Iklan

Isnin, 4 Mei 2015

Web Series: G&T (Season 1)

Hello!!!

Aku baru je habis tengok satu siri kat Youtube. Siri ni dari Italy dan hanya ditayangkan melalui bentuk web series. Satu episod biasanya dalam 15 hingga 20 minit je so senanglah nak marathon. Dan aku habis tengok season 1 dalam masa 3 jam sahaja. 


G&T (Giulio & Tommaso) mengisahkan 2 orang kawan baik yang telah berkawan sejak dari kecil lagi, Giulio dan Tommaso telah menghadiri sebuah parti di kolej mereka. Giulio bercadang untuk memberitahu kawannya yang dia adalah gay. Tetapi tanpa diduga, Tomasso telah mencium Giulio kerana mabuk dan hubungan persahabatan mereka telah terjejas. 


Lima tahun berlalu. Giulio tinggal bersama Sara, yang juga merupakan salah seorang kawan baiknya di kolej. Tommaso pula masih bersama dengan kekasihnya Serena dan mereka akan berkahwin tidak lama lagi. Gianluca, kawan baik kepada Tommaso telah mengadakan parti untuk meraikan kelab yang baru dibukanya. Setelah lima tahun tidak bertemu, Giulio dan Tommaso bertemu buat kali pertama. 


Okaylah, aku tak nak spoil pula sebab jalan cerita dia memang sangat menarik. Ada flashback pada malam kejadian, apa yang berlaku dan banyak lagilah. Walaupun hanya web series, cinematography dia sangat menarik dan cantik. Yang paling aku suka, pemilihan lagu untuk setiap episod sangat menarik. Overall, korang MESTI tengok cerita ni. Season 1 ada 14 episod rasanya. So kalau korang nak tengok, boleh tengok kat sini 


Okay, aku nak marathon Season 2 pulak. Season 3 rasanya akan keluar hujung tahun ni. 

Rating: 

Bye!!!

Sabtu, 2 Mei 2015

April

Hello!!!

Lama sangat aku menghilang. Rindu sangat nak menulis. Tapi nak buat macam mana... Bulan April yang lepas, banyak dugaan dan cabaran yang datang. So, aku tak dapat nak menghabiskan masa kat depan laptop untuk menulis. 

Bulan lepas, aku hampir kehilangan nenek aku. Mungkin ada yang akan cakap, nenek je kot.. Tapi nenek aku ni merupakan antara insan yang sangat bermakna dalam hidup aku. Kalau korang ingat lagi kat sekolah masa mula-mula masuk darjah satu. akan ada budak yang menangis dan minta ibubapa mereka teman di sekolah. Aku antara budak-budak itu. Bezanya, yang menemani aku adalah nenek aku. Aku pulak memang tak masuk tadika. Belajar kat rumah je. So seminggu jugaklah nenek aku 'berkampung' di sekolah. 

Tapi nenek aku tak pernah merungut. Setia menunggu kat luar kelas dan bila masa rehat kami akan pergi makan sama-sama. Malah dia seorang yang sangat bangga dengan cucu sulung dia ni. Kalau aku dapat apa-apa anugerah akademik, memang satu kampung lah nenek aku ni akan pusing. Jadi aku memang rapat dengan nenek aku ni. 

Walaupun umur dia dah lebih 70 tahun, dia selalu sihat. Tak pernah sakit atau kena tahan kat hospital. Demam dan pening tu biasalah tapi sakit yang teruk2 memang tak pernah. So bila aku dapat mesej from my Mom yang nenek aku dah tak sedarkan diri dan sudah dibawa ke hospital, memang aku terkejut. Secara automatik memori tahun lepas yang mana aku kehilangan ayah aku datang kembali. Aku pula baru je cuti panjang Februari yang lepas tapi aku nekad jugak nak balik. Walaupun ada banyak kelas dan paperwork yang tak siap lagi, aku beranikan diri juga minta cuti. Mujurlah dapat walaupun sekejap. 

Sampai je Kelantan terus pergi hospital. Sebelum masuk, my aunty dah pesan yang nenek aku dah tak kenal sangat orang. Doktor juga cakap yang dia kena strok dan lumpuh separuh badan. Bila jumpa je dia, aku terus nangis. First time tengok nenek aku yang sangat lemah. Dia angkat tangan dia dan pegang tangan aku. Aku terharu sangat dia masih kenal aku. 

Sekarang dia dah bawa pulang kat rumah. Tapi dah lumpuh separuh badan so perlukan banyak bantuan. Masa nak balik KL, memang berat sangat hati nak tinggalkan dia tapi nak buat macam. Aku ada kerja dan tanggungjawab kat sini. Hopefully she'll get better soon. 

Selain tu jugak, aku ada satu lagi masalah. Masalah ni lebih kepada masalah yang aku sendiri cari. So padan muka. Dalam akhir bulan Mac aku terjumpa dengan ex aku masa tengah beratur nak beli tiket wayang. Aku actually nak tengok cerita lain tapi bila dia tanya adakah aku nak tengok cerita yang sama dengan dia, aku cakap ya. Entah macam mana kami bersetuju untuk jadi kawan. Aku pun ingat aku boleh handle this friendship. But one thing led to another. It's very hard sebab kami masih saling menyayangi satu sama lain. 

Mungkin dalam kepala otak aku ni, masih ada harapan yang dia takkan kahwin dengan gadis pilihan keluarga dia. But then one day, aku nampak gambar dia dengan that girl kat butik pengantin, aku jadi marah. Aku rasa dipergunakan, aku rasa bodoh. Then bila dia call pada malam yang sama, aku terus je cakap yang dia perlu buat pilihan. Tapi dia macam berdalih. Dia still nak kahwin tapi dalam masa yang sama still nak berhubungan dengan aku. So that's it. Aku terus buat keputusan untuk tiada apa2 hubungan lagi dengan dia. Facebook, nombor telefon, snapchat, whatsapp semua aku buang dan block. 

So that's it. Dia pun dah kahwin semalam. Tertengok lah jugak gambar yang adik dia post. So tahniah. Walaupun aku marah dia, tapi aku lebih marah diri aku sendiri. Aku dah tamatkan hubungan dengan dia dari tahun lepas lagi dan boleh terjebak balik. Stupid. 

Okaylah. Buka bab baru. Hopefully bulan May ni semua masalah selesai. Aku dah tak nak pening kepala. Semangat nak menulis pun dah kembali. Apa-apa yang blok otak aku ni dah kembali cair.

Bye.