Iklan

Ahad, 18 Januari 2015

AJL 29

Hello!!!

Malam ni ada AJL (Anugerah Juara Lagu) yang ke 29. So maknanya dah 29 tahun lah AJL ni. Lebih kurang umur aku. Hari tu ada dapat 2 tiket free. Tapi aku bagi kat orang lain. Malas lah nak tengok live. Huhu, walaupun sebenarnya aku takde teman. Kawan-kawan aku ramai yang kena kerja, so baik aku tengok je kat tv. 

Kat twitter feed aku pun dah ramai yang buat ramalan. Aku pun nak buat ramalan jugaklah. Kejap!!!


Okay. Rasa-rasanya Alyah, Shila or Dayang yang boleh menang kot... 

Compare to last year, tahun ni lagu-lagu di final lagi best so aku tak kisah sangat siapa yang menang kecuali lagu Stacy. Aku cukup tak suka lagu tu. Kalau dengarnya kat radio, rasa cam nak hempas je radio tu kat tengah jalan raya, then biarkan kereta gilis pula. Huhu.. 

By the way, rasanya baru jer aku cerita yang laptop aku dah okay. Then semalam, buat hal pulak. Semua keypad tak berfungsi. Huhu. Nampaknya memang aku kena beli USB keyboard. Malang sungguh. 

So sekarang ni terpaksalah menaip guna touch keyboard dan juga telefon. Ibarat semut lah aku duk menaip Strange Love. Okaylah. Kat sini pun macam nak hujan. Rasanya aku akan tertidur kot kejap lagi. 


Bye

Isnin, 12 Januari 2015

100th Post


Hello!!!

Finally a 100th post!!!. Huhu. Terima kasih kepada yang rajin singgah kat blog aku ni. Dan terima kasih juga kepada yang selalu hantar email bagi feedback.

Pada 24th Januari, blog ni secara rasminya akan berusia 1 tahun. Plan aku adalah untuk beli kek dan makan sorang-sorang sampai habis. Hehe. Mungkin aku akan online untuk chat dengan readers. Ada reader yang pernah minta Skype dan ID Chat sebelum ni, tapi sorrylah aku memang takde Skype. So mungkin pada 24th Januari ni kita boleh chat ramai-ramai. Tapi aku sendiri pun tak sure nak chat kat mana. Huhu. Yahoo Messenger? Relevan lagi ke YM sekarang. Huhu.. So ada cadangan?

Jadual kerja aku dah kembali macam biasa. Tahun ni lagi banyak kelas berbanding tahun lepas. Redha je lah. Tak boleh demand sangat sekarang ni. Kan tak pasal kena buang. So, jadual untuk menulis agak terhad. Dalam kepala otak aku ni mencurah-curah idea untuk menulis Strange Love, tapi masa tu yang takde. By the way, laptop aku dah okay!!! YES!!! Tiba-tiba sahaja semua keypad berfungsi dengan baik. Aku pun tak tahu kenapa si Blue ni buat hal hari tu. 

Yup, laptop aku namanya Blue... Bukan sebab aku suka tengok blue pakai laptop ni ya!!! Sebab warna dia biru... Mujurlah Blue dah kembali berfungsi dengan sepenuhnya. Tak perlulah kot aku nak beli USB keyboard. 

Okay. Good night. Sebelum tidur aku nak tengok citer Looking dulu. Season 2 dah start. Suka sangat cerita ni. Best!!! 

Buh-bye!!!

Jumaat, 9 Januari 2015

Something Like Summer

Hello!!!

Agak lama juga aku tak buat movie review. Bukan apa kebanyakan movie yang aku tengok lately, agak biasa-biasa saja. So nak buat review pun malas jadinya. Tapi ada satu movie yang akan diadaptasikan dari sebuah novel popular bakal ditayangkan tahun ini. Novel itu ialah Something Like Summer. Aku baca novel ni pun dah lama dan aku memang suka sangat dengan novel ni so bila dapat tahu yang novel ini akan dibuat versi filem, aku memang excited. 


Something Like Summer mengisahkan kehidupan seorang remaja lelaki bernama Ben. Kehidupan dia agak sunyi dan kadangkala dia juga menjadi mangsa buli di sekolah kerana keberaniannya to come out as a gay. Tetapi rakan baiknya, Alison selalu ada bersamanya walaupun ayah Alison tidak mahu Alison terus berkawan dengan Ben. 

