Iklan

Jumaat, 4 September 2015

August Favorites

Hello!!!

Bulan 8 aku menghilangkan diri jap. Budak2 nak UPSR and petang tadi boleh kata last day jugak aku jumpa budak2 darjah 6. Hopefully dia orang score betul-betul. Cikgu swasta macam aku ni, performance murid memang penting. Nak kena buang kerja tu senang je. So selepas menyampaikan amanat terakhir, otak aku rasa lega dan free sangat. Terus teringat blog. 

So since bulan 8 takde apa-apa post pun, aku akan share my Monthly Favorites untuk August. 

Favorite Movie: Inside Out


Tengok kat poster tu. Citer ni sebenarnya dah keluar sejak dari June lagi. Tapi kat sini lembab sikit. Setelah 2 bulan baru tayang. Dahlah movie ni dapat rating tinggi. Geram gak terpaksa tunggu lama. Best sangat. Very creative. Aku dah tengok. Tapi akan tengok sekali lagi sebab dah janji nak bawa lima pelajar terbaik masa percubaan UPSR untuk tengok movie ni after UPSR. 


Favorite TV Siri: Sense8


Mula-mula ingat nak letak je LoveSick. Tapi since LoveSick season 2 belum habis aku pilih Sense8 dulu. Cerita ni sangat best. Mengisahkan 8 orang dari pelbagai negara yang berkait antara satu sama lain menerusi minda. Nak citer sinopsis dia memang pening sikit. From creator of The Matrix so konsep dia tu memang Science Fiction sikit. Tapi serius citer ni best. Ada 12 episode rasanya untuk Season 1. 


Favorite Album: Unbreakable Smile (Tori Kelly)


Aku memang lama dah follow Tori Kelly. Sejak zaman dia audition untuk American Idol lagi. Then aku follow YouTube Channel dia sehinggalah dia release album penuh pertamanya. Aku memang jenis suka singer-songwriter ni. So siapa-siapa yang minat Colbie Caillat atau Sara Bareilles should listen to her as well. 


Favorite Songs


 

Antara lagu-lagu favorite. One Call Away (Charlie Puth), Can't Feel My Face (The Weeknd), Should've Been Us (Tori Kelly) dan Cool For The Summer (Demi Lovato)


Favorite Books


Novel Shane & Trey mengisahkan Shane yang akan ke college dan ready untuk move on dari High School tapi di kolej nanti dia terpaksa berkongsi bilik bersama kekasih adik kembar perempuannya, Trey yang tidak begitu digemarinya. 

Strawberries for Dessert lagi best rasanya. Mengisahkan dua orang yang totally different in personality yang diperkenalkan oleh sahabat masing-masing. Jon seorang akauntan yang maskulin dan banyak menghabiskan waktunya dengan kerja bersetuju untuk berjumpa dengan Cole yang feminin, kaya dan agak berlagak. Blind date mereka yang pertama agak teruk tetapi mereka berdua bersetuju untuk menjadi teman untuk sex secara casual. 

Kalau sapa-sapa nak email lah ya. Oh ya hari tu, ada orang tanya pasal email aku. Boleh tengok kat atas/tepi ya. 


Favorite Drink: Delica's Mocha Peppermint


Aku memang hantu coffee tapi kadang-kadang boring jugak. Asyik coffee sama jer. So hari tu aku terjumpa this coffee. Aku memang suka Mocha then ada Peppermint pulak. Lagi lah aku suka. Seriously. Best sangat. So coffee lover should go and find this. 


Okay. Tu je lah kot. Strange Love, bulan 9 ni. Hopefully dapat siap. After UPSR ni aku ada kem jugak. Ex-bf aku pun involve jugak. Tahun ni aku tak berurusan dengan dia. Dia lah kot menjauhkan diri daripada aku. Tetapi dalam banyak-banyak lelaki yang akan join kem ni, aku dapat satu bilik dengan dia. Like really? I'm pretty sure, dia akan minta tukar. Aku pun tak nak jugak. 

Bye...

4 ulasan:

  1. Apa rasanya bila terjumpa balik dgn ex bf?..

    salam kenal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum jumpa lagi. Tgklah nanti mcm mana kat kem nanti.. And salam kenal jugak

      Padam
  2. Eee i suke sgt citer inside out tu .movie tu je yg best kt pawagam skunk ni.suke part bila die baca pemikiran lelaki n pompuan tu lawak sgt especially time mak n bapak budak tu tgh bincang kt meja. Btw send kt my email bleh x u aurorahidup@gmail.com .. Tenkiu XD

    BalasPadam