan sekejap," jawab Afizi. 

"Pagi ni saya ada meeting. So saya akan datang rumah Irham petang sikit. Dalam jam 2." Suara Doktor Azlan membuatkan Afizi tersenyum

"Oh okay k.. Nanti jumpa kat sana." Setelah mengucapkan selamat tinggal, Afizi meletakkan panggilan. 

Rajin pula Doktor Azlan untuk datang melihat keadaan Irham. Biasanya doktor lain yang ditugaskan untuk memantau keadaan Irham. Tetapi bagus juga, jika Doktor Azlan datang. Sudah lebih sebulan dia tidak bertemu dengan Doktor Azlan. 

Rindu...

Afizi menampar pipinya...

Jangan berangan

xxx

Afizi menghidangkan nasi lemak yang dibelinya sebentar tadi di atas meja. Irham masih lagi belum keluar dari biliknya. Ikutkan hatinya, mahu dibiarkan sahaja Irham. Pandai-pandailah dia keluar, bila dia lapar nanti. Tetapi memikirkan Doktor Azlan yang akan datang petang nanti, dia haruslah menunjukkan prestasi yang baik demi membuktikan kepada Doktor Azlan yang dia tidak mempersia-siakan peluang yang diberikan oleh Doktor Azlan.

Afizi mengetuk pintu bilik. 

"Encik Irham, sarapan dah siap!"

Tiada balasan daripada Irham. 

"Cepatlah Encik Irham. Saya nak kemas bilik pula kejap lagi," tambah Afizi lagi. 

Tetapi masih belum mendapat sebarang jawapan. Afizi mengeluarkan telefon dari poketnya. Tiada pula mesej daripada Irham seperti yang dilakukannya semalam. 

Afizi membuat panggilan kepada Irham. Kedengaran bunyi telefon yang sayup-sayup di dalam bilik. Tetapi tidak pula diangkat oleh Irham. Afizi mula panik. Janganlah...

Dia memulas tombol. Pintu bilik Irham tidak berkunci. Afizi menolak pintu perlahan-lahan.

"Saya nak masuk bilik ni..." Afizi memberi amaran. Bimbang juga jika Irham berada di dalam keadaan menjolok mata.

Barang-barang seperti buku-buku, kotak dan alat tulis banyak bertaburan di atas lantai. Namun, bayang Irham tidak kelihatan. Tetapi kerusi rodanya ada di tepi katil. Apakah yang berlaku kepada Irham? Hatinya mula tertanya-tanya. 

Mata Afizi terpandang tompok merah di atas lantai. Seraya itu juga, hatinya mula resah. Di sebalik katil, Afizi dapat melihat ada sepasang kaki yang terlantar. Dia yang panik terus saja berlari mendapatkan tubuh yang ada di sebalik katil itu. Irham terbujur kaku di atas lantai. Tubuhnya penuh dengan darah dan ada sebilah pisau yang berlumuran dengan darah di tepi tubuhnya. 

Afizi terjelepuk lesu ke atas lantai. Apa yang paling ditakutinya ada di hadapannya sekarang. Dia menghampiri Irham dan cuba untuk mencari nadi. Tangannya yang menggeletar menyukarkannya untuk mencari nadi Irham. 

"Ya tuhan.. kenapalah Encik buat macam ni..." Suaranya terketar-ketar. Dia masih lagi meraba-raba mencari nadi. Di saat itu juga, dia teringatkan Doktor Azlan. Afizi bangun dari lantai. Dia ingin menelefon Doktor Azlan namun belum sempat dia berlalu, tangan Irham menggapai kakinya. 

Afizi menjerit. Tetapi hanya suara Irham yang kedengaran. Suara yang belum pernah didengarinya sebelum ini. Suara Irham yang sedang ketawa. 

Afizi bingung. Dia melihat darah Irham yang yang sudah mengenai tangannya sewaktu dia cuba untuk mencari nadi Irham sebentar tadi. Ada bau yang wangi. Bau yang amat dikenalinya.

Sirap...

"Ya tuhan.. kenapa Encik buat macam ni..." Irham melakonkan semula reaksi Afizi semasa melihat Irham terlantar di lantai. Dia masih lagi tidak henti-henti ketawa. 

Afizi nekad. Dia mengenggam tangannya dan dengan sekuat tenaga dia menumbuk muka Irham.

Irham yang terkejut dengan tindakan Afizi tidak sempat mengelak. Penumbuk sulung daripada Afizi hinggap di pipinya. 

"Aduh!" Irham memegang pipinya. Agak kuat juga tumbukan daripada Afizi walaupun tubuhnya agak kecil. 

"Kenapalah Encik tak habis-habis nak menyusahkan saya. Saya dah tak tahan. Encik buatlah apa yang patut. Reportlah kalau nak report. Saya memang dah tak tahan. Biarlah saya kena pecat." Afizi bangun. Kesabarannya ada had. Belum sempat dia berlalu pergi, tangannya dipegang oleh Irham.

"Jangan pergi. Please... I'm sorry... For everything" Agak lembut suara yang keluar dari mulut Irham. Afizi terkejut dengan tindakan Irham. 

"Tolong jangan berhenti kerja. Aku minta maaf," sambung Irham lagi. 

"Takpelah. Lagi pun bukan Encik suka saya pun. Lepaskan tangan saya." Makin kuat pula genggaman Irham apabila Afizi cuba untuk melepaskan diri. 

"Tak nak! Janji jangan berhenti. Kau sendiri cakap kau perlukan kerja ni kan?"

Saat itu juga, Afizi terbayangkan wajah ibu dan adik perempuannya. Memang betul kata Irham. Dia amat memerlukan kerja ini. 

"Dahlah.. Lepaslah.. Okay saya kerja lagi..." 

"Janji?" tanya Irham lagi.

"Ya... Janji..." 

Irham melepaskan tangannya. 

Afizi kembali duduk di atas lantai bertentangan dengan Irham. 

"Kalau saya ada sakit jantung tadi macam mana?" Afizi menarik nafas lega. Tetapi hatinya masih lagi sakit. 

"Kan aku dah minta maaf tadi. Dah. Kosong-kosong. Sekarang ni tolong kemas bilik ni. Aku nak mandi. Tolong bawa aku ke bilik air sekali," arah Irham. Nada suaranya kembali pada yang asal. Nada yang suka mengarah dan cerewet. 

Afizi bangun. Dia cuba untuk membantu Irham berdiri. Biasanya Irham hanya membiarkan sahaja dia mengangkat Irham. Tetapi kali ini buat pertama kalinya, Irham berpaut di bahu Afizi. 

Hati Afizi berdegup kencang!!!

To be continued
F.I

P/S ~ Bab seterusnya hopefully dapat post cepat-cepat. Terima kasih kerana sudi membaca.