Sehinggalah pada suatu hari di musim panas, Ben telah ternampak seorang remaja lelaki yang baru sahaja berpindah ke kawasam itu. Remaja lelaki itu, Tim telah menarik perhatian Ben dan Ben menghabiskan cuti sekolahnya dengan menghendap Tim. Namun bila bermulanya musim persekolahan, Tim telah bergaul dengan pelajar-pelajar popular dan ini sekaligus memusnahkan hasrat Ben untuk mengenali Tim. 

Tetapi, pada suatu hari Ben secara tidak sengaja telah melanggar Tim dan mengakibatkan Tim telah patah kakinya. Pada masa itu juga, ibu bapa Tim tiada di rumah kerana sedang bercuti dan Ben yang berasa bersalah bersetuju untuk membantu Tim. Tanpa diduga hubungan mereka menjadi rapat sehinggalah Ben mengetahui yang Tim sudah mempunyai seorang teman wanita. Dia membuat keputusan untuk menjauhi Tim namun pada suatu malam Tim menghubungi Ben dan meminta Ben untuk 'menolongnya'...

Itulah sedikit sebanyak sinopsis pasal movie ini. Sedikit gambar-gambar pelakon yang akan menghiasi filem ini. 



Austin McKenzie as Ben

Davi Santos as Tim
I'm so looking forward for this movie. Kedua-dua pelakon utama memang nampak perfect sangat untuk watak Ben dan Tim. Not sure bila movie ni akan released. Hopefully by the end of this year.

Kalau ada yang berminat untuk baca novel ni, boleh email kat aku di freaklikeusfi@gmail.com. Aku ada epub version. Boleh baca pakai iBooks. Ada yang tanya pasal samada boleh baca tak file epub kalau guna kindle. Aku tak sure. Rasanya tak boleh sebab kindle menggunakan format mobi or something like that. Maybe korang boleh convert file epub ni kepada mobi, then boleh baca kot. 

Tengah sebut pasal kindle ni, tiba-tiba terasa nak beli kindle pulak... Kat mana ya jual? Mahal tak? Huhu


Selasa, 6 Januari 2015

Interracial Relationship

Hello!!!

Hari tu ada orang tanya pasal hubungan aku dengan lelaki yang bukan  satu bangsa dengan aku. Macam mana aku handle hubungan kami? Tak geli ke? Dan ada beberapa persoalan lagi. Aku plan nak buat satu post pasal ni, menceritakan hubungan aku dengan lelaki bukan Melayu but then laptop aku buat hal so tertangguh sampai terlupa. Mujurlah aku ingat balik. 

Well, aku pernah berhubungan dengan tiga orang lelaki bukan Melayu. 2 daripadanya adalah berbangsa Cina dan seorang lagi adalah India. Macam mana ya nak cakap. Honestly soal bangsa tak pernah menjadi isu untuk aku. Mungkin sebab aku dibesarkan di kawasan estet, di mana penduduk di kampung aku merupakan campuran orang Melayu dan India. Kemudian, semasa aku berumur 13 tahun pula, aku tinggal di kawasan yang mempunyai ramai penduduk berbangsa Cina. So untuk berhubungan dengan lelaki Cina atau India tidak pernah menjadi isu untuk aku. 

Masa aku di sekolah, aku berkawan dengan seorang budak lelaki Cina, W. Hubungan kami memang rapat. Sehinggalah bila tinggal di asrama, kerapatan kami telah menyebabkan kami bertindak melampaui batas. Then lepas tu, hubungan kami agak awkward. Dari kawan rapat bertukar menjadi kawan sekelas sahaja. Then sehinggalah aku berpindah ke tempat lain, kami tidak lagi berhubung di antara sama lain. Agak sedih memandangkan aku kenal W sejak aku berumur 7 tahun lagi. 

Then masa aku umur 17 aku pernah couple dengan seorang lagi Chinese guy, T. T berumur 18 tahun tapi dia juga akan ambil SPM sama dengan aku sebab sekolah Cina kan ada tahun peralihan or something like that. Jumpa kat laman chat, then jumpa. Rumah kami pula memang dekat. So orang lain yang nak ambil SPM sibuk belajar, aku pula duk menggatal. Hubungan kami bertahan selama berbulan-bulan juga hingga aku kantoi dengan Uncle aku masa tengah berdating. So kena lah putus. 

Then the last one adalah dalam tahun 2011, sebelum aku couple dengan my last ex-boyfriend. I met this Indian guy, Y. Sangat charming. Aku ni actually hantu cerita Hindustan. So kekadang tu perasan juga nak bercinta dgn hero hindustan. Dan Y pula memang mempunyai ciri-ciri hero hindustan yang dicari. So kami berhubungan. Jumpa dan tengok wayang. Cuma ada satu problem. Dia berumur 20 tahun, aku pula masa tu dalam 26 tahun. So dia agak kebudak-budakan sikit. Dia pun still study di Politeknik. Kat Utara pulak tu, so we decided to stay as friends. 

So, apa cabaran aku masa berhubungan dengan mereka ni? Well takdelah cabaran sangat pun, cuma yang aku ingat masa dating dengan si T, dia pernah bawa aku pergi restoran cina. Aku tak sure lah restoran ni halal ke tidak, ada pork ke tidak tapi aku just senyap je. Tak bagi tahu T pun pasal kebimbangan aku. Then masa order, aku just order ais kosong then bagi alasan dah kenyang. So si T ni pula order Mee Goreng yang tersangatlah sedap baunya. Aku baru balik dari kelas tambahan so memang laparlah sampai perut pun berbunyi. Kuat pulak tu. T yang duduk sebelah memang dengarlah. So dia gelak then bagi aku garfu. Aku macam serba salah then dia ckp don't worry, ni takde pork dan alcohol. Lepas dia ckp macam tu, tanpa segan silu, aku melantak Mee Goreng tu tanpa waswas. Hopefully memang betul lah takde benda2 tu semua. Huhu. So, jangan jadi macam aku. Kalau korang ada couple dengan orang bangsa/agama lain, better clear kan benda ni awal-awal. 

Then, ada yang tanya tak geli ke? Aku dah boleh agak soalan ni mengenai apa. Hmmm... Aku tak terfikir pun pasal geli, tapi aku ada terfikir pasal 'uncircumcised penis' atau 'UP'. Huhu. Rasa dia sama ke lain? Bau dia camner? Dan banyak lagi stupid questions yang bermain dalam kepala otak aku. But at the end, it's still a penis right?.. Just be safe!!!

T juga pernah bawa aku lepak sekali dengan kawan-kawan dia for a study group. Masa percubaan SPM, aku dapat A in BM so tugas aku adalah untuk membantu dia dan kawan-kawan dia. It was a little bit awkward sebab dia orang ni duk asyik bercakap Mandarin jer. Aku pula memang dah jenis blur. So lagilah blur jawabnya. Tapi si T ni sangat bagus. Dia tak pernah buat aku rasa tersisih, so dia still cuba include kan aku dalam perbualan tu. So please, contohi si T. 

Overall, interracial relationship should not be a problem. Lain lah kalau interspecies. Yang tu memang pelik dan patut dijauhi. Just open your mind and be ready to learn new things in your life. Tak kira lah sama bangsa ke, berlainan bangsa ke.. yang penting keserasian tu kena ada. Kalau korang dah serasi dengan orang berlainan bangsa, why not? 

So nanti aku nak cari yang Korean pulak. or Latina.. Ada tak kat sini? Baik mengaku... Hehe

Ahad, 4 Januari 2015

Strange Love - Part 7

Bab 7

Afizi keluar dari lif dan terus berjalan menuju ke rumah Irham. Entah mengapa, hari ini Afizi terasa sangat lain. Semenjak bangun dari tidur, dia tidak sabar untuk kembali ke rumah Irham. Mungkin kerana dia terharu dengan pemberian Irham semalam. Afizi melihat ke arah beg yang disandang pada bahunya sambil tersenyum. 

Sebaik sahaja sampai, Afizi mengeluarkan kunci dan membuka pintu rumah. Plastik yang mengandungi sarapan pagi diletakkan di atas meja. Afizi menuju ke arah ruang tamu dan mengikat langsir ke tepi bagi memberi ruang kepada cahaya untuk masuk menerangi rumah yang agak malap. Afizi menggeliatkan tangannya ke atas sambil melihat permandangan di balkoni rumah. 

Dia melihat jam tangannya. Sudah tiba masa untuk mengejutkan Irham dari tidur. Sebaik sahaja dia berpusing ke belakang, Afizi melatah terkejut kerana ada seorang lelaki sedang berdiri di belakangnya.

"Woi, babi!" Afizi berundur ke belakang. Lelaki di hadapannya sedang memegang sebilah pisau dan hanya memakai sehelai boxer. 

"Sorry. Jangan takut. I adik Irham. Bukan babi." Lelaki itu mengangkat tangannya sambil tersenyum. 

Kenapa dia pegang pisau?

Afizi melihat sebiji epal yang ada di sebelah tangan lagi. 

"Oh okay. Sorry. Saya ingat esok adik Encik Irham akan sampai. Bila sampai?" Afizi masuk semula ke dalam rumah. 

"Pukul 5 pagi tadi. I saja nak surprisekan Irham." Ilyas duduk di atas sofa. Tangannya masih lagi mengupas buah epal. 

"Nak?" tawar Ilyas kepada Afizi yang hanya berdiri di tepi sofa. 

"Eh, takpelah. Encik makanlah." Afizi menolak dengan sopan. 

Pintu bilik Irham dibuka dari dalam. Irham keluar bersama dengan kerusi rodanya. 

"Iyas, pakailah elok-elok sikit. Ada orang ni kan," rungut Irham.

"La apa salahnya. Bukannya Iyas bogel pun. Lagipun semua lelaki kat dalam rumah ni?" Ilyas tersengih ke arah abangnya. 

"Tak apa. Saya tak kisah. Oh ya saya dah belikan sarapan. Kejap saya sediakan." Afizi menuju ke dapur. Irham pula mengikuti Afizi dari belakang. 

"Of courselah kau tak kisah. Dapat cuci matakan," bisik Irham perlahan namun masih lagi mampu didengari oleh Afizi. 

"Hah.. Takdelah," balas Afizi juga perlahan. Dia mengambil pinggan dan gelas dari kabinet. 

"Jangan nak fikir bukan-bukan. Adik aku tu straight." 

"Saya pun straight," balas Afizi kembali. 

Namun, Irham hanya membuat gaya orang muntah lalu mengambil pinggan dan gelas daripada Afizi. 

"Mari aku tolong." Irham membantu Afizi meletakkan pinggan di atas meja makan. 

"Encik Ilyas, jom makan sekali," ajak Afizi kepada Ilyas yang sedang menonton televisyen. 

"Nasi Lemak!!! Bestnya. Lama dah tak makan. Cukup tak ni?" tanya Ilyas. 

"Tak cukup. So pergi duduk sana balik," arah Irham kepada adiknya. 

"Tengok macam mana dia layan adik dia? Baru je sampai, dah kena halau," balas Ilyas pula.

Ilyas duduk berhadapan dengan Irham sambil sengaja membuat muka sedih. 

"Tak payah nak buat muka sedih. Mama takde kat sini." Irham membaling getah ke arah adiknya. 

Afizi hanya melihat saja Irham dan adiknya berbual di antara satu sama lain. Dia meletakkan bekas sudu dan garpu di atas meja. 

"Jom makan sekali. Duduklah." Ilyas bangun lalu menarik keluar kerusi di sebelahnya. 

"Eh takpe. Kejap lagi saya makan." Segan pula Afizi untuk duduk bersama Irham dan adiknya. 

"Duduklah. Abang I dah bencikan I. Kesian I sorang-sorang." 

Walaupun serba salah, Afizi duduk juga di sebelah Ilyas. Dia memandang ke arah Irham yang sedang merenung tajam ke arahnya. Afizi hanya tunduk. Ilyas pula mula rancak bercerita mengenai pengalamannya di lapangan terbang. 

xxx

Afizi melihat ke arah ruang tamu. Biasanya di situlah dia menghabiskan masa terluangnya. Tetapi ruang tamu kini sudah dikuasai oleh Ilyas yang sedang tidur di atas sofa. Sesekali terdengar dengkuran kecil yang keluar dari mulut Ilyas. 

Afizi mendekati Ilyas dan cuba untuk membandingkan Ilyas dengan Irham. Muka mereka agak hampir sama, terutama bahagian mata dan hidung tetapi kulit Ilyas lagi cerah berbanding dengan Irham. 

"Afizi!!!" Terkejut Afizi mendengar suara Irham dari belakang. Dengan cepat, Afizi berlari ke arah Irham yang berada di muka pintu biliknya. 

"Ya, Encik kenapa?" 

"Encik lagi. Dah berapa kali aku cakap panggil Irham je. Apa kau buat tadi? Kau intai adik aku ya?" Irham memandang Afizi dengan penuh tajam. 

"Eh takdalah. Saya nak tanya samada dia nak minum air ke. Tapi dia tidur pulak." Afizi cuba untuk mencari alasan yang munasabah. 

"Aku yang bayar gaji kau. Kenapa nak tanya dia? Aku ni dahaga tak tanya pulak?" Raut wajah Irham agak serius. 

"Enc.. Irham nak minum ke? Saya ambilkan." 

"Tak payah. Dah minum tadi," jawab Irham.

"Ada apa-apa lagi ke?" tanya Afizi lagi. 

"Er... Aku nak.. urut.. Ya. Urut belakang. Aku sakit belakang. Salah kaulah ni, bawa aku jalan-jalan semalam." Irham menuju ke arah biliknya. Dia membuka bajunya dan berpindah dari kerusi roda ke atas katil. Entah mengapa dia tidak selesa melihat Ilyas dengan Afizi. Mungkin cemburu. 

"Oh okay. Tapi saya tak pandai sangat mengurut ya." Afizi duduk di sebelah Irham di tepi katil. Tangannya mula mengurut kedua-dua belah bahu Irham. Hatinya berdebar-debar. 

"Tubuh siapa lagi cantik. Tubuh aku ke tubuh adik aku?" 

Afizi terkejut dengan soalan yang diutarakan oleh Irham kepadanya. 

"Dua-dua cantik." Jawapan selamat diberikan oleh Afizi. 

"Kalau ada pistol kat kepala kau dan kau kena pilih satu je?" Irham yang tidak puas hati membetulkan soalannya. 

"Ermm... Tubuh Irham," jawab Afizi dengan berat hati kerana secara jujurnya, tubuh Ilyas lagi mantap. Mungkin kerana keadaan Irham sekarang membataskannya untuk bersenam. Tetapi Afizi terpaksa memilih Irham kerana dia sudah masak dengan perangai Irham. 

"Bagus. Kalau kau cakap Ilyas, aku nak call Abang Lan suruh pecat kau dah tadi," ujar Irham sambil tergelak kecil.

"Siapa lagi handsome?" Soalan kedua pula muncul dari mulut Irham. 

"Dua-dua handsome..." jawab Afizi sambil tangannya masih lagi mengurut belakang Irham. 

"Pilih satu je..." tegas Irham. 

"Dua-dua handsome. Tapi bagi saya, Irham lagi handsome." Kali ini jujur jawapan yang diberikan oleh Afizi. 

"Bagus!!! Soalan ketiga.. Siapa lagi panjang?" 

"Hah? Panjang apa?" Afizi keliru dengan soalan daripada Irham. 

Irham tersenyum nakal sambil jarinya menunjukkan ke arah kelangkangnya. 

"Ish... Manalah saya tahu. Mengarut jelah Encik ni..." Irham tergelak melihat reaksi Afizi dengan soalannya. Muka Afizi mula merah menahan malu. Afizi bangun. 

"Dah lah. Saya nak pergi goreng keropok lekor yang Mak saya kirim hari tu." Afizi bangun dari katil dan menuju ke pintu. 

"Keropok lekor yang ni tak nak?" Irham tergelak sambil menunjuk ke arah kelangkangnya lagi. 

"Malaslah nak layan. Otak blue. Nanti dah siap, saya panggil." Afizi tergelak kecil sambil meninggalkan Irham yang masih lagi ketawa dengan lawak nakalnya. 

xxx

Ilyas menepuk belakang Irham yang khusyuk menonton televisyen. 

"Termenung jauh nampak. Teringatkan nurse tersayang ke? Patutlah tak nak balik London..." Ilyas duduk di tepi abangnya. 


"Kau jangan nak mengarutlah Iyas... Aku tengah tengok tv ni. Termenung apanya." Pandangan Irham masih lagi tertumpu pada televisyen. 


"Ya lah tu. Ingat Iyas tak tahu ke taste abang macam mana..." Ilyas tergelak kecil. Bukan selalu dia dapat menyakat abangnya. 


"Malas aku nak layan kau. Senyap..." Irham membaling kusyen kecil ke arah Ilyas. Ilyas merupakan orang yang pertama tahu tentang Irham. Tentang orientasi seksual Irham. Semuanya berpunca dari laptop yang dipinjam Ilyas tanpa kebenarannya. 


Irham terlupa untuk memadam fail yang merupakan filem-filem dan gambar-gambar yang dapat memuaskan nafsunya. Akibatnya, adik lelakinya yang penyibuk telah menjumpai fail-fail berkenaan. Dia memaksa Ilyas untuk merahsiakan perkara ini dan mujurlah Ilyas bersetuju untuk menjadikan perkara ini sebagai rahsia di antara mereka adik beradik. 


"Relakslah bang. Gurau sikit pun tak boleh.. By the way, Afizi tu cute kan?" Ilyas tersenyum sinis. Dengan segera Irham menarik rambut adiknya.


"Aduh!!! Okay... okay... Tak nak usik abang dah... Tak nak sembang pasal Afizi dah... Sorry... Aduh..." Ilyas memegang tangan abangnya yang sedang menarik rambutnya. 


"Kaki aku yang tengah lumpuh ni mungkin tak boleh sepak kau, tapi tangan aku ni berfungsi lagi tau tak?" Irham melepaskan rambut adiknya sambil ketawa. 


"Memang dasar abang yang kejam." Ilyas menggosok-gosok kepalanya. 


Fokus mereka berdua kini teralih kepada televisyen di hadapan mereka berdua. 


"Iyas, Mama macam mana?" 


"Macam mana apa? Sihat je? Abang dah tak Skype dengan Mama ke?" tanya Ilyas pula. 


"Aku tengah boikot dia sekarang. Duk asyik membebel je..." Irham mengomel perlahan. 


"Dia membebel sebab dia bimbangkan abang. Sorang-sorang kat sini," balas Ilyas. 


"Kalau dia bimbang, datanglah sini jaga aku."


"Abang ni macam tak kenal Mama. Husband dia tu macam mana? Nanti kena rampas? Mike tu pula makin tua makin menggatal. Hari tu masa Iyas pergi jumpa Mama kat hospital untuk ajak lunch, si Mike ni tengah flirting dengan nurse." Ilyas menceritakan perangai bapa tiri mereka kepada Irham. 


"Abang memang terasa hati sangat. Sejak dia kahwin dengan Mike, kita ni dah tak penting sangat pada dia. Mungkin dia dah tak sayang dah anak-anak dia," keluh Irham. 


"Jangan mengarutlah bang. Dia still sayang kat kita. Kalau tak sayang, takkanlah dia nak membebel 24 jam nak suruh abang balik. Ni pun untuk tiket balik London, dia suruh Iyas beli dua tiket terus."


"Lepas tu, kau beli ke?" tanya Irham.


"Beli buat apa? Macamlah Iyas tak kenal abang. Degil sama macam Mama. Tak pasal-pasal nanti rugi duit Iyas." Ilyas tersenyum. 


"Bagus... Tolong pesan kat Mama, suruh dia jangan bimbang. Nanti sampai masanya aku baliklah," luah Irham. 


"Okay... Nanti Iyas bagitahu yang abang akan pulang sambil bawa menantu untuk Mama. Nurse lagi." Ilyas tergelak kuat sambil bangun dari kerusi kerana bimbang dengan serangan balas daripada abangnya.


"Kau ni... Aku dapat rambut kau, aku takkan lepas Iyas. Aku tarik sampai putus..." 


Ilyas menjelirkan lidahnya kepada abangnya. 


"Dahlah. Mengantuk nak tidur.. Nak Iyas tolong apa-apa ke? Or nak Iyas call nurse tersayang?" Sempat lagi Ilyas mengusik abangnya. 


"Dahlah.. Pergi tidur. Night."


"Okay.. Night!!!"


Irham tersenyum sendirian. Nampak sangatkah dari raut wajahnya yang dia menyukai Afizi sehinggakan Ilyas yang baru datang sehari sudah dapat meneka perasaannya. Tapi itu semua tidak penting. Perasaan Afizi yang harus difahami oleh Irham. Adakah Afizi menyukainya juga?


xxx


Sepanjang tiga hari Ilyas tinggal di rumah Irham, suasana di sana bertukar menjadi ceria. Penuh dengan hilai tawa ekoran dari perangai Ilyas yang suka mengusik abangnya. Malah Afizi sendiri turut menjadi mangsa usikan Ilyas. Tetapi dia tidak pernah mengambil hati. 


Irham pula selalu ingin menghabiskan masa bersama Afizi. Dan mereka mula berkongsi cerita. Banyak yang Afizi mula tahu mengenai Irham. Hubungan Irham dengan ibunya, kerjaya Irham sebagai pelumba motorsikal dan banyak lagi perkara yang tidak dapat dijangka oleh Afizi. 


Seperti bakat memasak Irham, pertandingan berpantun yang disertai oleh Irham semasa di sekolah dan berbagai lagi cerita menarik mengenai Irham. Seolah-olah Afizi mengenali Irham yang baru. 


"Afizi, kejap lagi boleh tak nak tumpang sampai stesyen LRT?" tanya Ilyas.

Afizi tersentak dari lamunannya sebentar tadi. 

"Oh boleh," jawab Afizi sambil tersenyum. Ilyas kelihatan segak. 

"Nak pergi mana? Ambil je kereta aku." Muncul pula Irham keluar dari dalam biliknya. 

"Iyas nak jumpa kawan lama. Malas nak drive," balas Ilyas kepada abangnya. 

"Balik lewat tak? Bawa kunci terus," pesan Irham.

"Okay bos.... Afizi, nanti you nak gerak, bagitahu lah ya. I nak lepak dalam bilik jap."

Afizi mengangguk perlahan. Ilyas masuk ke dalam bilik dan meninggalkan Afizi bersama Irham.

"Tak menyusahkan kau ke ni?" tanya Irham

"Tak pun. Lagi pun satu laluan je." Afizi tersenyum. 

"Okay.. Terima kasih." Afizi terkejut dengan ucapan 'terima kasih' yang keluar dari mulut Irham. Biasanya agak payah untuk perkataan itu keluar daripada mulut Irham.

"Apa dia?"

"Terima kasih." Irham meninggikan sedikit suaranya."

"Tak dengarlah. Sekali lagi?" Afizi tersenyum.

"Ni dah lebih ni... Sejak Ilyas ada, bukan main berani lagi kau ya.." Irham mengetap bibirnya. 

"Gurau je lah..." 

"Cium kan..." 

"Takutnya... takutnya..." Afizi tergelak nakal. 

Dengan segera Irham mengayuh kerusi rodanya ke arah Afizi dan dengan pantas juga Afizi berlari ke arah pintu bilik Ilyas dan mengetuknya. 

"Ilyas, nak gerak dah ni," jerit Afizi sambil cuba menahan gelak. 

"Nanti bila Iyas dah balik London, siap kau..." Sempat lagi Irham mengugut Afizi. 

Ilyas keluar dari biliknya dan sedikit hairan melihat situasi yang sedang berlaku. Afizi yang cuba menahan gelak dan riak muka Irham pula seperti geram. 

"Kenapa ni?"

"Takde apa-apa... Nanti balik awal. Jangan nak melencong pula." Irham mengayuh kerusi rodanya ke arah biliknya. 

"Ya..." 

xxx

Afizi memandu keretanya dengan berhati-hati. Sedikit gugup kerana Ilyas ada di sisinya. Sudah menjadi kebiasaan Afizi untuk menjadi lebih berhati-hati apabila ada penumpang lain di dalam keretanya.

Sesekali kedengaran suara Ilyas yang memberi komen mengenai pembangunan baru di sepanjang jalan. Afizi hanya mengiyakan apa sahaja yang keluar dari mulut Ilyas kerana fokus utamanya adalah pada jalan raya. 

"Afizi, boleh I tanya you sikit?" Secara tiba-tiba, nada suara Ilyas bertukar menjadi serius. 

"Boleh.. Tanya apa?" 

"Apa pendapat you pasal abang I?" 

"Oh... jangan bimbanglah. Saya yakin dia akan pulih nanti. Lagipun ramai doktor yang bagi feedback positif so tak.."

"Bukan pendapat pasal kaki dia.. Maksud I pasal dia." Belum sempat Afizi menghabiskan ayatnya, Ilyas sudah mencelah. 

"Oh... Dia okay.. Sangat baik." Afizi agak keliru. Tidak tahu apa yang patut diberitahunya kepada Ilyas. 

"Baik? Betul ke ni?" Ilyas seolah-olah tidak percaya dengan jawapan Afizi. 

"Err... Mula-mula tu dia memang garanglah... Mungkin sebab dia stress.. Tapi lama-lama saya sedar dia seorang yang sangat baik." Afizi membetulkan jawapannya. Matanya masih lagi melihat ke arah jalan raya. 

"Abang I memang macam tu. Dia payah nak mesra dengan orang yang dia tak kenal. Bukan senang untuk orang luar nak melihat kebaikan dia. You sangat bertuah."

Afizi hanya mengangguk. Ya. Dia memang sangat bertuah. 

"By the way, you suka dia tak?" Ilyas kembali menyambung pertanyaannya. 

Afizi terkejut mendengar soalan daripada Ilyas. Apa yang dimaksudkan oleh Ilyas.

"Err... saya pun dah anggap dia macam kawan so suka lah... Sebagai seorang kawan." Dengan pantas Afizi berfikir dan memberikan jawapan yang dirasakannya bersesuaian dengan soalan Ilyas. 

"Macam mana pula kalau lebih dari seorang kawan. Suka tak?" Memang jelaslah soalan bagaimana yang cuba diutarakan oleh Ilyas. 

"Er.. Macam mana ya... Err... Tak mungkin kot." Fokus Afizi sedikit terganggu. Hampir saja simpang masuk ke stesyen LRT dilepasinya. Mujurlah Afizi sempat menekan brek dan membelok masuk ke dalam stesyen LRT. Afizi memberhentikan kereta di tepi. 

"Sorry.. I bukanlah ada niat apa pun, tapi I'm pretty sure yang abang I sukakan you," jelas Ilyas.

"Er... Takkanlah kot.. Mungkin suka macam kawan je kot. Lagi pun saya banyak tolong dia.." Afizi cuba mencari alasan. Situasi di antara mereka sekarang agak janggal. 

"I kenal abang I macam mana. Macam mana layanan dia kepada orang yang dia tak suka, kepada orang yang dia anggap kawan dan juga kepada orang yang dia jatuh hati," Ilyas hanya tersenyum melihat reaksi Afizi yang serba salah. 

"Oh.. Tapi.. Ermm" Afizi tidak tahu apa yang patut dikatakannya.

"Don't worry lah. I open-minded. I tak kisah pun. Just treat him right. Kalau you sangguplah. Well, I rasa you pun sukakan abang I. Tapi I faham situasi you guys. Apa-apapun, maybe you guys can discuss about it. I kenal abang I. Dia agak lembap sikit hal ni." Ilyas membuka tali pinggang keselamatan yang dipakainya. 

"Okay..." Afizi hanya mampu tersenyum. 

"Thank you sebab sudi hantar I. Oh ya, untuk malam esok abang dah bagitahu you tak? Sekali lagi nak minta tolong you hantar I pergi airport. Boleh tak?" 

"Dah. Irham dah beritahu petang tadi. Boleh." Afizi masih lagi tersenyum. 

"Thank you... Abang ipar!" Sempat lagi Ilyas mengusik Afizi. Ilyas keluar dari kereta dan melambaikan tangannya kepada Afizi. Sebaik sahaja bayangan Ilyas hilang, Afizi mengeluh kelegaan. Namun hatinya berasa sangat gembira. 

Irham suka kat aku?

xxx

To be continued
F.I

Khamis, 1 Januari 2015

2015

Hello 2015!!!

Cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik, pejam celik dah 2015. So macam mana azam tahun lepas? Aku pulak rajin buat azam but then of courselah ada yang berjaya dan ada juga yang gagal. Overall, 2014 merupakan tahun yang agak kurang baik sikit untuk aku. Malah untuk negara kita pun. Banyak sangat musibah yang melanda seperti kapal terbang hilang, kapal terbang jatuh, jerebu, banjir, krisis air dan macam-macam lagi lah. 

Aku pula, tahun ni diuji dengan banyak dugaan. Dugaan yang paling berat adalah kehilangan ayah tercinta yang aku panggil 'Papa'. Aku selalu perasan yang kalau anak lelaki banyak yang rapat dengan mak. Aku pun memang rapat dengan Mama aku tapi dengan Papa aku pun aku masih rapat. Selalu share masalah dan dia memang seorang ayah yang sangat baik. Walaupun keluarga kami bukanlah senang, tapi aku dan adik-adik aku tak pernah rasa susah. After dia pergi, memang rasa kosong dan sunyi sangat sebab Papa aku ni memang jenis suka mengusik dan sangat kelakar. Kalau aku balik kampung pula, instead of my mother, dia suka mengarah-arah aku. "Long, air teh satu", "Long, goreng telur", "Long, belanja KFC" dan banyak lagi lah. I miss him so much. 

Selain itu, aku juga putus cinta pada tahun ini. Walaupun sedih dan kecewa, aku still positifkan diri dan anggap ini adalah rahmat. At least yang kat sebelah kiri tu kuranglah sikit mencatat dosa aku. Huhu. Selamat bertunang pada ex bf. Aku tahu dia ada lurking around kat blog ni (perasan...). It's okay, I'm fine.... 

Dari segi kerjaya pula, still kerja yang sama, gaji pun naik cuma buat pertama kalinya aku dapat interview kerja kerajaan sebagai pensyarah. Dan aku baru dapat keputusan interview tersebut pada awal bulan Disember. Gagal... Huhu... 

Selain itu juga, rumah aku pun antara kawasan yang terlibat dengan krisis air. Bengang sungguh. Terpaksa angkut air dari bawah bila takde air. Jerebu pun agak kuat di kawasan aku dan kampung aku pula dilanda banjir. So keseluruhannya, tahun ni agak suram sikit. 

Hopefully tahun 2015 ni akan membawa banyak rahmat baru dalam hidup aku dan juga hidup korang semua. Terima kasih untuk semua pembaca. Blog ni pun dah nak hampir setahun dah. Thank you again for being apart of my life.